Total Pageviews

TERIMA KASIH PEMBACA !

SEARCH

Loading...

22 September 2014

Pendekatan Disiplin Menangani Isu Lewat Ke Sekolah

Isnin yang tidak bermaya
Penat lelah masih terasa

 Isu datang lewat merupakan isu yang serius di sekolah ini hingga pemantau  memberi teguran mengenai isu ini. Ini kerana di awal tahun guru kaunseling telah menjalankan kajian tindakan pelajar lewat dan menjalankan sesi kaunseling kelompok kpd pelajar dengan pelajar dikumpulkan di dewan. Pelajar yg kerap lewat pula akan mendapat surat amaran. 

Walau bagaimanapun pada bulan Mei kami menghentikan aktiviti untuk pelajar lewat ini. Walaupun ada penurunan dari aspek datang lewat, tetapi komitmen di dewan setiap hari dan aktiviti menulis karangan yg dibuat secara sambil lewa oleh pelajar memaksa kami memikirkan alternatif lain. Ini kerana pelajar lewat masih ramai dengan jumlah 20 - 30 orang sehari ..kalau Januari dan Februari cecah 50 lebih sehari. Pelajar tegar tidak melepak di Downtown sehingga loceng perhimpunan berbunyi kerana bimbang mendapat surat amaran. Tetapi lewat secara berkala. Namun apabila program speed up untuk kemenjadian pelajar perlu dibentangkan kami perlu memikirkan strategi yang lebih baik untuk menangani kes pelajar lewat hingga menjadi bawah 20 orang sahaja sehari bagi sesi pagi. Pemantau yg dtg ke sekolah juga tidak berpuas hati dengan data dan prosedur pelajar datang lewat ke sekolah. 

Oleh itu sejak bulan September kami mengambil alternatif baru dengan menguatkuasakan sistem datang lewat yang lebih berkesan. Dua orang guru disiplin di tempatkan di pagar sekolah. Pengawas akan duduk di kaunter pelajar lewat hadir untuk merekodkan nama. Sistem data seperti sistem buku register sekolah. Pelajar akan dicatatkan masa lewat pada tarikh tersebut. Sekiranya nama pelajar telah naik lewat sebanyak tiga kali maka surat amaran 1 akan dikeluarkan. Setakat ini 30 surat amaran 1 telah dikeluarkan dan 15 surat amaran kedua. Nampaknya penguatkuasaan undang undang yg konsisten lebih menggerunkan pelajar lewat dan pelajar lain. Begitu juga dengan kemunculan guru disiplin di pagar untuk pelajar lewat dengan rotan di tangan. Sekurang kurangnya purata yg lewat hadir ke sekolah bagi sesi pagi tidak melebihi 20 orang. Guru kaunseling juga akan berada di pintu pagar. Dari aspek kaunseling, kami membuat sesi kaunseling kelompok kepada pelajar lewat terutama yang telah mendapat surat amaran kedua

No comments: