Total Pageviews

TERIMA KASIH PEMBACA !

SEARCH

Loading...

27 December 2014

Kertas Kerja Kolaborasi SMKC - SM Sains Selangor 2015

#ohmyenglish
#Villa Isabellaaa



KERTAS KERJA
PROGRAM KOLABORASI PERMATA SMK CHERAS – SM SAINS SELANGOR

1.0           PENGENALAN

          Projek Kolaborasi Permata merupakan projek peningkatan akademik di antara SMK Cheras dengan SM Sains Selangor bagi melonjakkan kecemerlangan dalam akademik. Projek ini melibatkan 15 orang pelajar Tingkatan Tiga, Empat dan Lima SMK Cheras untuk mendapatkan pengalaman dan menjalinkan kerjasama akademik dengan pelajar SM Sains Selangor.  Diharapkan pelajar projek permata SMK Cheras iaitu projek pelajar cemerlang sekolah akan mengambil inisiatif dari kerjasama yang terjalin dengan mempelajari pengajaran dari guru –guru SM Sains Selangor dan teknik yang digunakan oleh pelajar SM Sains Selangor yang dikenali dengan kecemerlangan akademik mereka.  Pentadbiran sekolah berharap agar pelajar dapat memanfaatkan kolaborasi ini melalui peningkatan gred akademik pelajar yang lebih cemerlang melalui teknik belajar kendiri dan berkumpulan dan seterusnya dapat membantu pelajar lain di sekolah melalui pengajaran rakan sebaya dan meningkatkan gred kecemerlangan akademik sekolah. Melalui pengalaman pembelajaran yang diperolehi, pihak sekolah berharap para pelajar permata ini dapat memberikan input yang berguna kepada rakan sebaya mereka di SMK Cheras bagi dijadikan panduan berguna.

2.0     OBJEKTIF

1) Agar pelajar dapat mengikuti mata pelajaran dengan baik melalui tunjuk ajar rakan        sebaya
2) Agar pelajar dapat bertukar –tukar ilmu pengetahuan mengenai teknik belajar yang sesuai
   3) Agar pelajar dapat bekerjasama berkongsi ilmu pengetahuan mengenai sesuatu mata pelajaran


3.0     TARIKH
          2 Mac 2015 – 6 Mac 2015

4.0     SASARAN
          15 orang pelajar SMK Cheras Ting 3, 4 dan 5

5.0     AHLI JAWATANKUASA
Pengerusi               : Pn Kamariah Bt Abu
Naib Pengerusi        : En Jamil Bin Abdul Samad
Penyelaras              : Puan Nurhaiza Bt Che Mat
AJK Perhubungan  : En Che Mohamad Padali B Che Mat

                               
6.0     AKTIVITI PROGRAM

Pelajar akan dibahagikan kepada kelas – kelas tertentu mengikut mata pelajaran elektif
mereka. Pelajar juga akan bergaul dengan pelajar di dalam kelas yang  ditempatkan
dan belajar bersama-sama pelajar di dalam kelasnya.
Pelajar akan mengikuti semua aktiviti yang dijalankan untuk pelajar di dalam kelasnya.





7.0     ANGGARAN KEWANGAN

Sumber Kewangan
Yuran pelajar                                 =     RM 10 x 15 orang    =RM   150
Yayasan Pendidikan Cheras=                                              =RM    600

Jumlah                                                                                     RM   750

Perbelanjaan
Yuran makan                               =     RM 10  x 15 orang x 5 hari      =RM 750


8.0     PENUTUP

Diharapkan agar projek ini mencapai objektif yang diingini dan projek perintis ini diharapkan berjaya melonjakkan kecemerlangan akademik pelajar dan kerjasama kolaborasi ini boleh diteruskan ke tahun tahun seterusnya.

Disediakan oleh,                                                                  Diluluskan oleh,

( Nurhaiza Bt Che Mat)                                                       (Kamariah Bt Abu)
Guru Kaunseling                                                                 Pengetua                         


No comments: