Total Pageviews

TERIMA KASIH PEMBACA !

30 December 2014

Mesyuarat JK Kurikulum 1/2015: Peranan Kaunselor Dalam Membantu Peningkatan Akademik Sekolah

Don't let the person
Who didn't want you
Keep you from the
One who will

Tahun 2015 antara jawatan saya dalam bidang kurikulum ialah:

AJK Kurikulum
AJK Program Peningkatan Akademik
Setiausaha Program Permata

Di dalam mesyuarat hari ini, saya telah membentangkan strategi program Permata bagi tahun 2015 seperti kertas kerja program permata yang telah saya upload dalam entri blog sebelum ini. Ia akan bermula seawal Januari 2015 hingga November 2015. Program permata akan melibatkan pelajar tingkatan 1, 2 dan 4 tahun ini. Strategi baru hasil post mortem program tahun lepas iaitu pelajar cream of the cream student akan terpilih dahulu antara 5 - 10 orang bagi setiap tingkatan untuk dilatih menjadi Guru Muda oleh guru cemerlang, ketua bidang dan ketua panitia yang terpilih. Mereka akan mengikuti program di sekolah berasrama penuh dan kembali ke sekolah untuk menjadi tutor rakan sebaya dalam kumpulan pelajar harapan sekolah pula. Token dan hadiah galakan antara intensif yang akan disediakan kepada pelajar yang dapat membantu kumpulan pelajar harapan meningkatkan prestasi akademik. Begitu juga token kepada Guru Muda yang bertindak selaku tutor rakan sebaya.

Pengetua telah membentangkan GPS dan GP mata pelajaran untuk ketua panitia capai dan kejar bagi meningkatkan kualiti akademik pelajar dari semua tingkatan. Di pihak saya, kami akan menjalankan pelan strategik untuk program penetapan matlamat di mana setiap pelajar perlu mencapai target mengikut TOV dan ETR dengan bimbingan dari mentor mentor mereka. Jadual penetapan matlamat akan di draf dengan bantuan guru cemerlang sekolah dan digunakan untuk awal tahun, pertengahan tahun dan akhir tahun. Setiap pelajar akan meletakkan target mereka di kelas masing- masing mengikut kreativiti. Mentor akan dilatih agar tahu mengisi borang penetapan matlamat pelajar. Dengan cara ini pelajar tahu hala tuju pencapaian akademik mereka dan cuba merapatkan target setiap kali ujian atau peperiksaan.

Bagi pelajar tingkatan 4, program motivasi akan dimulakan seawal Februari selepas ujian DASS dijalankan kepada semua pelajar Ting 4. Selain mengenal pasti pelajar yang mengalami stres, slot motivasi akan terus dijalankan bagi meningkatkan semangat pelajar mencapai kecemerlangan. 

Bagi kelas peperiksaan, program pecutan akhir PT3 dan SPM akan dijalankan. Lawatan - lawatan berunsur kursus hala tuju Selepas SPM akan diadakan untuk pelajar Ting 5.

Bagi pelajar yang bermasalah akademik kerana sentiasa tidak hadir ke sekolah, kami akan mengadakan Zoom Kelas iaitu mengenal pasti pelajar yang selalu tidak hadir ke sekolah untuk mengenal pasti punca pelajar tidak hadir ke sekolah untuk diambil tindakan segera. Aktiviti Hati Ke Hati dan Talian Kasih akan dijalankan dengan segera dan kerap sehingga lawatan ke rumah  bagi membantu pelajar.

No comments: