24 August 2014

Walimatulurus Ainee

Selamat Pengantin Baru

Terima kasih jemput cikgu

Dapat jemputan kahwin lagi. Memang saya akan cuba penuhi majlis kahwin bekas pelajar terutama yang sanggup cari saya ke UBK dan menghantar sendiri kad kahwin mereka atau khas mengepos ke rumah terutama bekas PRS atau bekas pelajar yg saya ajar tahun 2001 / 2002 atau klien. Ada hubungan yang signifikan di situ. Memang bersungguh mereka mengajak dan jika saya memang ada kelapangan, saya akan cuba penuhi. Yang seronoknya bila menghadiri majlis kahwin bekas pelajar ni, makin ramai yg kita jumpa dan menghubung silaturahim. Masing masing bertukar rupa kenalah buat pengecaman beberapa minit jugak bila sana sini melambai...cikgu cikgu..huhu..Part yg bestnya bila diaorang kata cikgu maintainlah tu yg kitaorang cam lagi :) .

 

Telegram Channel