Total Pageviews

TERIMA KASIH PEMBACA !

24 September 2014

Pentafsiran Inventori Minat Kerjaya PT3

Kesakitan sangat terasa
Alhamdulillah body language
Berjaya mengaburi mata


Pentadbiran IMK dijalankan kepada  semua pelajar Tingkatan  3. Bagi pentadbiran PT3 ini,   IMK telah diubahsuai kepada 180 item dengan menggunakan grafik dan penerangan untuk meningkatkan kefahaman murid terhadap maklumat yang hendak disampaikan. Komponen baharu yang ditambahkan ialah kecekapan pada bahagian C. IMK Tingkatan 3 mempunyai tiga bahagian iaitu 
Bahagian A : Kesukaan
Bahagian B : Pekerjaan
Bahagian C : Kecekapan

Instrumen ini mengandungi 6 konstruk iaitu Realistik, Investigatif, Artistik, Sosial, Enterprising dan Konvensional. Setiap konstruk mempunyai 30 item dan jumlah item ialah 180.         Masa yang disarankan 30 hingga 40 minit.  Skor tiga kod mata Holland ke dalam borang profil psikometrik untuk mengenal pasti kecenderungan kerjaya.

Pentaksiran Skor IMK
Realistik : Persekitaran pekerjaan yang memerlukan kemahiran praktikal dan mekanikal. Bekerja dengan objek, peralatan, mesin, haiwan dan tumbuhan. Mempunyai kemahiran yang baik apabila menggunakan peralatan, lukisan mekanikal, mesin atau haiwan. Menghargai objek praktik yang boleh dilihat dan disentuh. Lebih suka bekerja di luar bangunan.

Investigatif: Persekitaran pekerjaan yang memerlukan kemahiran menyelidik, saintifik, intelektual, analitikal dan mementingkan ketepatan. Suka membuat pemerhatian, mempelajari sesuatu, membuat penyelidikan, menganalisis, menilai dan menyelesaikan masalah. Menghargai sains dan matematik. Melihat diri sendiri sebagai tepat, saintifik dan intelektual serta meminati kerjaya saintifik dan beberapa kerjaya bercorak teknikal.

Artistik : Daya intuisi yang tinggi, ekspresif, original, bebas, kreatif, inovatif dan artistik. suka bekerja dalam situasi yang kurang berstruktur, tidak rutin dan tidak berulang. Mempunyai aspirasi yang tinggi dan menghargai seni kreatif 

Sosial : Persekitaran pekerjaan yang memerlukan interaksi, kerjasama, kolaborasi, saling membantu, melatih dan membuat kebajikan kepada orang lain. Mempunyai kemahiran berinteraksi dan berkomunikasi dengan orang lain. Suka kepada aktiviti membantu, memberi perkhidmatan dan menyelesaikan masalah sosial.

Enterprising : Persekitaran pekerjaan yang melibatkan pentadbiran dan pengurusan. perniagaan dan keusahawanan. Wujud suasana pengaruh, memimpin, mengarah dan mengurus individu lain serta menjual barangan atau idea. Matlamat akhir mereka adalah mencapai keuntungan organisasi dan keuntungan ekonomi.

Konvensional : Persekitaran pekerjaan berstruktur dan teratur yang melibatkan data, nombor dan kerja-kerja perkeranian. Melakukan kerja secara terperinci, mengikut peraturan dan arahan.       

2 comments:

Hazelb said...

Apabila saya menjawab soalan-soalan, saya tidak diberitahui bahawa saya menanda pada pekerjaan yg saya suka. Oleh it, saya menanda pada setiap blank space, kerana saya think that gambar matches the pekerjaan named. Oleh it, results saya tidak akan menjadi accurate...

Kaunselor Nurhaiza Che Mat said...

Setiap kali pentadbiran psikometrik dijalankan, walau dimana sahaja anda bersekolah guru yg mentadbir akan memberikan arahan ujian dijalankan. Jika anda mengatakan bahawa anda tidak diberitahu menanda pada pekerjaan yg anda suka...anda perlu mempunyai budaya menjawab kertas soalan dgn membaca arahan terlebih dahulu. Murid sudah terbiasa skip arahan dan terus menjawab soalan pada kertas peperiksaan. sebenarnya soalan ini mempunyai 3 seksyen dgn 3 arahan yg berbeza mengenai kesukaan, pekerjaan dan kecekapan.