31 December 2014

Hari Orientasi Tingkatan 1 SMK Cheras

Countdown to 2015..
Create a vision
That makes you
Wanna jump out of bed
In the morning


Orientasi tingkatan 1 dan peralihan dijalankan hari ini. Sekolah kami menjalankan program dalam dua kumpulan iaitu untuk kumpulan ibu bapa di dewan dan saya person in charge di situ. Kumpulan taklimat pelajar di tapak perhimpunan dengan Rozi penyelaras di sana manakala Padali bantu menjadi runner di kedua dua tempat. Saya menghubungi  PRS Tingkatan 4 saya untuk membantu menjadi AJK Sambutan dan AJK bagi menguruskan taklimat pelajar. Tahun ini seramai 285 ibu bapa yang hadir dan memberikan kerjasama yang sangat baik. Kami mengarahkan koperasi dan kedai buku tidak dibuka terlalu awal, tetapi dibuka pada pukul 10 pagi agar ibu bapa tidak menguruskan urusan buku dan mendengar taklimat di dewan. 

Di dewan, taklimat dijalankan oleh ibu bapa dengan ucapan aluan dari pengetua diikuti ucapan oleh YDP PIBG iaitu En Yusof Bin Kotok, setelah itu barulah dijalankan taklimat iaitu taklimat bagi kelas muzik, taklimat kelas aliran agama, taklimat guru kaunseling dan akhir sekali taklimat Pentaksiran Berasaskan Sekolah. Taklimat saya berkaitan dengan sarana ibu bapa, masalah disiplin pelajar, perkhidmatan UBK dan program orientasi pelajar sewaktu minggu pertama.

Di tapak perhimpunan, Rozinani menyelaraskan taklimat disiplin, taklimat kelas muzik, taklimat kelas bahasa Arab dan akhir sekali taklimat guru kaunseling. Persembahan sapalele juga dijalankan bagi pelajar mengenali kebitaraan sekolah iaitu muzik sapalele. Minggu orientasi akan diteruskan pada minggu pertama persekolahan.


Pada tahun ini, saya memberikan taklimat agar ibu bapa dapat gambaran suasana dan pembelajaran di sekolah ini. Pada tahun ini juga ting 1C akan dinaikkan ke sesi pagi dan orientasi akan dikendalikan oleh saya. Orientasi di tapak perhimpunan berjalan lancar terima kasih kepada PA Sistem yang telah dinaiktaraf dengan cemerlang.
 

Telegram Channel