31 December 2014

Hari Orientasi Tingkatan 1 SMK Cheras

Hari Orientasi Tingkatan 1 SMK Cheras

Countdown to 2015..
Create a vision
That makes you
Wanna jump out of bed
In the morning


Orientasi tingkatan 1 dan peralihan dijalankan hari ini. Sekolah kami menjalankan program dalam dua kumpulan iaitu untuk kumpulan ibu bapa di dewan dan saya person in charge di situ. Kumpulan taklimat pelajar di tapak perhimpunan dengan Rozi penyelaras di sana manakala Padali bantu menjadi runner di kedua dua tempat. Saya menghubungi  PRS Tingkatan 4 saya untuk membantu menjadi AJK Sambutan dan AJK bagi menguruskan taklimat pelajar. Tahun ini seramai 285 ibu bapa yang hadir dan memberikan kerjasama yang sangat baik. Kami mengarahkan koperasi dan kedai buku tidak dibuka terlalu awal, tetapi dibuka pada pukul 10 pagi agar ibu bapa tidak menguruskan urusan buku dan mendengar taklimat di dewan. 

Di dewan, taklimat dijalankan oleh ibu bapa dengan ucapan aluan dari pengetua diikuti ucapan oleh YDP PIBG iaitu En Yusof Bin Kotok, setelah itu barulah dijalankan taklimat iaitu taklimat bagi kelas muzik, taklimat kelas aliran agama, taklimat guru kaunseling dan akhir sekali taklimat Pentaksiran Berasaskan Sekolah. Taklimat saya berkaitan dengan sarana ibu bapa, masalah disiplin pelajar, perkhidmatan UBK dan program orientasi pelajar sewaktu minggu pertama.

Di tapak perhimpunan, Rozinani menyelaraskan taklimat disiplin, taklimat kelas muzik, taklimat kelas bahasa Arab dan akhir sekali taklimat guru kaunseling. Persembahan sapalele juga dijalankan bagi pelajar mengenali kebitaraan sekolah iaitu muzik sapalele. Minggu orientasi akan diteruskan pada minggu pertama persekolahan.


Pada tahun ini, saya memberikan taklimat agar ibu bapa dapat gambaran suasana dan pembelajaran di sekolah ini. Pada tahun ini juga ting 1C akan dinaikkan ke sesi pagi dan orientasi akan dikendalikan oleh saya. Orientasi di tapak perhimpunan berjalan lancar terima kasih kepada PA Sistem yang telah dinaiktaraf dengan cemerlang.
Kertas Kerja Hari Orientasi Tingkatan 1 2015

Kertas Kerja Hari Orientasi Tingkatan 1 2015


Thank you 2014
Lesson learned and move on


Hari ini ialah hari orientasi Tingkatan 1 iaitu antara projek besar yang dikendalikan oleh guru kaunseling. Kertas kerja ini disediakan oleh guru kaunseling petang selaku penyelaras iaitu Puan Rozinani Awang dan saya selaku naib setiausaha program.


Sila klik pada link ini jika ingin merujuk Kertas Kerja Minggu Orientasi Tingkatan Satu 2016
Kertas Kerja Minggu Orientasi Ting 1 2016

KERTAS KERJA
PROGRAM ORIENTASI PELAJAR TINGKATAN SATU DAN PERALIHAN 2015

1.0      PENGENALAN
Pelajar-pelajar yang baru menjejakkan kaki ke alam sekolah menengah akan merasakan perbezaan ketara dari segi pengalaman dan pembelajaran mereka di sekolah rendah. Perubahan ini perlu mereka lalui kerana mereka berada di persekitaran persekolahan yang berbeza. Para pelajar ini akan merasakan pebezaan dari segi pergaulan dengan rakan-rakan baru, guru-guru baru, pakaian seragam baru, suasana dan tempat baru, dan yang paling ketara adalah pertambahan matapelajaran baru yang lebih banyak berbanding di sekolah rendah. Justeru itu, bagi memudahkan pelajar melalui perubahan tersebut, program orientasi pelajar dirangka. Pelbagai aktiviti pelajar dirancang untuk mereka lebih mengenali persekitaran sekolah, menyesuaikan diri dengan rakan-rakan baru, memahami mata pelajaran yang akan dipelajari, mengetahui sumbangan yang boleh dipohon dan pelbagai maklumat lagi yang boleh diketahui. Oleh itu, diharapkan pendedahan yang diberi di dalam program ini dapat mendorong pelajar berusaha untuk mencapai kecemerlangan.

2.0       OBJEKTIF

1.     Memberi pendedahan kepada pelajar- pelajar baru tentang alam persekolahan sekolah menengah.
2.     Mempastikan para pelajar baru dapat menyesuaikan diri dengan sistem pembelajaran dan persekitaran sekolah menengah.
3.     Melatih pelajar untuk bermotivasi ke sekolah.

3.0            TARIKH

17 - 21 November 2014                - PendaftaranTingkatan 1/2015
31 Disember 2014 (Rabu)            - Hari Orientasi Pelajar tingkatan 1/ Peralihan
              bersama ibu  bapa / penjaga
                  5, 6,dan 7 Januari 2015                 - Pelajar Tingkatan 1 dan Peralihan sahaja

            4.0       TEMPAT
            Dewan Kris Mas, SMK.Cheras.

5.0       SASARAN
Semua pelajar tingkatan 1 dan peralihan 2015

6.0       JAWATANKUASA PENGELOLA
Pengerusi                                : Pn. Hajah Kamariah Bt. Abu (Pengetua)
TimbalanPengerusi                : En. Mohamed Jamil Bin Abdul Samad
                                                            (Penolong KananTadbir dan Kurikulum)
NaibPengerusi 1                     : Pn. Sapura bt. Amat(Penolong Kanan Hal Ehwal murid)
NaibPengerusi 2                     : En. Raheman Bin Ahmad (Penolong Kanan Petang)
NaibPengerusi 3                     : Pn.Maznah Bin Musa (Penolong Kanan Kokurikulum)
Setiausaha                               : Pn. Rozinani Bt. Awang (Kaunselor)
Naib Setiausaha                      : Pn. Nurhaiza bt Che Mat (Kaunselor)


6.1       JAWATAN KUASA KERJA

AJK
NAMA AJK
BIDANG TUGAS
PendaftaranPelajar
Baru
Penyelaras tingkatan 1
Guru Kaunseling
Pembantu makmal

·        Menjalankan pendaftaran pelajar tingkatan 1/ peralihan 2015 di Bilik Mesyuarat

PengacaraMajlis
31 Disember 2014
(Dewan Kris Mas)
Pn. Haslina Bt. Abd. Rahim
Pn. Umi Salbiah Bt. Abd. Rahman
·        Mengacara majlis semasa hari orientasi bersama ibu bapa di dewan mengikut aturcara yang telah ditetapkan di dewan.
Pendaftaran/ SambutanIbu Bapa
Pn. Ang Choon Ai
Cik Tuong Loy Mui
Pn. Normah Bt. Othman
Pn. Aziana Bt Ruslan
Ibubapa ( PIBG)

·        Menyambut ibu bapa dengan mempersilakan mereka masuk ke dalam dewan.
·        Mengedarkan buku program dan bahan edaran mengenai majlis orientasi.
Persiapan Dewan dan Peralatan
En. Ahmad  Azran B Abdul Rahman
En. Mazlie Bin Muhammad
En. Lau Liang Chuan
En. Masrizal Bin Abu Bakar
En. Muhammad Fadzil B. Lebai Lutfi
·        Membuka, mengemas dan menutup dewan.
·        Menyediakan rostrum, dan kerusi untuk tetamu dan ibubapa.
·        Menyediakan ‘skirting’ dan bunga.
·        Menghias dewan.
Disiplin pelajar dan Penyusunan Pelajar di Dataran Informasi
En. Masrizal B. Abu Bakar
Pn. Noraida Bt. Mohamed
Pn. Kamziyah Bt. MohdYaman
Pn. Lee Wan Yee



·        Mempastikan disiplin pelajar terkawal dan menyusun pelajar di Dataran Informasi (tapak perhimpunan)
·        Mempastikan pelajar berada di tapak perhimpunan untuk mendengar taklimat.

Buku Program dan Buku Catatan Pelajar
Pn. Raudzah Bin Abd. Rahman
Pn. Rozinani Bt. Awang
·        Menyediakan buku program dan mencetak sebanyak 350 untuk diedarkan kepada ibubapa.
·        Membuat Buku Catatan Orientasi untuk pelajar dan mencetaknya sebanyak 350.

Jamuan
Pn. Haslina Bt. Hashim
Pn. Aisyatul Nazliah Bt. Abd. Rani
Pn. Nafsah bt.Mohd Shah
Pn. Faiza Bt. Mamat
·        Menyediakan makanan kepada pentadbir, AJK PIBG,  AJK guru, dan pengawas bertugas.
Back Drop
En. Che Mohamad Padali B. Che Mat
·        Menyediakan back drop yang sesuai untuk majlis orientasi.

Bacaan Doa
En. Muhammad Fadzil B Lebai Lutfi
·        Menyediakan teks doa yang sesuai untuk majlis dan memimpin bacaan doa.

Siaraya
En. Balasegar a/l Muniandy
·        Menyediakan system siararaya yang lengkap di dewan.

Persembahan Multimedia
Pn. Siti Hajar Bt Hamzah
Pn. Laili Azuwa Bt. Tamrin

·        Menyediakan multimedia untuk ditayangkan kepada ibubapa.
Kebersihan dan Keceriaan
En. Normah Bt. Othman
Pn. MaizatulAkma Bt. Mamat
Pn.Hasmiliyana Bt Muhammad
·        Memastikan kawasan sekitar sekolah dan dewan bersih sebelum dan selepas program.
·        Bekerjasama dengan pekerja pembersihan sekolah.

Dokumentasi & Jurugambar
Pn. Rozinani Bt Awang
Pn. Raudzah Bt. Abd. Rahman
En. Che Mohamad Padali Che Mat
·        Menyediakan dokumentasi sepanjang majlis dan minggu orientasi berlangsung.
·        Mengambil gambar sepanjang program berlangsung.

AJK
NAMA AJK
BIDANG TUGAS
Pembahagian Kelas
En. Chen For Loi
·        Mengagihkan pelajar kepada kelas mengikut keputusan UPSR.

Unit Disiplin
En. Masrizal Bin Abu Bakar
Pn. Noraida Bt. Mohamad
·        Menyampaikan taklimat disiplin sekolah kepada para pelajar semasa minggu orientasi.

Unit Kokurikulum
Pn.Maznah Bt. Musa
Penolong Kanan Ko-kurikulum
·        Menyampaikan taklimat mengenai ko-kurikulum, iaitu persatuan/kelab badan beruniform, sukan dan permainan.
Taklimat SPBT
Pn. Goh See Hock

·        Menyampaikan taklimat SPBT  kepada para pelajar.

Taklimat Koperasi
Guru Koperasi sekolah

·        Memberikan taklimat mengenai koperasi sekolah.

Taklimat Biasiswa
Pn. Haslina Bt. Hashim
Pn. Normilah Bt Mohd Noh
·        Menyampaikan taklimat biasiswa Baitulmal dan BKP kepada para pelajar.

Taklimat Pusat Sumber Sekolah
Pn. Zalilah Bt. Abd. Jalil
·        Menyampaikan taklimat pusat sumber sekolah kepada para pelajar.

Taklimat Unit  Kaunseling
Pn. Nurhaiza Bt. Che Mat
Pn. Rozinani Bt. Awang
En. M. Padali B Che Mat
·        Menyampaikan taklimat mengenai unit bimbingan dan kaunseling sekolah  dan Pentaksiran Ujian Psikometrik

Nyanyian
Pn. UmiSalbiah Bt. Abd. Rahman
Pn. Norlaili Bt. Ani
·        Menyediakan lirik lagu dan melatih para pelajar menyanyi lagu sekolah dan lagu Wilayah dengan betul.

Taklimat Pentaksiran Berasaskan Sekolah
Pn. Umizam Zaharah Bt. Ismail
·        Menyampaikan taklimat  kepada pelajar tentang Pentaksiran Berasaskan Sekolah ( PBS) agar-agar pelajar memahami dan bersedia untuk menghadapi PBS

Taklimat Virtual Learning Enviroment (VLE-FROG)
Pn. Norliza Bt. Borhan
·        Menyampaikan taklimat kepada pelajar agar memahami VLE dan kepentingannya.



7.0       SENARAI GURU KELAS  TINGKATAN 1 2015
TINGKATAN
NAMA GURU YANG BERTUGAS
1 AMANAH
En.Mazlie B. Muhammad dan   Mentor 2
1 BESTARI
Pn. Hashida Bt. Md Isa dan   Mentor 2
1 CERIA
Pn. Maizatul Akma Bt. Mamat dan   Mentor 2
1 DEDIKASI
Pn. Aziana Bt. Ruslan dan   Mentor 2
1 EFISYEN
Pn. Norida Bt. Naser dan   Mentor 2
1 GIGIH
Pn. Hasmiliyana Bt. Muhammad dan   Mentor 2
1 JUJUR
Pn. Haslina Bt. Rahim  dan   Mentor 2
1 LUHUR
En. Muhammad Fadzil Bin Lebai Lutfi dan   Mentor 2
1 MAKMUR
En. Ahmad Azran Bin Abdul Rahman dan   Mentor 2
 1 SETIA
Pn. Hidayatul Akhmal Bt. Abd. Malik dan   Mentor 2
1 TEKUN
Pn. Aisyatul Nazliah Bt. Abd. Rani dan   Mentor 2

8.0       TENTATIF MAJLIS ORIENTASI (IBU /BAPA)
Tarikh             :  31 Disember 2014 (Rabu)
Tempat                       :  Dewan Kris Mas

Masa

Aturcara

7.30 – 8.00 pagi          :           Ketibaan ibubapa

8.00  - 8.15 pagi          :           Persembahan Multimedia 

8.15 –  8.20  pagi        :           Ucapan Aluan Pengerusi Majlis
                                                Bacaan Doa

8.20 – 9.00 pagi          :           Ucapan Pengetua (Pn. Hajah Kamariah Bt. Abu)
                                                Ucapan Aluan YDP PIBG  ( Tn. Hj. Mohd Yusof Bin Kotok)
                                   
9.00- 10.00 pagi          :           Taklimat Kelas Muzik (Pn. Umi Salbiah Bt. Abd. Rahman)
                                                Taklimat Kelas Bahasa Arab ( Pn. Hasma Zati Bt. Hashim)
                                                Taklimat Guru Kaunseling (Pn. Nurhaiza Bt. Che Mat)
                                                Taklimat PBS (Pn Sharin Hanum Abdul Rahman)

10.00-12.30 tghr         :           Pendaftaran pelajar tingkatan 1 di kelas
Pengagihan buku teks

12.30tghr                    :           Bersurai



TENTATIF MAJLIS ORIENTASI (MURID-MURID)

Tarikh :  31 Disember 2014 (Rabu)
Tempat           : DataranInformasi (tempatpelajarberkumpul)

Masa

Aturcara

7.30 – 8.00 pagi          :           Ketibaan pelajar
8.00 – 8.15pagi           :           Ucapan Aluan daripada guru bimbingan dan kaunseling
8.15 – 8.30 pagi          :           Taklimat Disiplin
8.30 – 8.45pagi           :           Taklimat Bahasa Arab
8.45 – 9.00pagi           :           Taklimat Muzik
9.00 – 9.30pagi           :           Persembahan pelajar muzik
9. 30 – 12.30 tghr       :           Pendaftaran pelajar di kelas
12.30tghr                    :           Bersurai


9.0       ANGGARAN PERBELANJAAN

PIBG                                                                                                -           RM 650.00

Perbelanjaan
Makanan VIP ( RM6.00 X 10 orang)                                                    -           RM  60.00
Makanan guru bertugas (RM 5.00 X 50 orang)                                       -           RM 250.00
Makanan pengawas bertugas dan pelajar muzik (RM3.50 X 40 orang)      -           RM 140.00
Banner dan Backdrop                                                                           -           RM 200.00

                                                                                     JUMLAH       -           RM 650.00



Disediakan oleh,                                                                     Diluluskan oleh                                                                     
                                                                                               
_________________________                                              ________________________
(PN.ROZINANI BT. AWANG)                                            PN. HJH KAMARIAH BT. ABU
Guru Kaunseling                                                                    Pengetua, SMK. Cheras



 

Telegram Channel