Total Pageviews

TERIMA KASIH PEMBACA !

14 December 2014

Last day At Istanbul


Tunaydin Istanbul !

Menikmati matahari terbenam di Bosphorus Cruise
Bangun seawal 4 pagi untuk packing beg. Kami mengambil breakfast agak lewat sedikit pada pukul 10 pagi. Checkout pukul 10.30 pagi dan kemudian kami berjalan kaki ke Taksim Square mencuci mata melihat pemandangan dan kedai kedai tepi jalan. Oleh kerana hari ini ialah hari untuk menjalankan aktiviti bebas, maka kami merancang perjalanan sendiri. Kami difahamkan berhampiran dengan hotel kami, terdapat Hard Rock Cafe tetapi puas bertanya dengan warga tempatan tiada siapa pun yang tau apa itu Hard Rock Cafe apatah lagi lokasi yang tepat! Dah puas ke utara ke selatan maka kami pun melupakan hasrat ke Hard Rock Cafe kerana niat ke sana pun semata -mata membeli baju yang dipesan oleh kawan Wati. 




Melalui susur jalan dari hotel ke Taksim Square perlu pandai berjalan dan menolak dengan baik peminta sedekah, penjaja dan penjual yang datang berkerumun. Banyak  betul burung merpati di Taksim Square. Ramai je warga tempatan Turki yang membaling makanan burung agar burung burung merpati itu makan bijirin dan mengelilingi kami agar dapat menangkap gambar yang cantik. Tetapi anda boleh membeli secawan bijirin makanan burung dengan harga 1TL pada penjual yang ada di sekitar situ.

Kami melalui deretan gerai makanan kebab dan hampir semua gerai menjual menu makanan yang sama dan jus buah yang sama. Kami hanya memilih kedai yang masih ada tempat lagi untuk duduk dan menikmati makanan kebab. Satu kebab pita dan satu cawan jus delima berharga 13TL. Nasib tak baik saya dapat jus delima yang sangat sangat masam hingga tekak saya tidak mampu menerimanya so confirm tak habis :(    Oh ya... memang rezeki kami akhirnya berjumpa juga dengan penjual aiskrim Turki yang terkenal dengan aiskrim tipu.Kami mencuba aiskrim Turki yg dipanggil aiskrim tipu kerana sewaktu membelinya, penjual aiskrim akan menggunakan helah seperti membuat pertunjukan silap mata. Itu yg istimewanya. Harga aiskrim yg hanya satu kon dan diletakkan umpama 3 scoop berharga 10 TL yg bersamaan RM 15. Yeah..agak mahal sebenarnya.. tetapi memandangkan aiskrim tulen Turki so layan jela nasib baik sedap.

Penjual aiskrim Turki buat persembahan
Kami balik semula ke hotel pada pukul 2.00 petang. Memandangkan kami belum  menunaikan solat, kami bertanya dengan staf hotel jika dapat menumpang mesid (surau)  hotel untuk bersolat. jangan terkejut kerana tiada kemudahan itu di hotel. Maka menapaklah ke mesjid berhampiran untuk menunaikan solat. Memandangkan check out pada pukul 12.00 tengah hari maka sudah tentu kami tidak boleh balik ke bilik untuk bersolat.

Pada pukul 2.30 petang, kami ke Istanbul Bosphorus Cruise. Perjalanan 30 minit dengan bas ke jeti menaiki cruise untuk menyusuri Selat Bosphorus. Makanan dan minuman ada dijual diatas kapal tetapi perlu dibayar dengan harga yang berbeza dari harga tiket cruise. Pemandangan yg cantik sepanjang sejam kami belayar. Memandangkan geografi Turki agak unik kerana besar maka Turki dibahagikan kepada European side dan Asean side melalui Bosphorus. Rekabentuk rumah dan sejarah peninggalan dari dua benua yg berbeza yang mengagumkan.
Selamat tinggal Turkiye
Sekitar hotel di Taksim









Turun sahaja dari cruise kami terus ke Marmara Mall sebuah shopping complex yg sgt besar. Menunaikan solat di situ memberikan satu pengalaman baru kepada saya. Surau di Malaysia mempunyai telekung untuk kemudahan pengunjung. Tetapi di sini disediakan kain sahaja berupa skirt panjang yg pelbagai corak untuk dipakai bagi pakaian yg lebih sopan lagi di bahagian bawah badan.Orang ramai yang bersolat akan menyarung kain ini sahaja untuk bersolat bagi yang memakai jeans yang agak ketat.

Suasana mesjid di Marmara Mall. Kain bercorak yg disediakan untuk kemudahan

Di Mall ini kami cuba masuk dari kedai ke kedai melihat design terkini fesyen Turki dan memandangkan tiga jam masa yg diperuntukkan disini, maka cara terbaik ialah lepak di kedai makan menikmati makanan yg belum pernah dicuba. Memang berpinar mata tengok menu orang Turki ini. Saya mencuba nasi dengan ayam hirisan dan sayur umpama paprik. But of course kering tanpa kuah dan dilengkapi salad. Oh ye..saya hanya membayar untuk set makanan di atas sebanyak 13.50 TL tetapi roti juga diberikan.  Kesimpulan yg baik ialah roti memang akan sentiasa dihidangkan kepada pengunjung sebagai menu wajib.

Masa yg dijanjikan telah tiba, menaiki bas untuk ke airport merupakan masa untuk mengucapkan terima kasih kepada tour guide kami yg sentiasa tersenyum dan periang orangnya sesuai dengan tour leader kami yg tidak pernah mengeluh memang very energetic, peramah, sangat suka menolong dan menjaga kebajikan kami di sini dengan sangat baik sekali dari seawal beberapi hari sebelum pergi hinggalah kini.
Walaupun kami checkin dengan tempat duduk yg agak berterabur kerana di sini perkhidmatan menguruskan group tour tidak disediakan, tetapi group leader kami dapat menyusun semula kedudukan kami agar tidak terpisah antara kawan dan keluarga berbanding dengan company lain yg meminta agar pandai pandaila mengurus sendiri jika ingin tempat duduk berhampiran..ini kesimpulan yang saya buat hasil berbual dengan orang lain di airport yang berbeza tour company.
Airport sini memang sangat sibuk walaupun Istanbul mempunyai dua buah airport. Tengok orang ke hulu hilir dan kedai bebas cukainya sahaja busy macam shopping di Mall sahaja.
Orait sementara menunggu flight pukul 1 esok, saya menghabiskan masa berbual bual dengan ahli tour group kami dan pelancong dari tour group yg lain.






No comments: