1 January 2015

Sumbangan untuk mangsa banjir


 2015!
Cuaca yang terik
Aktiviti yang menarik
Permulaan yang baik


Selaku penyelaras sumbangan bantuan bagi mangsa banjir peringkat sekolah, pagi pagi lagi pengetua dah menelefon untuk memaklumkan bahawa barang kutipan perlu diserahkan hari ini juga di PPW Bangsar Pudu. Temujanji dengan boss pada pukul 12 tengah hari di bilik rawatan sekolah untuk mengangkut barang dari dalam bilik rawatan yg mengandungi barang barang sumbangan dari guru dan pelajar yg dikumpulkan semalam ke dalam kereta. Setelah selesai melabel kotak dan beg, kami pun bergerak ke PPW bersama 3 org PRS. Boss memang seorang yg agak rendah diri, bersama sama saya membungkus dan melabel kotak tersebut malah mengangkut barang barang berat satu persatu. Sampai je di Pejabat Pendidikan Wilayah Bangsar Pudu, timbalan pengarah sendiri yg membantu mengangkut barang barang dari kereta saya ke dalam dewan pengumpulan barang. Contoh kepimpinan melalui tauladan yg prihatin.

 

Telegram Channel