25 December 2014

Smart Support Team; Banjir Pantai Timur

Two ears   : Listen more
One mouth: Talk less.

Banjir teruk di Kelantan semakin teruk dan melumpuhkan kawasan terlibat. Sebagai ahli pasukan SST JPWPKL saya hanya stand by arahan jika memerlukan khidmat SST digerakkan. Pasukan MGKKL telah mewar warkan dalam whatsapp group untuk memohon sumbangan bagi membantu mangsa banjir terutama di pantai timur iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang yg paling terjejas teruk. SST Terengganu mengalu - alukan sumbangan dalam bentuk pakaian sekolah, kasut sekolah, beg sekolah, alat tulis dan duit bagi membiayai peralatan sekolah.

Pihak JPWPKL juga telah menghantar mesej kepada whatsapp group MGKKL meminta kerjasama dan sukarelawan dari SST WPKL untuk membantu. Saya terus menghubungi ahli SST dari zon saya yg memang tidak ramai pun hanya tiga orang sahaja ahli SST. Seorang tidak  dapat turut serta. In sha Allah 2 org kami yang dapat ikut serta dan jumlah sebenar ahli SST JPWPKL akan diketahui dan detail pergerakan akan dimaklumkan selepas mesyuarat 31 Dis 2014.
 

Telegram Channel