16 December 2014

Pusat Khidmat Guaman dan Bantuan Wanita 1Malaysia (LAWA)

If you have the power 
To make someone happy,
Do it !!

Paper hari ni mengenai pelancaran pusat khidmat Guaman dan Bantuan Wanita 1Malaysia ( LAWA) di Auditorium Wisma MCA, KL oleh Datin Seri Rosmah Mansor. LAWA akan mendapat kerjasama antaranya dengan PERKAMA. Persatuan Kaunseling Malaysia.
Topik paper hari ni menarik minat saya kerana walaupun sebagai guru kaunseling saya menjalankan kaunseling kepada pelajar tetapi terdapat kes kes khas yang mana saya perlu berjumpa dengan ibu bapa pelajar dan meneroka masalah keluarga. Agak menyedihkan apabila kebanyakan masalah keluarga didiamkan oleh siibu kerana tidak mampu untuk meminta bantuan luar apatah lagi menceritakan masalah keluarga sendiri yg dianiayai oleh sibapa.
Selain tidak mempunyai pengetahuan bagaimana ingin memulakan memohon bantuan luar, soal bayaran dan masa juga membelenggu si ibu untuk bertindak lebih jauh. Dan sayangnya siibu kepada si ayah dan bimbang dengan penceraian menyumbang lagi keegoan si lelaki untuk bertindak dan menganiayai perempuan berkali kali.
Ada juga si ibu yg lebih banyak pasrah dengan takdir hidup dan berharap segalanya akan berubah. Iye..pasrah jika ia melibatkan hidup ibu semata mata yg tidak mahu mengubah keadaan hidup atau mengetahui hak mereka. Namun jika  sikap si bapa yg menganiayai ibu dan ahli keluarga, ia adalah sesuatu yg tidak perlu dikrompomi kerana melibatkan anak anak yg menderita masalah tekanan perasaan yg sangat hebat hingga membawa kemurungan, menjejaskan kesihatan fizikal dan mental. Begitu juga dengan siibu yg tanpa sedar, anak anak merupakan tempat melepaskan marah dan kecewa.
Dalam setahun, purata 10 orang ibu yang akan menjalankan sesi konsultasi masalah anak yg apabila diteroka ibu juga mempunyai masalah dengan pasangan masing masing seperti digantung tidak bertali, kes menghilangkan diri entah ke mana kerana hutang, kes pengabaian iaitu suami makan dan tidur dan tidak bekerja tetap dan menyerahkan semua urusan rumah tangga kepada isteri semata mata, kes penderaan fizikal iaitu ringan tangan memukul isteri dan anak, kes penderaan emosi dan mental, tidak membayar nafkah keluarga atau yang terlibat dengan retak menanti belah iaitu pertengkaran saban hari dan diugut hak penjagaan anak anak jika ingin bercerai maklumlah bagi kes isteri yg tidak bekerja dan kurang pendidikan ugutan sebegini melemahkan mereka. Anak anak juga mengaku mengenai sikap si bapa yg menjengkelkan dan bersimpati dengan ibu mereka.
Jika sebelum ini saya akan merujuk kepada LPPKN, Jabatan Kebajikan Masyarakat maka dengan adanya LAWA, satu lagi pusat sehenti yg memang merupakan pusat guaman dan bantuan wanita, dapat dimanfaatkan oleh klien saya pada masa akan datang.
 

Telegram Channel