11 September 2014

Kem Jati Diri PPWBP 2014

Travel by bus
From PPW To Ampang Pecah
Kuala Kubu Bharu

Dilantik selaku fasilitator dan AJK program Kem Jati Diri. Seramai 64 pelajar lelaki yang terlibat dengan projek ini dari sekolah Zon Pudu dan sekolah Zon Bangsar. Tinggal di khemah yang merupakan tempat penginapan. Hari pertama diperkenalkan dengan jurulatih Pusat Kokurikulum yang akan melatih mereka dan peraturan yang perlu dipatuhi.
Slot ice breaking malam dikendalikan oleh saya dan  perlantikan penghulu kem dan seterusnya pembahagian kumpulan kepada 7 kumpulan. Kemudian acara sorakan kumpulan dilakukan dan disini saya dapat melihat hasil kreativiti yang dicetuskan. Program Jati Diri ini adalah satu program untuk pelajar yang bermasalah tetapi berpotensi untuk berubah. Bukan untuk pelajar hardcore tapi bagaimana kefahaman guru dari sekolah masing masing memahami konsep ini untuk menghantar pelajar mereka kerana kriteria ini tidak dinyatakan dalam surat tersebut hanya untuk pengetahuan guru disiplin. Jika surat diberikan kepada orang lain yang menguruskannya maka jadilah pelbagai jenis kategori yg menghantar pelajar. Ada yang menghantar pengawas, PRS, pelajar cemerlang, pelajar aktif dan ada yang menghantar pelajar yg bermasalah disiplin. Oleh itu kami boleh melihat perbezaan karaktor di kem ini bagi setiap arahan yang diberikan.
 

Telegram Channel