25 August 2014

Perasmian Kursus Keupayaan Pembinaan Minda

KL - Hotel Sentral Riverview Melaka

Bermula kursus pembinaan keupayaan minda iaitu kursus yang diilhamkan oleh pengarah lama JPWPKL ketika itu En Abdullah sebelum naik pangkat ke peringkat BPSH KPM. Memandangkan kes histeria di WPKL semakin menjadi jadi, maka pengarah ingin mewujudkan flying skuad untuk membantu masalah pelajar histeria tetapi berdasarkan kepada keupayaan pembinaan minda yang sihat dan positif. Hari ini kursus ini direalisasikan dan dirasmikan sendiri oleh pengarah JPWPKL yang baru iaitu Datin Nawal Bt Salleh. Kursus yang melibatkan pegawai di JPWPKL, PPW dan guru guru SMK WPKL yang majoritinya ialah guru kaunseling hampir 35 orang, seorang guru sukan, seorang guru disiplin dan seorang guru agama. Dari zon Pudu sendiri seramai 8 orang yang terlibat untuk flying squad Zon Pudu.

Bersama Pengarah JPWPKL - Datin Nawal Bt Salleh
 

Telegram Channel