Total Pageviews

TERIMA KASIH PEMBACA !

SEARCH

Loading...

21 August 2014

Bengkel Kajian Tindakan

Significant date

Terima kasih kepada Kolej TAR kerana menaja tempat dan makanan untuk bengkel kami pada hari ini. Kolej TAR ni sangat besar mengingatkan saya kepada UPM apabila perlu menaiki tangga ke perpustakaan. Parking kereta yang sangat besar di hadapan dewan peperiksaan. Kami dibawa melawat galeri sejarah dan kemudahan rumah kelab. Wow kolam renang bersaiz olimpik. 

Bengkel Kajian Tindakan diadakan secara in house training oleh saya kepada semua wakil sekolah Zon Pudu. Cuma dua buah sekolah yang tidak dapat menghantar wakil kerana ada program di sekolah.
Saya terpanggil untuk mengadakan kursus ini kerana apabila Ketua Unit HEM memaklumkan mengenai kajian tindakan oleh guru kaunseling maka saya pun bertanya kepada ahli Zon Pudu ..siapakah yang menjalankan kajian tindakan di sekolah masing masing. Hasilnya memang mengejutkan tahun ini hanya sekolah saya dan SM Aminuddin Baki yang menjalankan kajian tindakan. Tiga buah sekolah lagi pernah menjalankan kajian tindakan pada tahun sebelum ini tetapi dari aspek mengutip data membantu pentadbir dan tidak mempunyai pengetahuan secara langsung mengenai format penulisan kajian tindakan. Memandangkan kajian tindakan merupakan kajian yang dapat membantu guru kaunseling mengukur amalan perkhidmatan mereka dalam mencari kaedah terbaik menangani masalah disiplin pelajar, maka saya terpanggil untuk membantu guru kaunseling di zon saya menjalankan kajian tindakan. Saya nak tanamkan minat agar guru kaunseling tahu bahawa kajian tindakan tidak sukar seperti menulis tesis.

Saya sangat seronok mengendalikan bengkel pada hari ini apabila setiap sekolah berjaya membuat kertas cadangan kajian tindakan dan mengetahui bidang apa yang akan dijadikan kajian di sekolah masing masing. Saya berharap agar pada bulan November nanti setiap sekolah telah dapat menyediakan kajian tindakan masing masing :)

No comments: