Total Pageviews

TERIMA KASIH PEMBACA !

SEARCH

Loading...

24 December 2014

Kertas Kerja Program Permata 2015

Banjir teruk di Kelantan
Jaga diri, kawan kawan
#prayforpantaitimur


KERTAS KERJA
PROGRAM PERMATA SMK CHERAS 2015

1.0     PENGENALAN
Program Permata merupakan program yang julung kalinya dijalankan untuk meningkatkan prestasi akademik pelajar. Kerjasama yang padu antara guru dan pelajar amat diharapkan untuk kejayaan program ini. Sistem mentor terdiri dari komponen sistem bimbingan di mana mentor bertindak sebagai seorang ibu/ bapa angkat yang sentiasa memberi nasihat dan tunjuk ajar serta bimbingan berguna kepada sebilangan pelajar. Menerusi program ini, pelajar akan didampingi dengan lebih rapat oleh mentor mereka. Mentor terdiri dari kalangan guru mata pelajaran yang dilantik untuk membimbing meningkatkan perkembangan potensi diri murid dalam mata pelajaran. Manakala mantee terdiri dari pelajar yang telah dikenal pasti yang akan dibantu oleh mentor dalam proses diberikan bimbingan dan sokongan secara profesional  untuk melonjakkan markah akademik pelajar dalam mata pelajaran. Peserta program Permata juga terlibat dengan pelbagai program peningkatan akademik yang dirangka oleh guru kaunseling. Guru Muda adalah satu inisiatif projek di bawah bimbingan Guru Cemerlang, Ketua Bidang dan Ketua Panitia sekolah untuk melatih pelajar yang dilantik sebagai Guru Muda menjalankan pengajaran kepada kumpulan pelajar. Melalui program Guru Muda, pelajar cemerlang dilatih dan belajar menyampaikan maklumat dan menguasai mata pelajaran yang lebih baik. Diharapkan Guru Muda ini dapat menyampaikan pengajaran kepada rakan sebaya dengan cara mereka tersendiri untuk membantu rakan sebaya memahami mata pelajaran.



2.0     OBJEKTIF
1) Mewujudkan budaya penyayang di kalangan guru dan murid dengan menerapkan sifat bertolak ansur serta saling percaya mempercayai antara satu sama lain

2) Agar pelajar berusaha mempertingkatkan prestasi akademik, disiplin dan kokurikulum. Pelajar dan guru bekerjasama untuk meningkatkan kecemerlangan sekolah dalam semua aspek.  
   
    3) Membimbing pelajar agar menjadi insan yang bertanggungjawab kepada diri, keluarga dan masyarakat.

3.0     SASARAN
          30 orang : 10 pelajar cemerlang dari setiap tingkatan 3, 4 dan 5
          45 orang : 15 pelajar yang berpotensi cemerlang dalam PT3, tingkatan 4,SPM
         
4.0     TARIKH
          PT3 : Januari – Oktober 2015
          Tingkatan 4 : Januari – November 2015
          SPM : Januari – November 2015

5.0     MATLAMAT
          Bagi keputusan SPM sebenar:
Pelajar memperolehi maksimum semua A dan minimum 6A dan B bagi mata pelajaran lain

Bagi keputusan peperiksaan tingkatan 4:
Bagi peperiksaan pertengahan tahun dan peperiksaan akhir tahun pelajar
memperolehi minimum 6A dan B bagi mata pelajaran lain

Bagi keputusan PMR sebenar:
Pelajar memperolehi maksimum semua A dan minimum 6A dan B bagi mata pelajaran lain
                   
6.0     AHLI JAWATANKUASA
          AJK Induk
          Pengerusi               : Puan Hajah Kamariah Bt Abu
Naib Pengerusi      : Encik Mohamed Jamil Bin Abdul Samad
          Setiausaha             : Pn Nurhaiza Bt Che Mat
          AJK                         : Pn Sharin Hanum Bt Abdul Rahman
                                         : Encik Che Mohamad Padali Bin Che Mat
                                           Ketua Bidang
                                           Ketua Panitia
                                           Setiausaha Peperiksaan
                                           Mentor terlibat
                                                 

7.0     PELAN TINDAKAN PROGRAM UNTUK 2015
TARIKH
AKTIVITI

TINDAKAN
Januari
Pemilihan mantee dan mentor

Setiausaha peperiksaan
Ketua Bidang
 Januari
Taklimat kepada mantee terpilih

Setiausaha
Januari
Penetapan Matlamat PT3/Ting 4/SPM

Guru Kaunseling :
Januari
Taklimat kepada mentor terpilih
Pengetua

Februari
Surat makluman kepada ibu bapa mengenai pelan tindakan PERMATA
Setiausaha
Februari

Eksplorasi Kerjaya :
Lawatan ke IPT Ting 4 dan 5

Guru Kaunseling
Feb - Okt
Program Mentor Mantee Permata bermula

Mentor
Mac

Minggu Jati Diri Permata di SMAWP
Program Kolaborasi  dan SM Sains Selangor
Guru Kaunseling

April - Okt

Projek Guru Muda mula diaplikasikan

Guru Cemerlang
Ketua Bidang/ Mentor
Mei

Bulan peperiksaan Intensif
Setiausaha peperiksaan
Jun
Post Mortem program dengan pentadbir
AJK

Jun
Anugerah Hadiah Galakan
Setiausaha

Julai
Program Kolaborasi dengan SM Sains Alam Shah
Guru Kaunseling
Ogos

Program Motivasi
Guru Kaunseling
Sept

Pecutan Akhir PT3
Seminar Peperiksaan PT3
Anugerah Hadiah Galakan
Guru Kaunseling
Ketua Bidang
Setiausaha
Oktober
Pecutan Akhir SPM dan Tingkatan 4
Seminar Peperiksaan SPM
Guru Kaunseling
Ketua Bidang


8.0     ANGGARAN  KEWANGAN
Sumber Kewangan
Yuran pelajar                    RM 50 x 15                                 RM    750
PCG Kaunseling                                                                  RM 1,000
PIBG                                                                                    RM    875
Yayasan Pendidikan Cheras                                               RM 1,000
Tajaan dari IPT                                                                    RM    500         
Jumlah                                                                                 RM  4,125

Perbelanjaan
Lawatan Ke IPT                                                                   RM     500
Minggu Jati Diri Di SMAWP                                                 RM  1,125
Program Kolaborasi SMSS dan SMKC                               RM     750
Program Kolaborasi SM Sains Alam Shah                           RM    750
Program Guru Muda                                                             RM    500
Hadiah Galakan                                                                    RM    500                                                                                                               
Jumlah                                                                                  RM  4,125

9.0     PENUTUP
          Diharapkan agar program Permata berjalan lancar dan mendapat kerjasama dari mentor, ibu bapa dan mantee itu sendiri bagi mencapai kecemerlangan pelajar.


Disediakan oleh,                                                        Diluluskan oleh,

(Nurhaiza Bt Che Mat)                                               (Kamariah Bt Abu)
Setiausaha                                                                  Pengetua




No comments: