15 July 2014

Mantee Permata With HM

Ramadhan ke 16

Hari ini taklimat mentor mantee bersama pengetua. Sebagai penyelaras projek mentor mantee permata ini, saya memastikan perjumpaan bersama pengetua berjalan lancar. Pengetua membentangkan aspirasi pihak sekolah dengan pelajar mantee untuk memastikan mereka dapat mengecilkan GP sekolah. Pengetua memberikan cabaran setiap pelajar memperolehi GP kurang dari 2.0. Markah peperiksaan pertengahan tahun dipaparkan dan setiap orang ditunjukkan kekuatan dan kelemahan masing-masing. Pengetua juga meminta diwujudkan kumpulan kumpulan kecil dan bersaing GP antara kumpulan tersebut. Ganjaran akan diberikan kepada kumpulan yang menang. Strategi lain ialah mewujudkan Guru Muda iaitu pelajar cemerlang dalam sesuatu subjek yang dapat mengajar pelajar lain dalam kumpulannya untuk memperolehi kecemerlangan dalam sesuatu subjek tersebut.

Selaku penyelaras, saya memaklumkan bahawa ganjaran akan diberikan kepada setiap orang ialah RM 50 tunai jika dapat mencapai sasaran yang ditetapkan. Saya membuat jadual waktu untuk perjumpaan selama sekali bersama mentor masing - masing dalam dua minggu ini. Perjumpaan guru kaunseling akan dijalankan setiap hari Khamis dua minggu sekali. Setiap mantee memperolehi kad laporan masing-masing dan saya meminta agar ibu bapa dan mentor aktif menandatangani kad tersebut untuk menujukkan aktiviti berjalan.



 

Telegram Channel