31 October 2014

Karnival Pencegahan Jenayah Dan Sekolah Selamat

Karnival Pencegahan Jenayah Dan Sekolah Selamat

Love what loves you
But never hate what hates you
For hates is the burden to
Exhaust the stars in you
#Good bye October

Sebagai setiausaha program sekolah selamat saya kena mewakili sekolah untuk karnival hari ini bersama 4 orang pelajar. Karnival dengan ceramah keselamatan dari pihak polis, demo dari polis, perasmian program dari ketua polis dan pameran mengenai isu keselamatan. Macam biasa kerja mengutip pamplet dari meja ke meja urusetia untuk simpanan di bilik kaunseling.

30 October 2014

Seminar Psikologi Dan Kaunseling : Sejahtera Di Rumah Sejahtera Di Tempat Kerja

Seminar Psikologi Dan Kaunseling : Sejahtera Di Rumah Sejahtera Di Tempat Kerja


 Lets the word be the medicine

Hari ini drive dari Kajang ke Shah Alam  untuk menghadiri seminar peringkat kebangsaan ini. Menariknya berjumpa semula dengan 6 coursemate saya sewaktu di Terengganu dulu dan my bff Afidah waktu belajar dan zaman praktikal dulu yg sangat banyak berkongsi kisah suka duka sepanjang tempoh saya belajar di peringkat ijazah dulu. 

Yang menariknya slot hari ini ialah penceramah terkenal seperti Kamal Affendi penganalisis jenayah yang terkenal dan sangat pandai menghiburkan dengan ceramahnya yang bersahaja. Antara perkara menarik yang perlu saya share di sini untuk ingatan jangka panjang saya di kemudian hari.

Klasifikasi Jenayah
1) Jenayah terhadap harta benda
Melebihi RM 25 kerugian harta benda diklasifikasi sebagai terlibat jenayah

2) Jenayah terhadap tubuh badan
Tidak lebih 10 tahun penjara  kalau contoh lelaki..
Pegang tanpa kebenaran cabul kehormatan walaupun berlainan jantina atau sama jantina. Kehormatan maknanya mana mana sahaja anggota
16 tahun ke bawah dirogol walau rela suka sama suka
Lebih 16 tahun kalau rela bukan dirogol
Isteri yg dikahwini kerana diperdayakan  dipanggil rogol
dan dari segi undang undang jika isteri tidak bersetuju untuk melakukan hubungan seks dan membuat laporan polis

#Ada pertalian keluarga tambah 10 tahun
#Jika bersentuh 10 tahun
Tak sentuh maknanya bermesej 5 tahun penjara jika lelaki bermesej mengenai mesej yg membolehkan perempuan  laporkan kepada polis

-Diejek nama dengan jelas
-Diejek dengan kata kata gangguan seksual walau berkias
-Email
-Mengaibkan dan menganggu kesantunan wanita untuk 5 tahun penjara dengan kata kata lucah


KES PERINGKAT PERSEKOLAHAN
1) tahap satu
2) tahap dua
3) pelajar bermasalah

Umur 7 hingga 10 tahun pelajar yg terlibat dengan kes
Pelajar yg terlibat dgn jenayah ialah dari keluarga yg tidak mendidik anak membuat keputusan.
Seksyen 506 ugutan walaupun email atau mesej hukumnya 7 tahun penjarakan. Pelajar yang terlibat dengan membunuh tidak digantung tetapi kena tahanan limpah sultan dan dihantar ke sekolah pemulihan hingga berusia 20 tahun dipindah ke penjara


29 October 2014

Taklimat Kemasukan Ke Kolej Vokasional bagi PT3

Taklimat Kemasukan Ke Kolej Vokasional bagi PT3

Thank you Afiqah
Creative deco cake
For my belated birthday cake

Program anjuran YPC untuk sekolah angkat YPC. Sekolah Cheras terpilih untuk menjadi tuan rumah yg mengendalikan program dan kami membahagikan tugas antara 4 orang kami iaitu saya selaku pengacara majlis, Rozinani selaku AJK Pendaftaran, Padali AJK Multimedia dan Raudzah selaku AJK Makanan. Topik yg menarik disampaikan sendiri oleh Pn Norhana Pengarah Kolej Vokasional ERT Setapak dan En Ghazali pengarah Kolej Vokasional Kajang. Seramai 312 pelajar terlibat dalam taklimat ini dari sekolah sekolah angkat YPC. Perkara menarik menjadi tuan rumah ni ialah kita dapat mengutip bahan bahan dari slaid kolej vokasional untuk kita gunakan dalam ceramah di sekolah
Mesyuarat GBK Pudu 9/14: Kolej Greencity

Mesyuarat GBK Pudu 9/14: Kolej Greencity

New tab for blogger :)

Mesyuarat di Kolej International Greencity di KL. Kolej yg menawarkan kursus hospitality dan pengurusan di cruise satu pengalaman baru mendengar kursus yg ditawarkan yg berguna kepada para pelajar yg berminat bekerja sambil melancong ke luar negara dengan tawaran gaji yg lumayan. Kursus untuk tourist guide juga disediakan. Kolej ini juga menawarkan kursus berkaitan penggunaan mesra alam. Yang menariknya sarapan dan makan tengah hari dilayan oleh pelajar bahagian kulinari sendiri di restoran tempat praktikal mereka di kolej tersebut.

Hari ini mesyuarat lebih berfokuskan kepada tempahan tshirt, seminar kaunseling, pengagihan projek tahun depan iaitu Subzon A projek PPSDM, subzon B Majlis Sejambak Budi, subzon C Karnival dan Subzon D mengetuai Lawatan Profesionalisme. Saya juga menyampaikan hasrat untuk mewujudkan anugerah untuk program guru penyayang terbaik, program DWEN terbaik, program Minda Sihat terbaik, program Mentor Mantee terbaik, bilik kaunseling tercantik, program PRS terbaik untuk peringkat Zon Pudu dan disambut baik oleh semua ahli. 

Saya juga melontarkan idea untuk mengumpulkan semua kajian tindakan dan menerbitkan dalam bentuk majalah Guru Kaunseling Zon Pudu dan penerbitan secara tahunan. Semua kajian tindakan yg telah dijalankan, perlu diemailkan kepada setiausaha dan disemak oleh setiausaha dan pengerusi. Hardcopy juga yg mempunyai pengesahan pengetua perlu dihantar sbg bukti telah diadakan kajian tindakan peringkat sekolah.

Akhir sekali ahli kumpulan subzon berbengkel untuk berbincang mengenai draf kertas kerja bagi projek masing masing.

27 October 2014

Ceramah Ke Alam Sekolah Menengah

Ceramah Ke Alam Sekolah Menengah

When your bff
Always by your side

Hari ni ke SK Taman Midah 1 untuk menyampaikan ceramah bertajuk Melangkah Ke Alam Sekolah Menengah kepada pelajar darjah 6. Wahh dah lama tidak menyampaikan ceramah kpd pelajar sekolah rendah. Sepatutnya ceramah ini diadakan awal Oktober lagi tapi sebab isu kertas UPSR bocor dan perlu diduduki semula menyebabkan ceramah ini ditangguh sebanyak dua kali.

26 October 2014

Congratulation Papa Padali

Congratulation Papa Padali

Thank you bff
Calebrate my belated birthday



Hari ini saya dan Rozi berpeluang untuk menjenguk anak Padali iaitu rakan sekerja saya yang dikurniakan anak pada bulan Julai yang lepas. Selaku kakak kami berkongsi kebahagiaan Padali memandangkan baby ini memang sangat diidamkan dari perkahwinan sejak 2009 yang lalu. Padali posting di sekolah sejak bujang hinggalah berkahwin menyebabkan kami bertiga agak rapat dan mengambil tahu antara satu sama lain. Maklumlah anak ini dilahirkan pada musim raya dan ibunya berpantang di kampung menyebabkan hampir tiga bulan baru kami dapat menjenguk baby di rumah baru Padali di Kajang. Semoga anak ini terdiri dari anak soleh yang membahagiakan kedua orang tuanya.






Travel to Medan, Indonesia

Travel to Medan, Indonesia

Salam Maal Hijrah
Dari Medan


Breakfast mari try lontong Medan dan bubur nasi Medan. Lontong tak letak sayur sayuran macam kat Malaysia tapi ada kacang,  telur rebus bersambal, kacang ditumbuk dgn cili dan nasi himpitnya berbentuk bulat dan kehijauan. Tak pedas sangat dan sedap. Bubur nasi ada kacang,.ikan bilis, lobak masin, telur masin lebih kurang bubur nasi Malaysia.

Then saja naik beca bermotorsikal 20k rupiah ke Istana Maimon dan lepas bergambar ke Pasar Ikan. Dari sini saya start rasa pelik bila parking beca pun kena byr 2k rupiah of course costumer yg byr. Di Pasar Ikan bersantai membeli belah kain telekung beraneka jenis dan warna dijual..dan baju kurung bersulam pun ada dijual dengan harga yg mmg lebih rendah dari KL. Paling fashion up to date ialah pelbagai jenis tudung yg digayakan dengan pelbagai jenis material dan gaya. Of course kakak saya push mcm mana pun sy tak berkenan maklumlah setia dgn fesyen tudung berawning je ni :) Kat Pasar Ikan ni sorang demi sorang penjaja jalanan akan mengikuti kami dari offer fridge magnet, key chain dan tshirt Medan dan juga budak yg meminta sedekah. Saya rasa part ni yg buat kami tidak selesa diikut sepanjang masa sepjg kami asyik membeli belah atau mencuci mata.
Then tiba masa cari makanan Minang nak merasa air tangan orang di Medan ni. Kami ke Restoran Garuda dan mereka menyediakan makanan hingga penuh meja mkn kami huhuhu. Tapi sy dah diingatkan oleh kakak saya agar mengambil mkn yg ingin dimakan sahaja kerana makanan yg tidak disentuh tidak akan dikira walaupun dihidang dihadapan mata. Orait kami try ayam kampung masak kari, masak lemak perut, kerabu sayur pucuk, ayam kampung goreng berempah, sambal hijau dan sambal merah. Dengan elektrik yg terputus dari masuk ke restoren hingga habis makan memangla membantutkan mood untuk menambah..haha..alasan!

Perkhidmatan teksi di sini bukannya boleh ditahan begitu sahaja dan cashier restoran akan menelefon teksi dan kami perlu menunggu sahaja. Teksi sampai je kami perlu membayar 2k rupiah untuk parking padahal pemandu teksi ada je dalam teksi dan bukan masuk pada petak parking pun hanya di tepi jalan. Kami minta dihantar ke Zulaikha pusat jualan kek lapis, kek legit dan brownies utk buah tangan. Disini pun parking bwh pokok tepi jalan kena byr parking 2k rupiah. Kami terus ke hotel untuk check out dan memang kelakar apabila masuk ke dalam kawasan hotel dan pemandu teksi menunggu kami perlu membayar parking 2k rupiah lagi kepada penjaga parking. Kami ke airport menaiki teksi pula untuk mendapatkan pemandangan yg berbeza. Memang penat dgn jem, panas dan jalan yg tidak berapa elok di sesetengah tempat membuatkan saya sakit kepala untuk perjalanan sejam setengah itu. Minta diberhentikan ditempat pengurup wang juga perlu dibayar 2k rupiah kerana memberhentikan kereta..dan haha sampai je di airport Kuala Namu selepas membayar harga teksi lebih kurang 150k rupiah kami perlu membayar 3k rupiah lagi kerana teksi berhenti untuk menurunkan kami..haisyy oh Medan.

Kat airport kami try di restoran Dapur Bonda dan makan sup soto  yg berupa maggi dan meehon dalam bentuk sup. Sempat lagi tu sementara tunggu flight.
Di airport..kami dah standby dengan 75k rupiah seorang tapi rupanya airport tax dah naik sejak awal tahun ke 200k seorang! Perghh patutla airport upgrade moden mcm klia so tax pun kenala naik. Tapi kali ini duit airport tax tu dah print pada tiket kapal terbang tak macam seperti pergi ke Bali dan Yogja dulu, kami kena masukkan duit pada pasport.

Ni sahaja pengalaman Jalan Jalan Cari Makan Medan, Indonesia pada percutian sehari yang boleh dikongsikan.

24 October 2014

Travel to Kuala Namu - Medan Indonesia

Travel to Kuala Namu - Medan Indonesia

MH 864 to Medan
Thank you sis!

Plan yg sangat last minit..ke Medan Indonesia dan decide pukul 9.30 pagi ini terus packing dan rushing ke ERL Putrajaya. Grab peluang yg ada bila kakak sendiri offer berjalan ke Medan dan saya ditaja sebagai hadiah hari jadi :)

Sampai sahaja di Medan..wow airport yg sangat moden dan besar berbanding dari Yogja atau airport Bali. Airport yg baru dibina di Kuala Namu ini rupanya agak jauh dari Medan. Kalau airport yg lama betul betul di Medan sahaja. Kami menaiki keretapi Bandara dgn kos 75k rupiah seorang untuk perjalanan selama 40 minit berbanding dengan menaiki kereta yg akan mengambil masa sejam lebih. Keretapi seakan ERL yg mempunyai hawa dingin, televisyen dan kerusi empuk tapi setiap tiket mempunyai nombor seat untuk diduduki oh yeah mcm keretapi laju dari KL ke Ipoh tu. Pemandangan sepanjang dari airport ke Medan ialah sawah padi dan perkampungan .
Kami turun betul betul di tengah bandar dan berhadapan dgn shopping complex yg gah. Terasa mcm berada di KL pulak. Menaiki teksi selama 20 minit untuk sampai ke hotel. Orait masa di Medan hanya sejam lebih lewat dari Malaysia. Oleh sbb kami dtg ke Medan hanya sekadar nak makan angin so apalagi check in hotel je terus lepak kat cafe try makanan Medan.

Artikel Masalah Stres Pelajar

Artikel Masalah Stres Pelajar


Good morning Blueblue
Good morning Redcake
New pets in the house

Artikel untuk majalah sekolah tahun ini.

MASALAH STRES PELAJAR

Stres sama ada positif atau negatif memaksa seseorang untuk menyesuaikan diri dan mengubah sikap supaya sesuai dengan situasi yang sedang dialami. Stres yang negatif meninggalkan kesan yang memudaratkan kerana melampaui keupayaan seseorang untuk menanganinya, melemahkan sistem ketahanan tubuh dan mengakibatkan masalah tingkahlaku atau fizikal. Stres yang berlanjutan akan menyebabkan kemurungan. Kemurungan ialah sejenis penyakit yang berbahaya yang boleh menghancurkan kehidupan dan seterusnya membunuh. Kemurungan melibatkan seluruh sistem tubuh seperti mental, emosi, tingkah laku dan fizikal akan terjejas. Ini kerana ia menganggu sistem tubuh badan menyebabkan keadaan menjadi serius. Apabila sistem ketahanan badan lemah, penyakit akan mudah menyerang. Antara tanda tanda orang yang mengalami penyakit kemurungan ialah rasa sedih, rasa terganggu, hilang selera makan, sukar memberi tumpuan, cepat marah, tidak bersemangat, rasa letih yang berpanjangan, sakit kepala dan pelupa. Tekanan ini sangat menyakitkan dan membuat hidup menderita yang sukar digambarkan oleh orang yang tidak mengalaminya.

Sejak program Minda Sihat dijalankan di sekolah, guru kaunseling dapat mengenal pasti tahap stres, keresahan dan kemurungan dalam kalangan pelajar dengan lebih cepat. Melalui rujukan guru kelas, bantuan akan diberikan bagi mengurus masalah emosi dan kemurungan pelajar. Kebanyakan pelajar yang mengalami kemurungan akan menghidap sakit perut dan gastrik kerana respon badan terhadap kesayuan dan kemurungan berkumpul di usus kecil dan perut. Pelajar juga sering sakit kepala kerana stres juga akan menyerang kawasan pemikiran iaitu kepala, leher, bahu, lengan dan tangan kerana kesakitan di anggota ini berkait dengan pemikiran, kegagalan dan penerimaan diri yang negatif. Setiap individu mempunyai keunikan personaliti dan daya tindak balas terhadap masalah dengan cara yang berbeza bergantung kepada personaliti, pengalaman lampau dan kemampuan fisiologi menghadapi stres. Contohnya, masalah kemurungan yang kerap berlaku berpunca dengan masalah keluarga. Dengan masalah yang sama, respon pelajar adalah berbeza. Ada pelajar yang menujukkan personalti yang ceria di hadapan kawan-kawan dan guru tanpa disedari warga sekolah bahawa pelajar tersebut sedang berjuang untuk meneruskan kehidupan. Ada yang menunjukkan keceriaan di hadapan keluarga tetapi mempunyai kemurungan yang teruk apabila berada di sekolah menyebabkan keluarganya menyalahkan pihak sekolah yang memberikan tekanan akademik atau rakan – rakan sekolah yang mempengaruhi anaknya apabila mendapat tahu anak mereka terlibat dengan gejala yang tidak sihat seperti ponteng sekolah, memakan pil tidur berlebihan, lari mengikut pasangan dan mengambil dadah. Ada juga pelajar yang menunjukkan kemurungan di rumah dan di sekolah dan biasanya kes ini dapat dibantu segera kerana mendapat kerjasama yang baik dari ibu bapa dan guru untuk merujuk pelajar kepada guru kaunseling di sekolah dan selepas tiga kali sesi kaunseling, tahap kemurungan masih membimbangkan maka guru kaunseling akan menulis laporan sesi kaunseling untuk dirujuk kepada pakar psikiatri di hospital bagi bantuan pakar  perubatan. Apabila bercakap mengenai rujukan ke psikiatris, ia masih lagi taboo dalam kalangan masyarakat. Mendapatkan kerjasama dari ibu bapa dan pelajar sendiri untuk dirujuk ke psikiatris agak sukar kerana ia sering dikaitkan dengan sesuatu yang memalukan dan gila. Walhal stress dan kemurungan boleh diatasi yang memerlukan pendekatan yang merangkumi cara berfikir, mengawal emosi dan juga dari segi tingkah laku. Hanya dalam kes kemurungan yang teruk maka ubat – ubatan diperlukan bagi menenangkan pelajar. Sokongan keluarga, guru-guru dan rakan-rakan diperlukan bagi membantu pelajar dari terjebak dengan kemurungan bagi mendapatkan bantuan segera.

Oleh itu jika warga sekolah mempunyai tanda – tanda awal stres seperti yang dinyatakan, jangan biarkan ia berlanjutan dalam masa yang lama hingga menganggu kesihatan  kerana ia umpama barah yang akan merebak jika langkah pencegahan awal tidak diambil. Berkongsi masalah dengan seseorang yang dipercayai yang dapat membantu anda menangani stres. Nikmati kehidupan yang ceria dan bebas dari kemurungan dengan mengamalkan cara hidup yang sihat dan berfikiran positif.
                                                                                                                   Nurhaiza Che Mat

                                                                                                  Guru Kaunseling SMK Cheras

22 October 2014

Happy Deepavali

Happy Deepavali

Wah berjam berendam air mata
Penangan movie Hindustan
Ni yg letih layan movie :(


Selamat Hari Deepavali kepada yg meraikannya. Tahun ni sekolah bercuti selama seminggu. 
Bagi pihak sekolah pula, aktiviti guru penyayang meraikan perayaan bersama warga sekolah adalah satu kewajiban. Kami meraikan sebelum cuti hari Deepavali lagi.
AJK Kebajikan Guru Penyayang iaitu ustazah Tengku Laila akan mengadakan kutipan ihsan dari.guru guru berbangsa India untuk diagihkan kepada pelajar India yang layak menerima bantuan. Satu amalan dari dulu sebelum wujudnya program Guru Penyayang. Sewaktu Tahun Baru Cina angpow dari guru Cina untuk para pelajar Cina yang layak menerima bantuan manakala kutipan dari guru Melayu sewaktu bulan puasa untuk disedekahkan kepada pelajar yang layak. 

21 October 2014

38 / 2014: Pulau Tioman

38 / 2014: Pulau Tioman

Somewhere over the rainbow
Skies are blue
And the dreams that you dare to dream
Really do come true

Somewhere I'll wish upon a star
And wake up where the clouds are far
Behind me
Where troubles melt like lemon drops
Away above the chimney tops
That's where you'll find me


Genap 38 tahun hari ini. Meraikan di Pulau Tioman sempena cuti Deepavali.....buka je tingkap nampak pelangi betul betul depan mata. Terus mood menyanyi lagu somewhere over the rainbow hahaha :) berkali kali sepanjang hari. Anak pun layan sambung menyambung menyanyi.

Last saya ke Pulau Tioman sekitar tahun 2000 dengan geng rumah sewa waktu degree. So hampir 14 tahun tak datang ke sini. Perjalanan dari KL ke jeti Mersing melalui Kuantan memakan masa yang lebih lama jika melalui KL - Johor - Jeti Mersing. Bayaran feri agak mahal cecah RM70 untuk perjalanan dua hala dari jeti ke Kampung Tekek dan memakan masa hampir 2 jam perjalanan. Memang ada niat untuk membawa trip student ke sini tahun depan so dalam bercuti saya mencuba survey harga untuk rombongan budak sekolah. Tetapi bayaran feri sahaja RM 70...hmmm let see bajet macam mana.

Saya memilih tempat penginapan di Kampung Tekek iaitu perhentian kedua terakhir di Pulau Tioman. Owhh Kampung Tekek ini juga ada Pusat Kokurikulum orite menarik ni intai peluang untuk bawa trip student.  Pulau Tioman cantik seperti  Pulau Perhentian dan Redang, dengan air kristal yang sangat jernih. Hanya gambar yang boleh menjelaskan betapa cantiknya pulau ini. Mengambil pakej snorkelling di Marine Park, Coral Island, Monkey Bay dan snorkelling di Pulau Renggis. Memang puas. Dari KL memang tak tempah dengan mana - mana pakej pun memang stail kami redah. Turun je dari feri berpuluh agen bagi flyers untuk pakej mereka. Dari situ barulah saya belek mana yang terbaik dan berbaloi. Maksimumkan pakej 3 hari 2 malam di sini dengan snorkelling merata tempat dan hanya satu trip masuk hutan je iaitu di Kampung Juara- waterfall. dan satu lagi pusat pemuliharaan penyu. 

Memandangkan anak anak mempunyai water confident yang baik, pemandu bot mencadangkan kami berpaut pada pelampung sambil kami menikmati terumbu karang tanpa perlu berenang. Kami hanya perlu berpaut dan di bawa ke tempat yang lebih jauh dan di tengah laut untuk menikmati terumbu karang yang cantik. Pertama kali saya mendengar idea begini sebab saya tidak pernah di offer untuk berbuat demikian sebelum ini sama ada percutian keluarga, percutian pakej sekolah atau dengan percutian bersama kawan kawan. Maklumlah snorkelling setakat jarak 20 langkah dari bot je yang paling jauh saya pergi jika snorkelling di tengah laut. Selebihnya lelah la nak berenang balik ke bot huhuhuhu sampai kena tarik nanti. Pengalaman baru dan terumbu karang yang superb!! Tapi malangnya saya tidak mempunyai kamera canggih untuk masuk dalam air bagi merakam gambar maka tersimpan dalam memori otak jela ;)

Menariknya Marine Park di sini berbanding Marine Park yang pernah saya pergi, ialah banyak ikan bersaiz  besar..hampir sebesar lengan dan banyak yang bersaiz dua tapak tangan. Saya pulak yang agak gerun nak berenang dengan ikan ikan itu berbeza betul dengan anak anak. Mereka sangat enjoy pengalaman berharga ini.

Syukur Alhamdulillah masih dipanjangkan umur dan diberi kesempatan menikmati peluang ini.



 

Telegram Channel