12 June 2014

Travel to Yogyakarta : City Tour

Day 3
Yogyakarta City Tour

Seawal 7 pagi breakfast dan start perjln pukul 8 dari hotel. Mula mula jalan kaki dari hotel ke Kraton. Berjalan dan berjalan baru sedar...kaki dah terasa sakit. Yg terseliuh hari tu mula berdenyut. Orait tak fit travel kali ni! So apa yg perlu saya buat isykk..isykk.
Berjalan kaki menyusuri kaki lima dan sampai di Kraton orang dah ramai sangat. Untuk pelancong luar negeri kaunter lain disediakan. Bayaran masuk 13 500 rupiah dan ada tourist guide yang akan bantu memberikan penerangan sepanjang berada di Kraton itu. Sultan Yogya masih wujud dan menjadi gabenor di Yogya. Antara tempat menarik ialah muzium kecil yg berada dalam kraton yang menempatkan barang barang sultan lama.  Siling ruang bahan pameran diperbuat dari emas tulen. Kat kraton ni juga ada persembahan wayang kulit mengikut jadual masa yang ditentukan.

Dari Kraton kami menaiki beca berharga 25 000 rupiah untuk sebuah beca hingga ke hotel. Then terus cari hotel dari hotel ke hotel di Jalan Malioboro tu untuk cari yg available dan affordable memandangkan bilik hotel hanya semata mata untuk tidur malam sahaja. So better cari yg murah jer. Dapatlah Rejeki Hotel ni dgn bayaran sebuah bilik RM 50 sahaja sehari semalam dan ada kipas angin dan televisyen dengan dua single bed. Oraitla kan dan dekat dengan jalan keluar utama.
Lari semula ke hotel 1001 Malam untuk check out dan angkut barang ke Rejeki Hotel yg bersebelahan lorong sahaja. Kemudian apalagi kami ambik teksi dengan bayaran RM 10000 rupiah untuk ke mall cari lunch. Makan bebek bakar pulak perghhh sambalnya pedas sekali. Orait kat Yogya ni pemandu teksi akan cuba pujuk untuk extend bersama mereka ke tempat tempat lain dan bersedia menunggu kita. Berhati hati sebab bayaran yang dikenakan kepada kita adalah berbeza sewaktu mula naik beca tapi bila kita singgah di mana mana walaupun dalam perjalanan ke tempat dituju bayaran yang diminta adalah lain bila sampai ke destinasi! Oleh itu hanya direct ke tempat yang kita nak saja walaupun tgh jalan mereka mempromosi dan sanggup menunggu. Ini kerana perkhidmatan beca terlalu banyak di situ dan tidak perlu mana mana pengayuh beca untuk menunggu kita. 

Keluar saja dari mall kami sewa dua buah beca lagi. Perjalanan diteruskan ke Tamansari dan Masjid Bawah Tanah. Sampai sahaja di Tamansari ada seorang warga emas dah siap menunggu dan memberikan penerangan kepada kami mengenai Tamansari. Iaitu tempat mandi sultan. Ada dua kolah mandi di situ. Satu kolah mandi untuk gundik gundik sultan mandi. Di menara sultan akan memilih gundik yang diperkenannya untuk mandi bersama dan ke bilik beradu.

Kemudian kami berjalan keluar menuju ke Masjid Bawah Tanah. Ia umpama kota yang dikelilingi dengan sungai. Sultan dan pemerintah akan berlindung untuk keselamatan diri. Di tingkat atas untuk perempuan bersembahyang manakala di tingkat bawah untuk lelaki bersembahyang. Tourist guide yg tak formal ini bukan dilantik oleh pihak Tamingsari atau Masjid Bawah Tanah atau Sumur Gumuling. Beliau memperkenalkan diri sebagai orang yang pernah bekerja di istana dan sangat faham mengenai sejarah kesultanan. Sekarang beliau mencari nafkah dengan cara tourist guide yg tak rasmi macam ni maka faham fahamlah kami yang tip sangat diperlukan :) . Saya sendiri kagum dengan warga emas ini yang sungguh cergas berjalan ke sana ke mari memberikan penerangan dan menerangkan pelbagai falsafah hidup.
Kemudian kami teruskan perjalanan ke Alun Alun . Disini penjual kain penutup mata dah menunggu kami. Kononnya jika kita menutup mata dan berjalan dari garisan permulaan secara lurus ke pokok beringin tu maka mudah hajat kita diperolehi. Tapi kami menolak dengan baik dan hanya ingin bergambar sahaja di pohon itu.

Stesen seterusnya ke gerai jualan baju untuk merembat baju batik Jawa. Yogya memang terkenal dengan perusahaan batik. Dari di kaki lima hinggalah ke gudang besar ada sahaja batik yang dijual.
Kemudian kami pulang ke hotel dengan bayaran sewa beca sebanyak 25000 rupiah sahaja dari mula Malioboro Mall - Taman Sari - Alun Alun - Hotel di Jalan Molioboro.
Saya betul betul penat sebab kaki dah tak fit especially kaki yg terseliuh tu belum okey sepenuhnya.
Pukul 7 malam waktu tempatan kami makan malam di Lesehan Perjuangan Hidup. Hari ni saya ambik sup ayam dan nasi putih panas panas dan teh limau nipis panas sebab kepala dah sakit. Kat sini air limau nipis dipanggil jeruk limau. Isykk sedangkan saya yang alah dengan jeruk ni dengar jeruk je dah kembang tekak. Better sebut je air limau. Air limau nipis kat sini warnanya orange sebab isi limau itu sendiri berwarna orange berbeza dgn Malaysia warna air limau nipis ialah warna putih. 

Habis makan kami berpecah. Pukul 8.15 malam waktu tempatan. Kawan kawan nak pergi Mall dan shoping. Oleh sebab saya tak fit, saya memilih untuk berseorangan rembat tshirt yogya sekitar hotel then tahan beca untuk cari pusat mengurut kaki. Tak jauh pun beca tu jalan dah jumpa. Ambil pakej satu jam dengan 90000 rupiah untuk kaki dan tangan. Memang nampak sangat saya penat sebab saya terlena lepas merendam kaki dan diurut. Wow memang tahan sakit betul bila kaki yg terseliuh tu nak dibetulkan semula urat urat tu. Lepas minum air halia saya rasa fresh sikit hilang sakit kepala dan kaki pun rasa okey sikit bila berjalan. Pukul 9.30 malam selesai mengurut, pemandu beca ni pulak yg menunggu menghantar saya ke hotel dengan bayaran 40 000 rupiah. Sebenarnya harga ni agak mahal sebab perjalanan dua hala hanya 20000 rupiah. Menunggu hanya menaikkan ke 30000 rupiah. Agaknya dia takda duit kecil lalu terus anggap 40000 bagi duit 50000 yang saya berikan. Sabor jela pakcik beca....

Waktu malam kawasan Malioboro ni mmg happening macam kawasan Petaling Street atau Jalan TAR waktu nak dekat dengan perayaan. Lorong nak ke hotel pun macam macam gerai ada bakso, sate yg dijual macam saiz sate ikan kat Malaysia dan pelbagai menu tempatan. Cuma antara anda boleh telan atau tidak menu menu tu.




 
 
Kraton
Taman Sari tempat mandi raja
Stesen perhentian bas
Alun-Alun terkenal dengan pokok kembar ni. Agaknya tali yang berjuntai tu yang dikenali alun alun
Masjid Bawah Tanah ibarat kubu juga kerana dikelilingi dengan air satu masa dulu.
 

Telegram Channel