26 August 2014

Kursus Asas Rahsia Minda Bawah Sedar

Good evening Melaka!
A great day with team
Unlock your mind
And feel free
To laugh
To smile
To write
To dance

Topik menarik pagi tadi mengenai hipnosis yang disampaikan oleh En Mohd Halmi Bin Mohd Saleh dari Human Help Resources yang menuntut ilmu mengenai hipnosis hingga ke peringkat Master. Menarik isu mengenai kursus hari ini tentang gelombang otak saat dihipnosis iaitu keadaan otak ketika theta iaitu aktiviti otak yang lebih rendah daripada alpha. Misalnya ketika seseorang mengelamun di tengah rutin kerja tapi lupa apa sahaja yang terjadi sewaktu melakukan kerja. Keadaan ini merupakan pintu masuk menuju hypoanaesthesia iaitu kaedah pembiusan dengan hipnosis tanpa rasa sakit. Seseorang yang dihipnosis tidak akan masuk ke keadaan delta iaitu tidur nyenyak. Ini kerana jika klien tidur lena, dia akan kehilangan kemampuan untuk menerima arahan kerana alam bawah sedarnya tidak lagi menjadi reseptif. Bagi aktiviti otak yang dialam sedar dan berfikir serta menganalisis dikenali sebagai beta. dan turun ke alpha ketika beristirehat. Keadaan alpha merupakan seluruh proses hipnosis dan arahan diberikan yang disebut oleh Encik Halmi sebagai hipnosa.

Kami juga diajar mengenai teknik hipnosis diri. Teknik ini penting untuk diri sendiri memahami dan mengetahui setiap perasaan dan jiwa ketika dihipnosis. Ini membantu kita mengetahui setiap keadaan klien. Kami dibekalkan dengan skrip untuk teknik relaksasi penuh yang boleh digunakan untuk kehidupan seharian kepada orang lain merasa lebih relaks. dan akhir sekali teknik sugesti iaitu cara bagaimana memberi arahan...part ni paling best. Apalagi mangsa yang paling sesuai untuk saya uji kemahiran baru ni ialah pada kawan sebelah merangkap room mate ku untuk kursus ini iaitu Nadiatul Farhana dari SM Agama Wilayah Persekutuan KL. Bersungguh dia mengikut teknik sugesti yang diberikan hinggalah tetiba tumpuan saya pula yang terganggu bila ada orang yang nak tangkap gambar kami dan saya sibuk melayan hingga terhenti seketika skrip saya dan menyebabkan Nadia terjaga...haisyy..feedback yang best bila Nadia kata dia merasa agak relaks bila arahan yang diberikan tetapi sukar untuk memberikan tumpuan semula apabila saya dah terhenti seketika dan dia sudah membuka mata. Orait nampaknya teknik ini bukan boleh suka suka berhenti dimana yang kita nak. Bila dah spoilt kena start dari mula semula maklumlah saya budak baru belajar kenalah start dari mula semula. Agaknya kalau dengan Encik halmi ini petik jari je dah boleh rileks dalam beberapa saat. 

Antara demo yang ditunjukkan oleh Encik Halmi mengenai cara hipnosis dijalankan. Sebagai konsultan, Encik Halmi mempelawa kami untuk turut sama dalam kursus hipnosis lanjutan yang dikendalikannya. Cuma berminat atau tidak dan berpeluang meluangkan masa atau tidak. Itulah persoalannya...dengan bayaran serendah RM80 sahaja bagi satu hari bengkel



 

Telegram Channel