Total Pageviews

TERIMA KASIH PEMBACA !

SEARCH

Loading...

22 December 2014

Result PT3 diumumkan

When ..
You can't find
The right words

Keputusan yg ditunggu tunggu oleh semua warga sekolah untuk peperiksaan PT3 format yg baru.
Tiada pelajar pun yg memperolehi straight A. Paling baik pun 8A sahaja. Mata pelajaran Sains paling lemah kerana tiada seorang pelajar pun mendapat A.

PT3 ialah sebahagian PBS. Oleh itu keputusan PT3 dikeluarkan sendiri oleh sekolah - sekolah menengah. Tiada pengumuman oleh KPM/ JPN dan PPD. Analisis nasional PT3 tidak dibuat perbandingan dengan PMR sebelum ini kerana 

1) format dan instrumen yang berbeza
2) struktur soalan objektif yang menyediakan open respon berbanding struktur soalan objektif yang menyediakan multiple choice respon dalam PMR
3) tahap kesukaran yang berbeza iaitu 3:4:3  dengan elemen KBAT berbanding 5:3:2 dalam PMR
4) penggredan ikut standard setting bermaksud contohnya A diset 80 ke atas manakala PMR standard fixing gred A boleh difix mengikut prestasi keseluruhan  calon, trend pencapaian dan kriteria.

Oleh itu, tiada analisis untuk pt3 kerana pt3  tidak boleh digunakan untuk ranking sekolah. PT3 digunakan untuk melihat kemenjadian dan keberhasilan murid. Oleh kerana itulah tahun ini sunyi sepi tiada perbandingan sekolah terbaik pt3 atau pun keputusan diserahkan oleh menteri di sekolah terbaik peringkat kebangsaan.

Tahun ini kami terus mengagihkan pelajar mengikut kelas tingkatan empat masing- masing kerana pihak sekolah telah mendapat keputusan penuh para pelajar untuk dialirkan. Berbeza dengan tahun tahun sebelum ini, kami hanya mengalirkan pelajar pada hari pertama persekolahan tingkatan empat nanti.
Saya terlibat sepenuhnya dengan pengaliran pelajar ke kelas tingkatan empat tahun ini. Terdapat pelajar yang ingin merayu bertukar kelas, namun demikian kami telah memaklumkan bahawa sebarang pertukaran akan dibuka rayuan sewaktu awal sesi persekolahan bergantung kepada kekosongan. 


No comments: