19 November 2014

Konvensyen PRS Peringkat Kebangsaan

Keep fit
Then you can be
A best helper

Balik je ke sekolah setelah selesai lawatan ke Pusat Sains saya terus ke Kolej YPC untuk menghadiri Konvensyen PRS Peringkat Kebangsaan anjuran Selangor. Intipati penting program sehari ini untuk meningkatkan keyakinan peserta PRS dan sentiasa dalam keadaan  terbaik dari aspek fizikal, mental dan emosi untuk menjadi PRS yang berkesan. Seramai 4 org peserta dari setiap sekolah yg terpilih menghantar wakil menghadiri seminar.
Yang bestnya bila join program peringkat kebangsaan ini, kita dapat berjumpa dengan geng lama yang dulunya bersama - sama sebagai guru kaunseling di Zon Pudu sebelum masing masing dah berpindah ke Selangor. Sempat bertukar cerita dan mengambil nombor telefon terkini. Melihat pakaian seragam PRS dari sekolah lain memberikan idea untuk melaksanakan pemakaian baju seragam memandangkan kami hanya mempunyai baju TShirt rasmi PRS. 

 

Telegram Channel