Total Pageviews

TERIMA KASIH PEMBACA !

SEARCH

Loading...

21 December 2014

Pelan Tindakan Aktiviti Mentor Mantee Guru Penyayang 2015

Hi tea bersama bff sekolah
Giliran Wati selaku tuan rumah
Menu kampung  menjadi juadah
Makan nasi bertambah tambah
Ratah lauk.... alhamdulillah
Gelak tawa suasana muhibah

Memandangkan pengetua email kepada saya mengenai pada awal sesi sekolah dibuka,  antara perkara yang akan dipantau oleh nazir sewaktu awal pembukaan sekolah ialah program mentor mantee maka hari ini saya menyiapkan aktiviti modul untuk sepanjang tahun 2015 bagi sesi pagi. Kertas kerja ini merujuk kepada buku panduan perlaksanaan mentor mantee KPM yang memberikan panduan perlaksanaan modul dari peralihan hingga ke tingkatan enam, saya cuba menyesuaikan modul dengan keperluan sekolah berdasarkan tarikh yang dimasukkan dalam takwim UBK



PELAN TINDAKAN AKTIVITI MENTOR – MANTEE SESI PAGI 2015
BIL
TARIKH
AKTIVITI

NAMA MODUL
1
26  Jan
T3: Suaikenal
Modul Suaikenal
T4: Suaikenal
Modul Suaikenal
T5: Kenali Diri
Modul Kenali Diri T4
2
25 Feb
T3: Konsep Kendiri
Modul UBK SMKC
T4: Penetapan Matlamat
Modul UBK SMKC
T5: Harga Diri
Modul Harga Diri T4
3
9 Mac
T3: Cabaran Remaja Masa Kini
Modul Cabaran Remaja
T4: Kemahiran Asertif
Modul Kemahiran Asertif
T5 : Persahabatan
Modul Persahabatan
4
27 April
T3: Kepentingan Komunikasi
Modul Kepentingan Komunikasi
T4: Perkembangan Emosi Individu
Modul Perkembangan Emosi Individu
T5: Keselamatan Diri
Modul Keselamatan Diri
5
18 Mei
T3: Remaja Dan Keluarga
Modul Remaja Dan Keluarga
T4: Kerjaya Pilihan
Modul Kerjaya Pilihan
T5: Masyarakat Penyayang
Modul Masyarakat Penyayang
6
29 Jun
T3: Motivasi Matlamat PT3
Modul UBK SMKC T3
T4: Motivasi Matlamat Akademik
Modul UBK SMKC  T4
T5: Motivasi Matlamat SPM
Modul UBK SMKC T5
7
22 Julai
T1/T2/T3:
Hari Keluargaku Sayang
Modul UBK SMKC
8
24 Ogos
T3: Peranan dan tanggungjawab
Modul Peranan dan tanggungjawab
T4: Komunikasi
Modul Komunikasi
T5: Kepimpinan
Modul Kepimpinan
9
14 Sept
T3 : Pengurusan Stres
Modul Pengurusan Stres
T4 : Asertif Diri
Modul Asertif Diri
T5: Asertif Diri
Modul Asertif Diri
10
19 Oktober
T3 : Jati Diri
Modul  Jati Diri
T4: Pengurusan Stres
Modul Pengurusan Stres
T5: Pengurusan Stres
Modul  Pengurusan Stres
11
20 Nov
T1/T2/T3:
        Jamuan Penghargaan Mentor
                   Mantee  Akhir Tahun

Modul UBK SMKC



PELAN TINDAKAN PROGRAM MENTOR - MANTEE SESI PETANG

 BIL
TARIKH
AKTIVITI
NAMA MODUL
1
26 Jan
T P: Suaikenal
Modul Suaikenal
T 1 : Suaikenal
Modul Suaikenal
T 2 : Suaikenal
Modul Suaikenal
2
25 Feb
T P: Seronoknya Belajar
Modul UBK SMKC
T 1 : Kerjaya Idaman
Modul Kerjaya Pilihan
T 2 : Perkembangan Sahsiah Diri
Modul Harga Diri T 2
3
09 Mac
T P : Konsep Kendiri
Modul Cabaran Remaja
T 1 : Konsep Kendiri
Modul Kemahiran Asertif
T 2 : Membina Hubungan
Modul Persahabatan
4
27 April
T P : Komunikasi
Modul Kepentingan Komunikasi
T 1 : Penghargaan Kendiri
Modul Perkembangan Emosi Individu
T 2 : Sekolahku Rumahku
Modul Remaja Dan Keluarga
5
18 Mei
T P : Sekolahku Rumahku
Modul Remaja Dan Keluarga
T 1 : Aku Berbeza
Modul Kemahiran Asertif
T 2 : Menjaga Kesihatan Diri
Modul Masyarakat Penyayang
6
29 Jun
T P : Penghargaan Kendiri
Modul Perkembangan Emosi Individu
T 1 : Hormat  Menghormati
Modul Masyarakat Penyayang
T 2 : Pengurusan Diri
Modul UBK SMKC
7
22 Julai
T P : Menjaga Kesihatan Diri
Modul UBK SMKC
T 1 : Kotak Ajaib
Modul Peranan dan tanggungjawab
T 2 : Potensi Diri
Modul Perkembangan Diri
8
24 Ogos
T P : Perkembangan Sahsiah Diri
Modul Kepimpinan
T 1 : Garis Hayat
Modul Pengurusan Stres
T 2 : Perkembangan Individu
Modul Asertif Diri
9
14 Sept
T P : Hormat Menghormati
Modul Asertif Diri
T 1 : Penyelesaian Masalah
Modul  Jati Diri
T 2 : Komunikasi
Modul Kepentingan Komunukasi
10
19 Oktober
T P : Kerjaya Idaman
Modul  Pilihan Kerjaya
T 1 : Hormat Menghormati
Modul Masyarakat Penyayang
T 2 : Pengurusan Emosi
Modul Perkembangan Emosi Individu
11
20 November
T P : Garis Hayat
Modul Pengurusan Stres
T 1 : Lambang Diri
Modul  Jati Diri


T 2 : Hidup Sejahtera
Modul Masyarakat Penyayang



PROGRAM MENTOR MANTEE GURU PENYAYANG 2015

1.1     PENGENALAN

Kementerian Pendidikan Malaysia berusaha melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri. Program mentor mentee merupakan satu proses interaksi antara guru dan murid melibatkan tindakan seperti membimbing, menyokong dan memberi nasihat. Mentor bukan sahaja menitikberatkan individu (mentee) dan perhubungan psikologi menteenya, tetapi juga membimbing, memberi penghargaan, kasih sayang dan mengasah kemahiran-kemahiran lain seperti membuat keputusan, menghadapi masalah atau mengatasi tekanan dan berusaha membimbing menteenya menjadi individu yang berguna kepada masyarakat dan negara.

1.2 KONSEP
Membangun Sahsiah Diri Murid Melalui Budaya Amalan Penyayang.

1.3 RASIONAL
1.3.1 Setiap murid mempunyai kebolehan membangun potensi diri bagi meningkatkan pencapaian sahsiah diri melalui bimbingan dan panduan daripada mentor.
1.3.2 Murid masa kini terdedah dengan pelbagai cabaran dalam memenuhi tuntutan remaja yang sudah pasti amat memerlukan sokongan, bimbingan, panduan dan perhatian bagi membolehkan mereka menikmati kehidupan dengan lebih optimis dan menyeronokkan

1.4 OBJEKTIF
Melalui program ini, murid diharapkan dapat;
1.4.1 Mewujudkan semangat kekeluargaan yang kukuh dan saling hormat-menghormati
          antara mentor dan mentee.
1.4.2 Mengamalkan budaya penyayang dan saling menghargai antara satu sama lain.
1.4.3 Membina keyakinan diri dalam menghadapi masalah, hasil dari bimbingan dan
         sentuhan dari mentor yang sentiasa mengambil berat (caring) terhadap kebajikan
          mereka.

1.5 PELAKSANAAN
1.5.1 Program dilaksanakan kepada semua murid
1.5.2 Melaksanakan program mentor mentee sebagai aktiviti rasmi sekolah mengikut kesesuaian masa seperti:
a. waktu perhimpunan rasmi.
1.5.3 Perjumpaan diadakan sekurang-kurangnya 10 kali setahun. Jangka masa perjumpaan adalah antara 30 hingga 40 minit dan 1 kali dalam sebulan.

1.5.4 Pengisian bagi setiap perjumpaan adalah berdasarkan Modul Pelaksanaan Mentor Mentee yang mengandungi aspek seperti berikut;
a. Pembangunan Sahsiah Diri Murid,
b. Peningkatan Disiplin Diri Murid,
c. Psikososial dan Kesejahteraan Mental Murid, dan
d. Pendidikan Kerjaya Murid.

1.6 STRATEGI PELAKSANAAN
1.6.1 Mengadakan taklimat penerangan tentang konsep, objektif dan kepentingan perlaksanaan kepada murid dan guru.

1.6.2 Mengagihakan mentee kepada mentor.

1.6.3 Perjumpaan diadakan di dalam kelas atau mengikut kesesuaian sekolah.

1.6.4 Pelantikan mentor
a. Semua guru dilantik menjadi mentor.
b. Pelantikan mentor dibuat secara rasmi (bertulis).
c. Setiap mentor diberikan senarai tugas, peranan, modul dan senarai mentee.

1.6.5 Pengagihan mentee.
a. Mentee adalah terdiri daripada murid di dalam kelas.
b. Setiap kelas mempunyai sekurang-kurangnya 2 orang mentor.

16.6 Tugas Mentor

a. Mengendalikan sesi perjumpaan dengan mentee di dalam kelas.
b. Melaksanakan aktiviti mengikut modul yang telah disediakan.
c. Mengambil tahu dan menjaga kebajikan mentee.
d. Membantu mentee yang memerlukan perhatian.
e. Mengambil kehadiran mentee.
f. Mengisi borang pertemuan mentor mentee.



7.0 PENUTUP
Program ini diharap akan dapat meningkatkan pembangunan sahsiah diri murid dan secara tidak langsung akan dapat mengeratkan hubungan guru dan murid, di samping dapat mewujudkan perasaan kasih sayang, selesa, selamat dan sejahtera dalam kalangan murid.












No comments: