Total Pageviews

TERIMA KASIH PEMBACA !

17 December 2014

Pembimbing Rakan Sebaya vs Kelab Kerjaya

Shopping
Back To School

Rutin hidup seperti biasa bangun pagi sediakan breakfast. Takda makna nak jetlag nya.. :)

Pengetua call seawal pagi pkl 9. Macam tau tau je dah ada kat KL bercakap mengenai aktiviti PRS dan Kelab Kerjaya. Pengetua bercadang menyatukan dua aktiviti ini dalam satu badan yg sama tetapi saya cuba menerangkan rasionalnya kenapa dua pertubuhan ini adalah berbeza dan perlu diwujudkan juga. Saya akui ada sekolah yg hanya menubuhkan PRS sahaja tetapi tiada Kelab Kerjaya kerana ia dua perkara yg berbeza dengan aktiviti yg berbeza tapi dikendalikan oleh guru kaunseling. Ini kerana ahli juga adalah berbeza dan dibawah Penolong Kanan yg berbeza. PRS dibawah Unit Kaunseling tetapi dibawah pemantauan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid manakala Kelab Kerjaya di bawah Unit Kaunseling tetapi di bawah pemantauan Penolong Kanan Kokurikulum. Saya menubukan kedua dua pertubuhan ini di sekolah selaras dengan keperluan yg disenaraikan oleh KPM untuk Unit Bimbingan Dan Kaunseling.

PRS mempunyai modul yg tersendiri. Sejak KPM menggubal modul PRS 2 tahun lepas yg dikenali sebagai PRS bongsu, muda, sulung dan bestari tahap latihan PRS dan penganugerahan juga adalah berbeza sama sekali. PRS perlu melengkapkan modul tersebut di samping melengkapkan buku log PRS mengenai aktiviti menolong yg dijalankan berserta projek PRS yg dilibatkan. Sijil akan diberikan mengikut tahap yg dikuti oleh pelajar tersebut. Pemilihan PRS adalah berdasarkan ujian personaliti dan minat dan mempunyai latar belakang disiplin yg baik. Ahli PRS akan mendapat markah bonus untuk aktiviti kokurikulum kerana ia merupakan badan khas.

Kelab Kerjaya ialah kelab yg ditubuhkan dan terbuka untuk semua pelajar. Aktiviti perjumpaan lebih kepada aktiviti berkaitan kerjaya. Perjumpaan mengikut masa yg ditetapkan oleh Penolong Kanan Kokurikulum sekurang kurangnya 12 kali perjumpaan dalam setahun. Markah kokurikulum diberikan mengikut penglibatan dan pencapaian di bawah kelab. Sewaktu jawatan Penolong Kanan Kokurikulum diwujudkan, penolong kanan kokurikulum kami yg pertama juga beranggapan bahawa PRS adalah Kelab Kerjaya. Segala pencapaian kokurikulum di bawah Kelab Kerjaya tidak diberikan pengiktirafan kerana dianggap sebagai aktiviti PRS dan Unit Kaunseling di bawah Hal Ehwal Murid. Hanya apabila Penolong Kanan Kokurikulum kedua dilantik iaitu Encik Abdul Halim Musa barulah aktiviti Kelab Kerjaya diiktiraf dan kami dapat menggunakan peruntukan kewangan kokurikulum untuk kelab dan pencapaian diiktiraf dengan penganugerah kelab terbaik dan cemerlang dalam pertandingan sejak 5 tahun lepas. Bukan itu sahaja, kami juga selaku guru penasihat Kelab Kerjaya diberikan pengiktirafan sebagai guru penasihat terbaik. Memang satu motivasi yg baik untuk kami selaku guru penasihat memandangkan kami mengendalikan dua badan yg berbeza. Oleh itu penghargaan yg diberikan atas dasar selaku guru penasihat kelab adalah hak kami yg sangat kami hargai sama dengan guru akademik biasa yg bertugas sebagai guru kelab.

No comments: