Total Pageviews

Subscribe Here

TERIMA KASIH PEMBACA

23 September 2014

Pentadbiran Inventori Kecerdasan Pelbagai PT3 (IKP)

Bila kerahan tenaga
Tidak setanding kudrat yg ada
Kesakitan mula terasa...

Bermula penilaian pentaksiran inventori kecerdasan pelbagai untuk semua ting 3. Kami sendiri tidak pernah menerima naskah lengkap IKP ini. Dah lama tak berurusan dengan kertas peperiksaan. Kali terakhir ketika mengajar Sains tahun 2002 dulu saya menguruskan soalan dan pengedaran kertas peperiksaan. Oleh kerana guru pengawas peperiksaan sendiri tidak familiar dengan kertas psikometrik ini, maka kami guru kaunseling akan berada di antara blok tingkatan 3 untuk membantu guru yg bertanya.

IKP ini merupakan kertas tertutup untuk menguji kecerdasan pelajar dalam pelbagai bidang. Kertas terdiri dari kertas 1 dan kertas 2. Kertas 1 mengandungi A dan B. Kertas 1 disarankan selama 1 jam 50 minit merupakan soalan berformat objektif aneka jawapan. Bahagian A menguji verbal bahasa Melayu selama 30 minit dan verbal Bahasa Inggeris selama 30 minit. Manakala Bahagian B pula menguji Matematik selama 30 minit dan visual ruang selama 20 minit. Kertas 1 akan diserahkan kepada guru kaunseling mengikut penskoran berdasarkan kunci jawapan yang akan diberikan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia dan perlu dimuat turun mengikut tarikh yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan.

Kertas 2 merupakan penilaian persepsi selama 45 minit dan murid mengira skor masing- masing dengan bimbingan guru.  Soalan berformat dwipilihan respon iaitu Ya dan Tidak.

Jumlah jawapan yang dijawab betul dalam kertas 1 dan jumlah jawapan ya dalam kertas 2 ditukar ke bentuk peratus dan dipindahkan ke borang rumusan skor. Kecuali bagi konstruk kecerdasan ruang visual, skor kertas 1 dan kertas 2 perlu dijumlahkan dan ditukarkan ke dalam bentuk peratus.

Pelajar disarankan berehat antara bahagian A dan B selama 15 minit.

No comments: