Total Pageviews

TERIMA KASIH PEMBACA !

29 December 2014

Mesyuarat HEM 1/2015: Tugas Kaunselor Bawah HEM

Bencana banjir 
Pengumuman rasmi
Sesi persekolahan 2015 ditangguh

Welcome warga sekolah ! Hari ini mesyuarat guru dan Mesyuarat HEM Kali Pertama 2015.
Senarai bidang tugas saya bagi sesi 2015 di bawah Hal Ehwal Murid :
Ketua Guru Kaunseling
Setiausaha Unit Bimbingan & Kaunseling
Setiausaha Program Guru Penyayang
AJK Lembaga Disiplin
AJK Majlis Ketua Tingkatan
AJK Program Pemantapan Sahsiah Murid
Penyelaras Program Menangani Ponteng

Senarai jawatan dibawah HEM yang lebih pendek tahun ini dan membantu saya untuk lebih fokus dengan isu menangani sahsiah disiplin pelajar. Antara jawatan utama yang tidak saya pegang lagi pada tahun ini ialah Naib Setiausaha HEM dan Setiausaha Keselamatan sekolah. Di bawah pentadbiran boss baru, semua guru cuba diagihkan jawatan mengikut gred DG dengan gred DG yang tinggi menjawat jawatan yang lebih penting. Pengagihan tugas juga cuba seimbang yg boleh dan dimasukkan ke dalam buku panduan tahunan guru untuk dirujuk. Saya rasa cara ini lebih win win situation.

Pada tahun ini, antara jawatan utama saya selaku penyelaras program menangani ponteng dengan fokus pada 3 aktiviti utama iaitu Zoom Kelas, Hati Ke Hati dan Talian Kasih untuk membantu pihak sekolah meningkatkan peratus kehadiran pelajar ke sekolah sebanyak 80 peratus. Ini kerana pada tahun 2014 peratus kehadiran pelajar ke sekolah hanyalah sekitar 75 peratus sahaja. Oleh kerana itu pelan strategik UBK pada tahun 2015 fokus kepada isu menangani pelajar ponteng dan lewat. Kajian tindakan saya juga adalah berpandukan kepada isu ponteng pada tahun ini.

Selaku setiausaha program guru penyayang, pada tahun ini saya memasukkan takwim mentor mantee bersama tajuk modul yg akan digunakan dalam buku panduan guru. Sebulan sekali pada hari Isnin sewaktu perhimpunan akan dijalankan program mentor mantee guru penyayang. Tahun ini juga mentor kedua dikenalpasti dan dimasukkan terus ke dalam buku panduan guru untuk menjadi rujukan tetap sepanjang tahun. Mentor kedua ini bukan sahaja terlibat untuk perjumpaan mentor mantee bahkan membantu mengambil kehadiran pelajar untuk di key in di awal pagi jika guru kelas tidak hadir ke sekolah. Pada tahun ini juga perubahan pada aktiviti mengalukan kehadiran pelajar ke sekolah kerana setiap hari barisan pentadbir akan mengambil giliran di pintu pagar bersama guru rumah sukan. 

No comments: