Total Pageviews

Subscribe Here

TERIMA KASIH PEMBACA

30 January 2014

Melindungi Masa Instruksional

Malam ni tidur dibuaikan
Mercun berdentum di sini sana
Sempena esok meraikan
Tahun Baru Cina

Semalam saya membelek notis board di bilik guru dan ternampak surat  ni. Macam nak cuba berjinak jinak tahun ni tulis article atau penulisan ilmiah. So seharian jugakla google bahan mencari maklumat dan bahan untuk penulisan. Yang bagusnya apabila niat tu dah ada, saya akan mula membaca tentang topik tersebut so pengetahuan yg cetek ttg melindungi masa instruktional ni dah semakin faham. Well let see if i can manage to complete my writing before dateline.

Sesi Kaunseling Kes Gaduh

What a day!
Marathon sesi kaunseling
From 9 am - 1.00 pm

Hari ni rakan sekerja cuti sakit. Mujur takde program ubk hari ni..bersilih ganti student cari guru kaunseling dan marathon saya buat sesi kaunseling hari ini.
Orait apa yg havoc sgt start dari hari Isnin. Kes gaduh ..gaduh ..gaduh. Hmm cabaran menjadi guru di sekolah menengah harian biasa di tengah bandaraya KL ni dgn status sekolah yg biasa biasa jer majority background student dan expose dengan pelbagai jenis masalah sosial di luar so mmg tak menghairankan tempias masalah disiplin dalam sekolah. 

Kes pertama tentang mangsa yg ada masalah dgn si A dan pernah dipukul oleh si A. Sekolah telah mengambil tindakan terhadap si A.  Then mangsa beritahu si B pula cari pasal pukul dia hingga dia takut nak balik rumah. Si B tunggu di luar sekolah dgn A dan C dan D. Versi student B..yg simangsa ni buat fitnah bagitau si A nak pukul mangsa di luar sekolah sehingga si A kena buang dari sekolah. Apabila diteroka bagaimana pula si A boleh pukul si mangsa dulu,  si B kata sebab mulut mangsa kata benda yg menyakitkan hati pada si A. Hmmm..mcm mana si A tau? B kata dia sampaikan...well inila punca sebenar.

Puncanya  B marah kerana mangsa tidak menghormati  A dengan panggilan abang. Mangsa hanya menyatakan kehairanan kepada B, mengapa dia mesti memanggil A dengan panggilan abang ..dan versi B pula entah bagaimana menyatakan kpd A dan mendatangkan marah A kpd si mangsa.

Orait yg menarik lagi B tidak sedar apa yg dia buat adalah punca kepada pergaduhan. B ingin berjumpa dgn mangsa diluar sekolah kononnya nak bercakap dgn baik mengapa menfitnah A memukul mangsa walhal mangsa belum dipukul. Tapi mangsa berlari apabila terserempak dengan B dan gengnya..of course dear bila mangsa seorang diri then B C D mengelilingnya mesti sebagai mangsa, sesiapa sahaja akan takut. Then B kata kerana perbuatan si mangsa, kawannya A kena buang sekolah dan ingin mangsa meminta maaf kepada A.

Bila saya menyatakan kepada B bahawa A tidak dibuang sekolah..siapa yg cakap? Si B kata  A yg ckp..well kaedah menarik simpati kawan kawan dgn create cerita sendiri dan B mempercayainya. Bila B menyatakan yg dia tidak memukul dan bercakap baik sahaja well dengan tiada saksi susah untuk mempercayai cerita. Versi C dan D lagi menarik dgn mengatakan yg mereka memegang batu dan membaling antara satu sama lain sewaktu bermain di padang, tetapi apabila ternampak mangsa mereka memanggilnya. Of course la mangsa takut dgn batu yang berada di tangan tu. C pula memegang bahu mangsa dan D memegang beg mangsa dan meminta mangsa jangan berlari untuk bertanya kononnya dgn baik kenapa buat A hingga buang sekolah tapi si mangsa diam je dan meronta ronta. Mangsa berjaya larikan diri dari C dan D. Mengikut versi mangsa, B memukul kakinya tapi B menafikan kerana tiada saksi. Konfrantasi apakah kesalahan yg dibuat dan punca adalah dari B. Barulah dia sedar betapa bahaya menyampai cerita. Setelah tamat sesi dengan mereka agar mereka memahami di manakah kesilapan masing masing sama ada mangsa, yang disyaki dan yang bersubahat barulah tamat part saya.

Sesi kaunseling bagi isu bergaduh memang memakan masa yg agak panjang dalam sehari kerana ia adalah isu segera dan sangat penting. Laporan juga perlu disediakan pada hari yang sama untuk menjawab pelbagai isu di kemudian hari. Dari sesi kaunseling si mangsa, then yg disyaki, then ronda kelas pergi cari yang jadi saksi ke subahat ke.. of course with counselling approach nak korek rahsia dgn tone suara yg neutral sama ada kpd yg disyaki..huhu and at the same time timbulkan kesedaran perghh its not easy. By the end barula rasa penat otak..perut pun berbunyi bunyi lapar lapar..wei..


Dari C dan D saya dapat tahu bahawa si mangsa dan si B tinggal dalam kawasan kejiranan berhampiran dan ahli keluarga mangsa dan ahli keluarga B memang bermasalah antara satu sama lain. Well masalah sosial di luar ..dibawa ke dalam kawasan sekolah mmgla berantai dan berantai. Setakat dalam sekolah masih lagi dalam kawalan dan tindakan guru tetapi bagaimana agaknya nasib mereka dengan geng geng mereka di luar sana kononnya dengan alasan membalas dendam kerana menyentuh adik beradik mereka.  Saya berharap inspektor polis perhubungan sekolah dapat melakukan sesuatu. Rondaan polis pada hari Isnin lepas berjaya membatalkan niat bergaduh antara geng bagi kes kedua saya hari ni.


Orait unit disiplin memberikan hukuman yang setimpal iaitu satu amaran keras dan satu rotan oleh guru disiplin di punggung. Bagi C dan D dianggap bersubahat so satu rotan di tangan. Surat untuk memaklumkan kepada ibu bapa akan diambil tindakan oleh unit HEM.

29 January 2014

Penetapan Matlamat SPM

Sesi goal setting hari ni
Untuk pelajar dengar dan pelajari
Ceramah yang terkesan di hati ini
Bagi memotivasikan diri sendiri

Hari ni sesi penetapan matlamat oleh Mr Roberto dari INTI College bagi pelajar Ting 5. Sesi ceramah yang berjaya menarik minat pelajar dan dapat menguasai audien dgn baik. Penceramah bergerak ke arah pelajar dan berinteraksi dua hala dengan pelajar. Isi ceramah sangat menarik hingga saya merasakan dia sedang memberikan ceramah kepada saya instead of pada pelajar. Sangat bermotovasi untuk acheive my short term goal for 2014. Selepas tamat sesi ceramah selama sejam, borang penetapan matlamat diedarkan kepada pelajar agar matlamat untuk peperiksaan dapat ditulis. Setelah itu akujanji dijalankan diketuai oleh Ainatul selaku Naib Pengerusi PRS.

27 January 2014

Saringan Minda Sihat 2014

Too many things to do
A very long checklist
To be done by today!!

Hari ni program saringan minda sihat bagi semua tingkatan empat. Kami mengumpulkan semua tingkatan empat dalam dewan dan memberi satu masa sahaja kepada para pelajar untuk menyiapkan Ujian DASS. Mujurla ujian gaya daya tindak tidak perlu dijalankan..jika tidak memang saya terpaksa menggunakan masa yang lebih lama kerana ujian itu agak teknikal dari segi memberi respon terhadap skala. Saya juga mengharapkan agar tahun ni hanya tingkatan empat sahaja menjalankan ujian ini. 

Ujian ini memang nampak mudah untuk ditadbir..tetapi proses yg perlu dilaksanakan oleh guru kaunseling selepas projek dijalankan  memerlukan masa yang agak banyak. Ini kerana jika pelajar terlibat mendapat skor stress, depress yang tinggi, pelajar tersebut tidak sewenang wenangnya dirujuk kepada pakar perubatan. Guru kaunseling perlu berjumpa dengan setiap pelajar tersebut. Itupun kami berjumpa dengan pelajar mendapat skor tinggi bagi skor minda sihat. Setiap masalah perlu direkod terlebih dahulu dan di atas dasar etika menyimpan rahsia kami perlu berhati hati merujuk pelajar kerana ibu bapa yg bertanggungjawab membawa anak mereka ke klinik untuk dirujuk. Sekiranya sesi pertama dijalankan hampir majoriti pelajar dirujuk perlu sesi kaunseling kedua dan susulan terutama kes yang melibatkan skor tinggi DASS yang melibatkan pelbagai kes berat dan melalui pelbagai prosedur perundangan dan peraturan. Sekiranya saringan mendapati ada 45 orang pun dah cukup berat bagi kami kerana dalam sebulan belum tentu kami dapat berjumpa dengan 45 student terlibat kerana kes kaunseling individu lebih memakan masa untuk membuat appointment dengan setiap mereka.  

Tugas hakiki bukan semata mata dgn klien minda sihat, kes disiplin dan pelbagai masalah peribadi lain perlu diambil berat. Guru kaunseling bukan semata mata mengadakan sesi kaunseling tetapi terlibat dengan menganjurkan pelbagai aktiviti. Jika tugas kami semata mata menjalankan sesi kaunseling, then memang ia lebih berkesan menangani masalah student kerana tugas lebih berfokus dan kami dapat bertemu dengan lebih ramai student dalam masa sebulan.
Terus terang saya katakan jika saringan minda sihat ingin diperluaskan ke semua tingkatan seperti yang dicadangkan oleh Kementerian Kesihatan dalam satu mesyuarat dengan KPM..memanglah memberi impak yang besar kepada perkhidmatan kaunseling. Ini kerana sudah tentu lebih ramai pelajar yang disaring mendapat skor tinggi DASS. Jika anda mendapati seseorang mendapat skor tinggi DASS bagi stress dan depress sudah tentu anda cuba sedaya upaya untuk membantu dan bersua muka tetapi anda tidak mempunyai sumber tenaga yg cukup bagi menyaring masalah pelajar dalam tempoh masa singkat. Ia mungkin memakan masa berbulan bulan. 

Jika ingin merujuk pelajar, pelajar akan membawa surat rujukan skor saringan minda sihat yang dirujuk oleh guru kaunseling kepada doktor di klinik kesihatan dengan ditemani oleh ibu bapa penjaga. Di klinik pegawai perubatan akan mendiagnos pelajar sama ada perlu berjumpa pakar perubatan di hospital atau tidak. Appointment yang diberikan agak lama mencecah seminggu atau dua minggu dan ada yang hampir sebulan selepas perjumpaan dengan doktor di klinik bergantung pada kes. Akhirnya student itu akan berjumpa guru kaunseling semula dan guru kaunseling perlu memantau progress student tersebut. Disinilah kelemahan projek minda sihat ini kerana pelajar agak berat untuk berjumpa dengan doktor dan menceritakan masalah kerana setting bilik rawatan klinik sendiri yg mana nurse berlegar legar dan keluar masuk bilik rawatan menyebabkan pelajar kurang selesa. Guru kaunseling pula kena menyakinkan pelajar untuk berjumpa dengan doktor yang mana ibu bapa perlu dimaklumkan terlebih dahulu mengenai masalah pelajar hingga perlu dirujuk. Part nila yang susah bila nak rujuk ibu bapa, mmg kurang sambutan. Sama ada pelajar tidak mahu atau ibu bapa sendiri yg susah hendak membawa anak ke klinik. Maklumlah kecederaan emosi tidak sama macam kecederaan fizikal. Appointment dengan pakar agak lama dari segi tempoh masa sehingga ada yang dapat menyelesaikan masalah sebelum tiba masa berjumpa pakar! Pelajar lebih suka bercakap dengan guru kaunseling yang mana tiada batasan masa untuk berjumpa. 

Program ini  memang bagus kerana guru mendapat klien stres dengan cepat. Tapi biarlah saringan ini dijalankan untuk form 4 sahaja agar lebih cepat mengesan masalah dan memantau tingkah laku. Jika saringan DASS dijalankan kepada lebih ramai pelajar, saya akan rasa terkilan jika tidak dapat serve pelajar yg mendapat skor tinggi DASS dengan baik kerana kekangan masa dan sumber tenaga. Data akan tinggal sebagai data sahaja tanpa sempat diambil tindakan susulan.

26 January 2014

Sidang Kemuncak Lembaga Kaunselor

Spot me in this paper:)

Paper Berita Harian Jumaat 24 Jan 2014 mengenai Sidang Kemuncak Lembaga Kaunselor. Untungla time seminar ke..meetingke..mmg hobi saya dari time study dulu suka duduk kerusi depan senang tengok penceramah dan dengar ceramah atau mesyuarat...huhu so dapatla muka dlm paper tu walau sipi sipi bersama Menteri. 

Gotong royong Perdana

Sabtu pertama 2014
Pergi sekolah
Handle program
Hari ni aktiviti gotong royong Perdana dijalankan melalui perjumpaan badan beruniform. Setiausaha kebersihan sudah mengagihkan kawasan kepada badan beruniform. Manakala kelas dipantau oleh guru kelas. Selaku naib setiausaha Unit HEM dan penyelaras projek 3K sekolah iaitu keselamatan, kebersihan dan kesihatan sekolah saya membantu dalam perlaksanaan projek ini yang merupakan antara aktiviti terpenting dalam program 5 S yang dilancarkan pada hari Isnin lepas.

25 January 2014

Bengkel Pengawas

Pakej 2 dalam 1
Hari Gotong Royong Perdana
Plus Bengkel Pengawas

Hari ni bengkel pengawas bagi sesi pagi  diadakan anjuran UBK. Program dimulakan oleh taklimat penyelaras program, taklimat Ketua Guru Disiplin, taklimat guru penasihat pengawas, taklimat PK HEM. Semua taklimat berkaitan dengan tugas pengawas, penampilan pengawas, disiplin pengawas dan lain lain.
Padali menerangkan mengenai tugas pengawas dan Aktiviti LDK dikendalikan oleh saya dan Rozinani. Kami membahagikan pelajar dalam dua kumpulan dan menjalankan modul asertif mengenai respon dan tingkah laku pengawas terhadap pelajar dan modul membuat keputusan mengenai tindakan yang sesuai yang boleh diambil oleh pengawas sewaktu mengambil tindakan. 

24 January 2014

Program Kesihatan Remaja

Berderet 3 hari
Tak masuk sekolah
How i miss my student
Very much..

Hari ni student kejururawatan HUKM datang lagi untuk sesi susulan selepas sesi ceramah disampaikan Isnin lepas. Aktiviti hari ini melibatkan 30 pelajar yang dipilih dari pelbagai kelas. Hari ni student HUKM membuat pemeriksaan kesihatan terhadap pelajar dari segi tinggi, berat, tekanan darah dan sesi temubual mengenai latar belakang pelajar. Kemudian pelajar dibahagikan kepada empat kumpulan dan sesi perbincangan kelompok dijalankan. Yang menariknya mengenai program hari ini ialah mereka dapat membantu saya untuk memahami pelajar dengan lebih baik berdasarkan laporan sesi temubual yg mereka jalankan bersama pelajar. Sekurang kurangnya dalam 30 pelajar itu saya dapat mengetahui masalah mereka dengan cepat..dan menjalankan sesi kaunseling dan susulan kepada kes tertentu. 

Sambutan Gong Xi Fa Cai

Cantik tak deco pentas tu
My prs yg komited
Design pentas tu :)

Sempena Tahun Baru Cina next week dibawah AJK Sambutan Perayaan bawah Guru Penyayang, penyerahan angpow kepada pelajar Cina telah dijalankan. Sumbangan angpow dari guru guru Cina untuk pelajar Cina yang layak mendapat bantuan di bawah AJK Kebajikan sekolah. Seorang bapa student juga hadir kerana menerima sagu hati dari pihak sekolah atas kematian isterinya iaitu ibu kepada student tersebut. Sebagai penyelaras Program Guru Penyayang saya meminta bantuan PRS untuk membantu deco pentas sempena sambutan tahun baru cina. Pelajar sudah mempunyai pengalaman dalam membantu deco pentas tahun lepas...so well done! hasilnya sangat memuaskan walau tanpa pemantauan guru memandangkan 4 hari berderet saya terlibat aktiviti luar dan meeting lepas sekolah.

23 January 2014

Sidang Kemuncak Lembaga Kaunselor


Hari bermakna
Bertemu kawan lama
Selepas 10 tahun tidak bersua
Tersingkap memori lama
Hari ini ke kementerian ....untuk program sidang kemuncak lembaga kaunselor 2014. Part paling best jumpa balik my best friend yg dah 10 tahun tak jumpa. Last masa dia kahwin then lost contact lepas telefon hilang tahun 2004 dan saya terus tukar nombor telefon. Kami sangat rapat tahun kedua degree kaunseling sekitar 1999 hingga 2000. Nila bestnya bila attend program peringkat kebangsaan boleh jumpa kawan lama.
Apa yg menarik pada program hari ni ialah mengenai pengisian program selain dirasmikan oleh YB Dato' Sri Rohani Abdul Karim selaku Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
1) isu isu kaunseling dalam komuniti
    Part ni yang paling menarik perhatian audien ialah presentation dari SUPT Ong Chin Lan mengenai       Kaunseling Dalam PDRM mengenai Pusat Khidmat Sokongan Mangsa dan Child Interview Center yang digunakan untuk kes Kanak Kanak. Satu expose yg sangat berguna dan sekarang saya memahami dengan lebih baik bagaimana student saya melalui Interview dengan polis bagi kes yang dialami oleh mereka berdasarkan persembahan multimedia dan video yang ditunjukkan.
2) Isu - isu, Cabaran Dan Peranan Kaunselor Dalam Komuniti
3) Dasar & Pelan Tindakan Amalan Kaunseling Profesional Negara. 
Masa ni kami dalam kumpulan dibantu oleh fasilitator . Kumpulan guru kaunseling sekolah dipimpin oleh Prof Madya Dr Ahmad Jazimin Jusoh..banyak betul isu yang dibentangkan. Antaranya mengenai ratio guru kaunseling dan pelajar dikecilkan. Buat masa ini hanya seorang guru kaunseling untuk 500 pelajar. cadangan untuk mengecilkan jumlahnya menjadi seorang guru kaunseling untuk 300 pelajar. Penambahbaikan skim pemantauan guru kaunseling kerana guru akademik diukur melalui kejayaan akademik pelajar tetapi bagaimana menilai guru kaunseling dan KPI nya ? Skim perkhidmatan ditambah baik dari segi perjawatan dan pelbagai isu lagi. Dan cadangan satu institusi untuk melatih kaunselor dengan kursus dan teknik baru.

4) Perasmian
Apa yang menarik minat saya dalam ucapannya mengenai kaunselor. 'kaunselor seorang pendengar yang baik dan selalu mendengar masalah orang. Bagaimana pula jika kaunselor itu bermasalah adakah dia akan merujuk kepada kawan-kawan kaunselor juga, bagaimana dia berhadapan dengan masalahnya'
Bertugas sebagai kaunselor hampir 14 tahun, saya imun dengan segala masalah orang lain dan memang born to be kot sejak dari zaman sekolah saya selalu dijadikan sumber rujukan..kononla orang suka kata saya baik. Dengan etika tidak mendedahkan cerita kepada orang lain, saya dah terbiasa menyimpan sendiri untuk pelbagai kes dan cuba membantu klien menghadapi masalah. Hati saya sangat sensitif masa tahun pertama mula bertugas jadi kaunselor haisyy mata berkaca -kaca kalau klien bercerita masalah sedih. Then dah train diri untuk bersikap lebih neutral dengan body language yang sepatutnya. Yes...bila ada masalah sendiri dah terbiasa juga untuk simpan sendiri and try my own coping skill without refer to anyone...tak tau bagaimana ketahanan mental orang lain..can survive that way or not  but for me dah terbiasa i am a client and i am also a counselor for myself. Bukan tak percaya orang lain untuk berkongsi masalah..but again maybe with my personality, so the skill and knowledge really help me a lot when i struggle with my own problem.


Kesimpulannya objektif sidang hari ini memang mencapai objektif  sebagai platform kepada kaunselor berdaftar untuk berkongsi pandangan dan pengalaman melibatkan isu isu transformasi perkhidmatan kaunseling Malaysia dalam membina masyarakat yang sejahtera.

22 January 2014

Motivasi PMR - Yayasan Pendidikan Cheras

Hari ni ke YPC pula
Selaku AJK Penceramah
Program Motivasi PMR
Hari ni program anjuran YPC. Sebagai sekolah angkat YPC kami menghantar 10 wakil pelajar Ting 3 menyertai program ini. Bagi program ini saya bertugas selaku AJK Penceramah iaitu menjaga kehadiran penceramah ke YPC..dan jika ada masalah saya akan menjadi penceramah sementara huhu. Slot bermula dengan goal setting oleh kaunselor SM Aminuddin Baki En Rofii dan slot 2 bertajuk kemahiran belajar berkesan oleh partner saya Che Mohamad Padali dan slot 3 oleh Ustat Zulkifli selaku Ketua di Sektor Pend Dakwah dan Islam JPWP mengenai konsep menuntut ilmu satu ibadat dalam Islam. Bab teknikal dan sound system memang agak bermasalah dan LCD kabur. Walaubagaimanapun program berjalan lancar. Tetapi sesuatu yg harus dipuji ialah inisiatif Yayasan Pend Cheras menganjurkan program sebegini untuk kepentingan pelajar tanpa perlu membayar sesen pun. Makanan dan peralatan ditanggung oleh pihak YPC iaitu satu badan yg byk berjasa kepada sekolah di sekitar Zon Pudu.

21 January 2014

Mesyuarat Guru Kaunseling Pudu 1/14

Thank you UCSI !
Sponsor our venue and meals.
For the meeting.

Meeting pertama tahun 2014. Welcome 5 orang ahli guru kaunseling Pudu yang baru. Kali ni meeting di UCSI dan kami diberikan taklimat mengenai UCSI dan tour campus. Dari luar nampak kecil rupanya memang gah kat dalam dengan pelbagai kursus profesional. 
Antara agenda penting:
1) Karnival Kaunseling Kerjaya Zon Pudu
Pertandingan wajib ialah poster dan eksplorace kerjaya. 4 pertandingan lagi pilihan sahaja:
a) Eksplorasi Alam Kerjaya wajib multimedia sahaja. Tidak perlu buku dokumentasi. Pemarkahan format multimedia sahaja.
b) Folio Kerjaya buat buku sahaja tidak perlu pembentangan.
c) Sketsa Kerjaya tajuk kerjaya bebas.
d) Rekabentuk Grafik Kerjaya masih format lama.
Pada tahun ni sekali lagi tiada pertandingan peringkat negeri. Tetapi zon masih lagi mengekalkan pertandingan untuk pelajar. 
2) Pertandingan bilik kaunseling tercantik.
3) Pencalonan tokoh PRS
Perkara di atas merupakan inisiatif saya untuk mewujudkan anugerah yg akan disampaikan sewaktu karnival.
4) Program Smart Support Team untuk zon pudu bermakna team untuk bantu bencana di pusat pemindahan . Setiap zon diminta tubuhkan seramai 10 team tapi setiap subzon saya minta 5 orang, jadi ada 20 org dlm team Zon Pudu. 
5) Persidangan Guru Kaunseling berdaftar pada 23 jan di Putrajaya. Seramai 23 org juga ahli Zon Pudu yg berdaftar.
6) Seminar Profesionalisme Guru Kaunseling WPKL di JPWP pada  24 dan 25 feb 2014. Pada ketika ini satu Mesyuarat Agong KLCA juga akan diadakan.
7) Karnival Kepimpinan yang akan dikendalikan sepenuhnya oleh pelajar ikon yg mengikuti kursus pada program selepas PMR tahun lepas. Pada 11 Feb ikon yg terpilih untuk mengendalikan karnival akan dipanggil untuk mesyuarat.
8) Projek urban poor oleh DBKL jika ada student mendapat 6A keatas dan pendapatan ibu bapa 3k ke bawah, boleh memohon untuk biasiswa dari DBKL dan terlibat dgn program khas DBKL. 
9) Program PPSDM diminta format yg betul untuk diisi oleh guru kaunseling. Sila mohon kerjasama dengan guru disiplin yg sepatut  mengisi borang disiplin. Mulai tahun ni ada JU PPSDM peringkat zon yang akan dilantik untuk melancarkan kutipan data.
10) Program Guru Penyayang memerlukan data indeks persepsi guru penyayang setiap bulan tapi tahun ini difailkan. Mulai tahun ni mengikut format KPM dan dihantar setiap 3 bulan. 
11) Borang L4 yang ingin mengambil data mentor mantee sepatutnya mengambil kira semua pelajar kerana terlibat dengan aktiviti mentor mantee guru penyayang. 
12) Program MMU di Muzium Telekom 23 jan tidak mempunyai letterhead KPM atau JPWP menyebabkan kebanyakan pengetua tidak meminitkan surat itu untuk dihadiri guru. Hanya 7 org yg mengesah kehadiran.
13) Update guru kaunseling yg berpindah, bersalin dan sakit.
14) Isu zon tidak boleh mempunyai akaun zon so segala duit tumpang di KLCA jadi kalo ada program peringkat zon memerlukan kewangan dan sponsor so zon kena deal dgn bendahari dahulu dan mohon letterhead KLCA dari SU KLCA untuk surat sponsor dan zon hendaklah berikan setiap salinan surat kepada SU KLCA
Lain lain ialah pembentangan dari En Akmal dari PPW Bangsar Pudu dan Pn Mahani Aiera Penyelia Kanan BNK JPWPKL.

20 January 2014

Ceramah Masalah Sosial Remaja


Hi Monday
Hari ni jalan tak jejak tanah
Rasa cam berlari lari
Ke sana ke mari

Tahun ni everything saya masukkan agenda dalam telefon for reminder atau apa sahaja task. Well nila akibatnya bila software telefon problem dan cam dapat telefon baru.. .zero data. Datang jer sekolah pagi ada aktiviti mesyuarat Agong permainan then program Kesihatan Remaja, then meeting UBK, then meeting PRS, masa ni jugaklah pegawai polis perhubungan sekolah datang..then appointment dengan Setiausaha PIBG tentang Majlis Amal Makan Malam, then Setiausaha JK Guru Kaunseling Zon dtg sek untuk semak minit mesyuarat...wah..wah..nampaknya kena buat cam dulu jugak BUKU NOTA SAYA.. Secara bertulis dalam buku ;) 

Hari ini program Kesihatan Remaja dijalankan oleh pelajar Ijazah Sarjana Muda Kejururawatan Tahun 4 UKM yang diadakan di dewan sekolah yang merupakan tugasan bagi subjek elektif kejururawatan mereka iaitu kesihatan komuniti. saya berurusan dengan student Sharifah dari minggu lepas lagi mengenai keperluan mereka untuk menjalankan program yang mendapat kelulusan dari KPM. Seramai hampir 100 student yang terlibat dari kelas 4v1, 42v, 4k3, 4k4 yang didedahkan dengan ceramah mengenai Masalah Sosial Remaja. Modul yang mereka gunakan sangat menarik untuk dijadikan pengisian bagi slot PPSDM pihak sekolah. Aktiviti multimedia sangat interaktif untuk menunjukkan bagaimana cara menjaga diri dan bagaimana untuk mengelak diri dari terbabit dengan masalah sosial remaja. Seramai 6 orang pelajar jurusan jururawat terlibat dengan program ini dan 2 orang pensyarah mereka yang memantau aktiviti dijalankan. Ceramah yang disampaikan oleh pelajar kejururawatan itu sendiri sangat menarik jika pelajar mendengar dan memberikan perhatian. Sebelum aktiviti ceramah, setiap pelajar dibekalkan dengan buku modul Rahsia Remaja yang memberikan info menarik mengenai dunia remaja itu sendiri. Pelajar kejururawatan ini juga pandai untuk tackle pelajar dengan menyediakan sagu hati dalam angpau dan memberikan angpau tersebut sebagai hadiah bagi pelajar yang dapat menjawab soalan spontan mereka dengan betul. 

Ceramah dari Dr Ariza pakar perunding obstetrik dan ginekologi dari Ampang Puteri Specialist Hospital juga diadakan berkaitan Masalah Seksual Remaja. Berdasarkan aktiviti yang dijalankan misi hari ini tercapai mengenai memberi kesedaran mengenai pentingnya kesihatan yang baik serta pengamalan gaya hidup sihat dalam kalangan remaja melalui ceramah kesihatan yang disampaikan.

19 January 2014

Pelancaran 5S

Cuti hari minggu
Petang Ahad di sekolah
Mengerjakan banner 5S

Minggu ni memang huru hara bila phone yg tengah dicaj pada 10 jan tetiba buat hal. Agaknya sejak dari sri lanka selalu terover caj bateri sampaikan hardware dlm handphone terbakar huhu. Well bila seminggu takdak tel android..so byk miscommunication. Saya mmg mempunyai habit tak suka save dlm simcard so mmg hilangla semua contact list dan menambahkn lagi miscommunication sbb nak track balik contact list orang orang berkenaan. Cam hari ni kelam kabut la siapkan banner untuk pelancaran 5S..projek keceriaan dan kebersihan sekolah untuk esok. Tak pasal pasal kena datang sek petang Ahad untuk projek pelancaran 5S. Sebagai naib setiausaha Unit Hal Ehwal Murid kenala bertanggungjawab. Mujur penyelaras kebersihan dan keceriaan cik hufaidah pun datang bersama untuk tolong pasang banner ni sbb strateginya banner ni akan digulung dan dipasang reben. Pengetua hanya perlu memotong reben untuk scroll down banner tu sebagai gimik pelancaran 5S. 


Kaunseling Keluarga

Selamat hari Thaipusam
Berdentum dentum  bunyi mercun di luar

                                      
   
Sambung mengenai ceramah semalam. Disebelah petang kursus bersambung dengan Ceramah kedua bertajuk Kaunseling Keluarga Dari Perspektif Islam oleh Prof Madya Dr Siti Aisah Bt Hassan selaku pensyarah UPM. 

Tak tau lah kenapa memang sejak dari zaman belajar lagi kaunseling keluarga ialah cabang kaunseling yang memang tidak menarik minat saya. Pensyarah atau penceramah memang bagus tapi tak dapat mengekalkan minat saya untuk terus mendengar atau berangan melanjutkan pelajaran dengan cabang ini. Saya selalu beranggapan time study dulu yang saya akan deal dengan student which is my core bisnes so cabang kaunseling keluarga ni tak lah berapa nak penting sangat. Tapi bila dah jadi kaunselor ni, selain dari student saya juga deal dengan  masalah keluarga yang diluahkan oleh guru guru yang percaya untuk bercerita dengan saya malahan staf sekolah! Saya memang seorang pendengar yang baik tetapi menjadi kaunselor keluarga memang saya cuba untuk mengelak krn bukan kepakaran saya. Saya hanya boleh merujuk tempat tempat yang sesuai untuk mereka rujuk ke peringkat seterusnya dan saya hanya memberi jalan untuk mereka berbincang dengan orang yang lebih sesuai.
Bila deal dengan masalah student, pada peringkat kaunselor harus berjumpa dengan ibu bapa student...tidak menghairankan apabila perbincangan akan bertukar menjadi masalah antara ibu dan bapa pula yang mengakibatkan tempias kepada masalah disiplin anak. Oleh itu ilmu undang undang keluarga Islam amat penting untuk saya rujuk dari semasa ke semasa kerana membantu konsultasi dengan golongan ibu khususnya apabila berhadapan dengan masalah penderaan anak yang mana ibu juga didera. Masalah ibu yang berhadapan dengan masalah kewangan apabila diabaikan nafkah wang oleh suami, masalah ibu yang ditinggalkan begitu sahaja dan membesarkan anak tanpa suami dan pelbagai masalah lagi yang tidak terjangkau oleh fikiran saya. Menjadi kaunselor di sekolah menengah harian biasa yang mana kebanyakan pelajar datangnya dari status ekonomi yang rendah dan sederhana sahaja. Kebanyakan ibu tidak bekerja atau menjadi pekerja biasa dan kurang mahir dengan hak mereka dan malu untuk bercerita masalah rumahtangga untuk mendapatkan pertolongan dari agensi tertentu. oleh itu pergantungan mereka terhadap suami adalah tinggi sehingga sukar bagi mereka untuk memulakan langkah pertama merujuk kes ke pihak pihak tertentu.
Well inilah yang dikatakan pakej..membantu kes anak disamping membantu ibu itu sendiri mencari kekuatan untuk memulakan langkah pertama..untuk masa depan dirinya dan keluarganya sendiri. Yang penting hak anak anak terbela. Sering saya menjalankan sesi kaunseling dengan pelajar yang mempunyai kes keluarga yang bermasalah, saya tidak terkejut dengan respon yang diberikan hampir majoriti lebih suka jika ibu bapa mereka bercerai kerana boleh menggembirakan keluarga agar dapat hidup dengan lebih baik walaupun perasaan sayang kepada kedua ibu bapa masih ada. Ada juga yang telah membenci ibu atau bapa mereka dan lebih suka mereka bercerai. 

Tidak dinafikan bukan semua kes disebabkan oleh para bapa ada juga disebabkan oleh ibu. Tapi of course mana ada bapa yang akan menceritakan kepada saya..tersebut sipi sipi je bila kita berbincang kes anak. Selebihnya pelajar yang akan menceritakan kepada saya.