30 April 2014

Aktiviti Kelab Kerjaya 5/14

Aktiviti Kelab Kerjaya 5/14

Bye April
Bye hectic month of the year
Thank you for the recognition
Thank you for the sweet memory
Hari ni hari terkejar sana sini. Tinggalkan projek PPSDM sekejap di SMK Alam Damai dan lari balik sekolah untuk briefing penolong kanan petang mengenai projek team building selepas merentas desa. Then briefing guru sesi petang sewaktu roll call mengenai plan UBK dan lepas tu ke bilik kaunseling handle perjumpaan Kelab Kerjaya. Tahun ni cipta rekod dengan keahlian pelajar Cina dari ting 3 sahaja seramai 15 orang. Pelajar dari kelas sederhana dan lemah. Strategi kelab pada tahun ni kena berbeza. Kena turunkan sikit ke level mereka dan kerana itu bagi aktiviti yang menarik kali ini saya plan untuk buat aktiviti mengenal pasti 15 jenis pekerjaan yang mereka gemar lakukan. Nampak macam mudahkan tapi bagi pelajar sasaran ni..boleh cecah hingga 30 minit untuk berfikir, menulis dengan ejaan yang betul dan menyebut dengan betul. Yang penting mereka seronok dengan aktiviti ini dan kami menyampaikan ganjaran cenderamata kepada semua yang berjaya menulis jenis pekerjaan.
Mengalukan kehadiran pelajar di pintu pagar

Mengalukan kehadiran pelajar di pintu pagar

6.30 pm
SK Saujana Impian 2
Waiting for my princess
Nurfarzana

Hari ni hari akhir duty di bulan April untuk guru rumah Perdana. Sebenarnya bulan ini saya memang sangat busy hingga jarang berada di sekolah atau pagi hari saya ke hulu hilir dah hingga tak sempat berada di pagar antara 7.00 hingga 7.30 pagi. Saya hanya kerap ada untuk aktiviti operasi lewat di dewan selepas pukul 7.30 pagi hingga 8.00 pagi. Mujur ahli rumah tidak berkira maklumlah saya bukan seorang yg mengelak duty. Saya akan berada di pintu pagar bila bila saja tanpa mengira giliran rumah sukan kerana saya merupakan penggerak projek guru penyayang sambutan di pintu pagar. Sebab itu jugalah sekolah kami amalkan pengawasan di pintu pagar tanpa giliran ahli rumah. Sesiapa yg dtg awal boleh ke pagar untuk mengalu alukan pelajar.
Karnival Kaunseling Wilayah Pudu: Tahniah Cherasian!

Karnival Kaunseling Wilayah Pudu: Tahniah Cherasian!

Alhamdulillah
Settle satu projek
Penat fizikal dan mental
Yang berbaloi baloi

Majlis penutup Karnival Kaunseling dijalankan di sebelah petang. Antara pertandingan yang mendapat hasil ialah:
Folio johan
Eksplorasi Alam Kerjaya naib johan
Sketsa naib johan
Bilik kaunseling mendapat anugerah gangsa
Tahniah semua !!

28 April 2014

Edisi terbaru UBK SMK Cheras

Edisi terbaru UBK SMK Cheras

Congrate Rozi
Our new special edition
On Karnival Kaunseling Kerjaya

Terima mesej Rozi tentang kelahiran baby boy pada pukul 5 pagi tadi..buat saya sebak..alhamdulillah. Dari semalam Rozi dimasukkan ke wad dengan air ketuban dah pecah dari pagi semalam hingga dua kali induce tak buka jalan hingga tengah mlm semalam buatkan saya risau di dalam hati walau saya bergurau senda dengannya. Rozi ada bad history on her first pregnancy with the same experience dan saya tidak mahu kes arwah berulang kembali. Partner yang paling lama setia di sini hampir 7 tahun dan hubungan kami macam adik dan kakak. Habis je karnival kaunseling, saya meredah hujan lebat untuk menjenguk sebentar anak saya..huhu..ahli keluarga UBK yang baru.
Karnival Kaunseling Kerjaya Zon Pudu

Karnival Kaunseling Kerjaya Zon Pudu

Good luck !
Hectic April
Hopefully a lucky April

Hari ini merupakan hari pertandingan karnival kesihatan dan pendidikan kaunseling kerjaya peringkat Zon Pudu 2014. Seperti tahun terdahulu, pasukan sekolah saya menyertai pertandingan folio, EAK, sketsa, rekabentuk grafik, poster dan acara terbaru ialah eksplorace. Semoga tuah masih kekal di pertandingan kebitaraan sekolah iaitu folio, EAK dan sketsa dan tidak lupa kepada pertandingan yang lain semoga kita sukses!

27 April 2014

Persiapan Akhir Pertandingan Karnival Kaunseling Kerjaya

Persiapan Akhir Pertandingan Karnival Kaunseling Kerjaya

Bagan Serai - Kajang
Physically tired
Rushing here and there
Mentally tired
Too many things to think

Habis je majlis anugerah cemerlang semalam, stayback sampai pukul 5 hari Sabtu pulun apa yang patut. Terus terang ...tahun ni terlalu busy dan tak dapat nak duduk dan berbincang terperinci hasil kerja pelajar. Dan bila saya ada masa free sikit, student pula yg ada komitmen lain. Hasilnya tahun ni mmg kerja last minit dan dari segi kualiti memang agak rendah dari tahun sebelumnya. Dapat mesej dari adik yang dah ada kat kampung kena rush balik kampung so tinggal amanat 1001 kat partner Rozinani. Tetiba pagi ni dapat mesej dari Rozi yang air ketubannya dah pecah menandakan bila bila masa dia akan bersalin dan dah duduk kat wad pun..apalagi student yg datang sekolah hari Ahad ni macam anak ayam hilang ibu. Sempat lagi Rozi singgah sekolah buka bilik UBK dan tinggalkan laptop saya sebelum ke HUKM yg jarak 4 km untuk bersalin. So student sketsa dan folio saya control dan bagi arahan guna whatsapp. Kecanggihan gajet dan media sosial memudahkan pelbagai urusan. Walau jauh beratus kilometer tapi terasa dekat. Mempunyai hubungan dengan exstudent memang bagus! Saya contact untuk meminta bantuan melihat junior apa yang patut. Saya contact Padali untuk menjenguk student apa yang patut. Maklumlah bila cakap last minute masing masing dah ada komitmen. Mujur Padali boleh singgah sekolah sekejap untuk tengok apa yang patut.
Anugerah Cemerlang SMK Cheras

Anugerah Cemerlang SMK Cheras

Stayback until 5 pm
Rushing Kajang-Bagan Serai
Hari ni majlis Anugerah Cemerlang diadakan di sekolah.  Saya bertugas selaku AJK Dokumentasi. Tahniah kepada semua penerima anugerah terutama ahli Pembimbing Rakan Sebaya.
                                                      

25 April 2014

Projek Folio Kerjaya Ke Zoo Negara

Projek Folio Kerjaya Ke Zoo Negara

Lack sleep, sore eyes
Too tired to focus
'Mummy Alive'
Hari ni bawa student folio kerjaya dan EAK ke Zoo Negara untuk buat temubual dengan ahli zoologi. Pertama kali kami buat kerja yg sgt sgt last minit lagi dua hari nak bertanding!!! Busy..memang busy sangat April.
Kerjaya ini menarik tapi berbanding dengan pengalaman tahun 2008 eksplorasi kami kali ini hanya tertumpu pada ikan sahaja. Bila sekadar berada di kawasan akuarium, student agak terkilan kerana mereka mengharapkan agar dapat memegang haiwan yang lain.

24 April 2014

Lawatan Penanda Aras MGK Kuala Selangor

Lawatan Penanda Aras MGK Kuala Selangor

Welcome
To my home sweet home

Hari ni lawatan penanda aras dari guru kaunseling Kuala Selangor untuk melihat perkhidmatan unit bimbingan dan kaunseling. Actually saya sendiri tak tau apa yg nak dihighlightkan sebab rasa tak da apa yg nak ditonjolkan. Saya memilih untuk membentangkan
1) Projek Guru Penyayang - Anugerah Guru
2) Projek Permata
3) Projek Kecemerlangan Pertandingan
     Kerjaya
4) Projek Minda Sihat
5) Program PRS
6) Program Disiplin
     Kajian tindakan pelajar lewat ke sekolah
     Kajian tindakan keberkesanan buku kawalan kelas
7) Artikel Melindungi Masa Instruktional
8) Facebook & Blog UBK
9) Site VLE - Frog
10) Lawatan ke bilik kaunseling,  Sudut Laluan PROSTAR dan Sudut Minda Sihat
Sesi soal jawab banyak berkisar mengenai masalah disiplin dan rokok.
Semoga perkongsian ilmu pada hari ini memberikan manfaat kepada yang hadir.
    
    
    

23 April 2014

Mesyuarat Disiplin

Mesyuarat Disiplin

Punch out 5.45 pm
Good turn to bad mood
When someone rude hit my car! 

Hari ni mesyuarat disiplin yang pertama dipengerusikan oleh boss baru. Well nampak berfokus dan kami berbincang mengenai isu demi isu dengan lebih fokus terhadap hukuman dan dendaan. 

Di part guru kaunseling sendiri, saya bentang mengenai penurunan kadar datang lewat ke sekolah hasil operasi lewat sejak Februari. Hasil dari mesyuarat, pelajar yang lewat ialah yang datang selepas pukul 7.40 pagi untuk direkodkan. Pelajar menerima surat amaran 1 jika lewat hadir sebanyak 3 kali dalam bulan tersebut. Mulai tahun ini guru kaunseling key in data pelajar lewat jadi kami boleh trace nama berulang. Pada tahun ni juga masa pertama dan kedua guru kaunseling akan difree agar kami boleh terus menjalankan sesi kaunseling kelompok pelajar lewat atau saya sendiri akan terus buat sesi kaunseling individu. Ini kerana kelebihan berada di pagar masa pertama menyebabkan saya kenal pelajar yang berisiko. Hasil dari operasi ini , pelajar cuba untuk datang awal atau masuk ke sekolah pukul 7.30 pagi. Ini mengelakkan pelajar  yang suka melepak di down town ataumedan selera meneruskan habit mereka dengan melengah masuk ke kawasan sekolah. 

Kes pelajar ponteng kelas pula, ketetapan dibuat untuk surat amaran diberikan jika pelajar ponteng kelas. Ini kerana tiada tindakan diambil hanya sekadar rotan dan tidak dimaklumkan secara bertulis kepada ibu bapa. Kami akan memulakan semula operasi buku tiga lima nama glamer untuk buku kawalan bagi pelajar ponteng jadi setiap mata pelajaran perlu ditandangani oleh guru subjek menandakan dia berada di dalam PnP setiap masa. Waktu balik PK HEM atau PK yg lain akan sign dan di situ dapat trace segera jika tiada tandatangan untuk subjek tertentu. Bagi pelajar ponteng kelas,  hasil sesi kaunseling menunjukkan pelajar tidak suka dengan subjek tertentu sama ada guru yg mengajar atau pelajar itu sendiri mengelak untuk homework. Dan dalam kes lain, pelajar tidak berminat dengan subjek elektif tersebut dan lebih suka jika dapat dibuang ke kelas lain. Mudahnya pelajar memberi alasan dan yg paling glamer ponteng kelas untuk fly bermakna nak ambik kehadiran ke sekolah sahaja dan lepas tu nak fly kemana saja yg dia suka untuk cari keseronokan  dari berada dalam kelas. 

22 April 2014

Esei Usaha Meningkatkan Profesionalisme Bidang Bimbingan Dan Kaunseling

Esei Usaha Meningkatkan Profesionalisme Bidang Bimbingan Dan Kaunseling

A night with my laptop

Rasa mcm dah siap tapi asyik edit dan edit untuk menjadikan esei ni lebih telus dan tidak bersifat terlalu ilmiah yang sarat dengan dasar atau pekeliling atau literature review...huh...inilah hasilnya. Nak bagi my best friend kat sekolah iaitu Cikgu Afiqah baca..cikgu Bahasa Melayu yang kreatif dgn pelbagai idea dan selalu jadi editor untuk pelbagai esei dan artikel saya selama ni. 

 
USAHA UNTUK MENINGKATKAN PROFESIONALISME DALAM
BIDANG BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Falsafah perkhidmatan bimbingan dan kaunseling menyatakan bahawasanya setiap pelajar mempunyai potensi yang boleh digembelengkan secara optimum menerusi pengurusan menyeluruh perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang cekap, berkesan dan beretika dengan berteraskan sumber dalaman dan luaran bagi melahirkan pelajar yang seimbang dalam aspek intelektual, jasmani, emosi dan rohani. Sebagai seorang kaunselor profesional, kaunselor perlu menguasai ilmu dan kemahiran kaunseling individu, kelompok, kaunseling perkahwinan dan keluarga, memiliki ciri-ciri personaliti serta nilai-nilai tertentu, bahkan ia juga perlu dipandu dan dibimbing dengan kod etika yang ditetapkan dalam profesion kaunseling di Malaysia bagi melaksanakan tugasnya secara profesional dan beramanah. Oleh itu saya berusaha meningkatkan profesionalisme saya dalam perkhidmatan bimbingan dan kaunseling dengan mendaftarkan diri dengan Lembaga Kaunselor Malaysia untuk dikenali sebagai kaunselor berdaftar pada  26 Februari 2013 dengan nombor pendaftaran PA02682.
Pengalaman saya sebagai penceramah, fasilitator dan jurulatih membantu saya meningkatkan profesionalisme diri sebagai seorang guru kaunseling. Saya percaya penyelidikan dan persediaan semasa membina bahan untuk bertugas sebagai penceramah dan fasilitator  membantu saya memahami bidang kepakaran saya dengan lebih mendalam dan membantu meningkatkan profesionalisme dalam bidang perkhidmatan bimbingan dan kaunseling. Saya juga berusaha untuk menyumbang tenaga dan pengalaman ke arah meningkatkan profesionalisme guru–guru lain. Saya telah dijemput menyampaikan taklimat dan mengetuai pelbagai projek yang menuntut perkongsian pengalaman untuk dijadikan panduan kepada guru-guru kaunseling yang lain.
Kajian tindakan merupakan satu kaedah pihak pengurusan sekolah untuk mendapatkan maklumat atau data mengenai sesuatu permasalahan. Oleh itu saya berusaha meningkatkan profesionalisme saya dengan membudayakan amalan penyelidikan sebagai strategi penyelesaian masalah berteraskan bukti dan fakta melalui kajian tindakan. Data tersebut digunakan untuk membuat keputusan, perancangan untuk menyelesaikan masalah di samping dapat menyumbang kepada pengetahuan dalam bidang pengurusan pendidikan sekolah. Saya merupakan ahli jawatankuasa kepada mesyuarat pengurusan sekolah, ketua Unit Bimbingan Dan Kaunseling sekolah dan ahli jawatankuasa lembaga disiplin sekolah, Oleh kerana itu, setiap tahun sekurang-kurangnya satu hasil kajian tindakan yang telah  saya jalankan untuk menambahbaik peraturan dan sistem pengurusan sekolah.
Saya juga menghadiri latihan dalam perkhidmatan, kursus dan bengkel yang dianjurkan oleh pihak sekolah, Jabatan Pendidikan Negeri WPKL dan Kementerian Pendidikan terutama dalam bidang bimbingan dan kaunseling supaya dapat pendedahan yang releven dan terkini. Perbincangan secara profesional tentang kes-kes yang dikendalikan boleh membantu untuk mendapatkan idea, teknik baru dan dapat mengaplikasikan teori-teori dengan terbimbing. Saya juga berusaha untuk menyertai bengkel dan kursus yang dikelolakan oleh pihak swasta seperti Persatuan Kaunseling Malaysia,serta menyertai badan bukan kerajaan pada hari minggu atau pada cuti sekolah untuk meningkatkan profesionalisma saya, Ini kerana,saya percaya latihan dalam perkhidmatan yang dijalankan serta pengalaman itu dapat membuka peluang untuk perkongsian pintar dengan pakar–pakar kaunseling dan motivasi dari luar persekitaran Kementerian Pelajaran Malaysia.
Saya juga meningkatkan kemahiran diri saya sebagai seorang guru kaunseling yang profesional dan berkesan melalui jaringan komunikasi yang luas dalam kalangan guru kaunseling dan agensi-agensi yang lain. Pengalaman hamper 14 tahun berada dalam Jawatankuasa Guru Kaunseling Zon Pudu menyebabkan hubungan antara semua guru kaunseling Zon Pudu  rapat. Kami berkongsi pengalaman dan memberi sokongan antara satu sama lain. Saya juga merupakan ahli jawatankuasa dalam Majlis Guru Kaunseling Kuala Lumpur yang memudahkan saya menerima maklumat terkini mengenai perkhidmatan bimbingan dan kaunseling untuk diambil tindakan. Saya juga menjalinkan kerjasama dengan pegawai dari agensi luar seperti Lembaga Penduduk Dan Pembangunan Keluarga Negara, Balai Polis Pudu, Ibu Pejabat Polis, Biro Pendidikan Yayasan Pendidikan Cheras, Klinik Kesihatan Cheras, kolej – kolej swasta dan pelbagai badan bukan kerajaan agar dapat menangani pelbagai masalah pelajar dengan cara yang lebih profesional dan tepat.
Sebagai guru kaunseling yang mengendalikan generasi Y, saya percaya terhadap kuasa media sosial yang sangat mempengaruhi para pelajar sekarang. Oleh itu bagi mendekati pelajar dan meningkatkan profesionalisme saya dalam memahami dunia mereka, saya juga harus mahir dalam menggunakan pelbagai gajet dan mengetahui penggunaan pelbagai media sosial seperti Facebook, Instagram, blog dan Whatsapp untuk berkomunikasi dengan para pelajar. Saya mempelajari bagaimana menggunakan teknologi maklumat ini agar mudah dihubungi oleh para pelajar dan dalam masa yang sama menyelami dunia remaja mereka. Dengan adanya penggunaan VLE –Frog sebagai medium perantara rasmi di sekolah yang boleh diakses oleh semua warga sekolah malahan ibu bapa, maka saya harus sentiasa mengemas kini maklumat dan mempromosikan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang lebih profesional di alam maya untuk makluman warga sekolah dan ibu bapa.
Kesimpulannya, guru kaunseling sekolah yang profesional ialah guru kaunseling yang dapat menggunakan semua ilmu kaunseling yang dipelajari untuk menangani isu yang dibawa oleh pelajar dengan berkesan. Ilmu yang sepatutnya menjadi landasan kepada segala aktiviti yang dilakukan termasuklah pelbagai teori dan teknik kaunseling, etika kaunseling, pengendalian kaunseling individu, kaunseling kelompok, kaunseling keluarga, pengetahuan kaunseling silang budaya, pengendalian program kerjaya dan proses konsultasi dengan pelbagai pihak. Jesteru keberkesanan profesionalisme guru kaunseling adalah apabila terdapat perubahan pada diri pelajar dari aspek perasaan dan pemikiran yang digambarkan melalui tingkah laku yang menjadi cerminan hasil daya usaha seseorang guru kaunseling itu membimbing pelajar tersebut.







Saringan Minda Sihat

Saringan Minda Sihat

Bersin.
Lagi..lagi..lagi

Hari ni buat saringan minda sihat untuk kali kedua iaitu tiga bulan selepas saringan minda sihat kali yang pertama. Memang minta relief dari ketua bidang untuk masuk kelas tingkatan 4. Kelas yg terlibat ialah kelas 4v2 , 4v1, 4k2. Saringan kedua dibuat dengan lebih santai kerana pelajar mempunyai pengalaman pertama menjalankan ujian tersebut. Ada pelajar merungut rungut kerana terpaksa melalui ujian sekali lagi dan merasionalkan mereka mengenai ujian ini perlu dilalui untuk melihat tahap stress mereka adakah masih sama atau makin teruk atau makin baik. Target minggu depan mesti habiskan saringan minda sihat kali kedua ni untuk menganalisa data.
Senamrobik

Senamrobik

Peak day
As a Runner
To make sure
Everything in order

Projek dapat dari DBKL sebagai program untuk aktiviti Pendidikan Jasmani. PK HEM meminta saya adjust untuk memberi laluan projek ini dijalankan.  Setelah berbincang akhirnya peserta projek ini ialah 3 kelas pelajar sesi petang yang mempunyai aktiviti Pendidikan Jasmani. Menariknya projek ini ialah jurulatih berpengalaman yang sangat fit dan berkomunikasi dengan pelajar. Sepanjang 2 jam pelajar sangat seronok dan bayaran RM 175 yang dibayar oleh DBKL dan pihak sekolah menerima rm300 sebagai bayaran tuan rumah. Mujurla ada tiga kaunselor..so saya attend meeting post mortem SPM, Rozi handle aktiviti di dewan dan Padali ada program di luar. So menyelinap keluar dari meeting jap tgk dewan in order...sempat singgah padang jap urus rumah Perdana untuk sukantara yg tertangguh akibat hujan dan masuk balik meeting :).

21 April 2014

Mentor Mantee Guru Penyayang 3/14

Mentor Mantee Guru Penyayang 3/14

Sakit kepala
Bila kurang tidur
Bila kurang rehat

Hari ni perjumpaan mentor mantee. Bagi perjumpaan kali ni semua mentor perlu mengenal pasti masalah mantee melalui soal selidik kendiri murid. Dari analisa itu, mentor mengetahui dengan jelas masalah mantee. Dengan cara ini mentor dapat mendekati mantee dan mengenal pasti dengan lebih baik masalah tersebut. Bagi kes akademik, mentor akan membimbing mantee manakala mentor akan merujuk kes mantee yg difikirkan sesuai untuk dirujuk kepada guru kaunseling.
Gambar di bawah ni ialah gambar dalam kelas 4S3 yang mana mentornya sangat disenangi oleh semua mantee dan memenangi anugerah guru penyayang kategori mentor mantee.
Post Mortem SPM: Strategi Kaunselor

Post Mortem SPM: Strategi Kaunselor

Berat mata nak buka
Berat otak nak proses
Telan sahaja arahan

Post mortem SPM yang menarik tentang strategi kaunselor lepas ini untuk meningkatkan gred A bagi pelajar cemerlang bagi menaikkan GP sekolah. Projek mentor mantee antara projek yang sangat berkesan dan saya selaku penyelaras permata mentor mantee akan menambahbaik program itu. Respon guru yg tidak bersetuju mantee memilih mentor kerana berlaku lambakan mantee pada setengah mentor hingga sukar mentor mengurus mantee dengan berkesan akan diambil kira untuk pengagihan yang lebih baik. Selain itu, ada mentor yang meminta agar ada kelas khas yg ditentukan antara mentor mantee agar lebih ramai pelajar lain yang berminat untuk mengikuti juga matapelajaran tersebut.
Projek bagi menangani pelajar yang tidak hadir ke sekolah dalam jangka masa yang lama sehingga amaran ke dua iaitu guru kaunseling akan menghubungi ibu bapa dan seterusnya lawatan susulan ke rumah dan sesi kaunseling intervensi antara ibu bapa dan sesi kaunseling dengan pelajar.
SPLG DAN SPS

SPLG DAN SPS

Ahad
Yang mendung
Yang suram.....

Hari ni saya mengadap laptop untuk keyin data SPS dan SPLG. Rasanya kalau dateline bukan Isnin ni untuk SPS memang saya tak mengadap lagi kot laptop. Maklumlah apa sahaja yg berkaitan dengan key in data mmg saya kurang bermotovasi especially yg online. Dari tengah mengadap laptop di sekolah tapi leceh lambat nak buka hinggala tgh syok nak buat tetiba ntah 'hang' pulak. Dahla 14 tahun berkhidmat memang banyakla perkara dan pengalaman yang perlu di key in.  Memang the most reason kenapa cikgu tak berminat nak buat online. Especially guru kelas, masa key in data kelas tu dgn list yg panjang huhu mmg sgt mencabar emosi bila tgh syok tetiba buat perangai nak on off nak refresh ke. Nak mengadap SPS ni pun asyik kacau admin sekolah..bertutor dengan whatsapp..whatsapp sampailah dah habis key in.
Beralih ke SPLG pulak..hmmm..kenapalah SPLG ni bertukar wajah pula tahun lepas cam lain. Mulala cursur dok klik sana sini try and error dapatla key in. Dah key in, tgk kat list kursus tak appear lagi list yg saya dah taip. Tunggu admin approve pula untuk step seterusnya untuk make sure diterima atau tak. Kacau admin SPLG pula melalui viber dan sempat bergurau saya cakap jika tak approve harula hari ni dok mengadap tapi nak kena taip semula..oh tidak! tidak!
Wow...habis je key in baru perasan 4 jam ..oh 4 jam!

20 April 2014

Esei Harapan dan Wawasan Guru Cemerlang

Esei Harapan dan Wawasan Guru Cemerlang

Seriously !!!  I want to vomit
After 8 hours in front of my laptop

Akhirnya siap juga esei ni. Bila dah siap baca balik ..aikk esei camni pun boleh berhari - hari buat! 

 
HARAPAN  DAN WAWASAN SEBAGAI GURU CEMERLANG

“Guru Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasi”  merupakan tema sambutan Hari Guru tahun 2014 selaras dengan transformasi pendidikan ke arah membangunkan kemahiran abad ke-21 iaitu berfikiran kritis dan kreatif serta menggalakkan perkembangan sahsiah murid yang holistik dan seimbang seperti yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia  2013-2025. Harapan dan wawasan saya adalah untuk memenuhi seruan tersebut kerana guru bertindak sebagai pencetus idea kepada kreativiti dalam usaha melahirkan generasi intelek dan berdaya saing. Oleh kerana itu, sebagai guru cemerlang, saya perlu menjadi penggerak dan agen perubahan yang sentiasa kreatif dan inovatif, mempunyai ketrampilan yang tinggi dari segi personaliti, selain mempunyai pemikiran yang luas dan strategik.
Guru cemerlang dapat ditakrifkan sebagai seorang guru yang istimewa, berdedikasi dan bermotivasi. Melalui pengiktirafan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang pada tahun 2008, Anugerah Guru Bestari pada tahun 2012 di peringkat Zon Pudu  dan Anugerah Guru Penasihat Kelab Terbaik selama tiga tahun berturut-turut 2011 hingga 2013 serta mempunyai rekod kehadiran ke sekolah yang cemerlang, saya berharap agar budaya kerja cemerlang saya dapat diteladani oleh rakan sekerja dengan menjadikan  pengiktirafan budaya kerja cemerlang saya sejak dahulu hingga kini sebagai sumber inspirasi guru lain agar berkhidmat  dengan cemerlang dan menjadi model ikutan kepada guru–guru muda.  Saya juga bertindak selaku sumber rujukan kepada guru–guru  di sekolah yang memerlukan pandangan dan bimbingan saya untuk sesuatu program yang akan dijalankan. Wawasan saya agar semua guru berupaya mengamalkan budaya kerja cemerlang yang kreatif dan berinovasi agar kemenjadian murid dalam bidang kurikulum, kokurikulum, dan sahsiah tercapai seperti yang terkandung dalam Standard Kualiti Pendidikan Malaysia.

Guru cemerlang juga mempunyai kemahiran dan kepakaran yang tinggi dalam bidang tugasnya,hasil daripada himpunan pelbagai pengetahuan dan pengalaman yang luas dan berterusan pada sepanjang tempoh perkhidmatannya. Saya  lulus dalam peperiksaan PTK untuk kertas bimbingan dan kaunseling dengan sekali pengambilan sahaja setiap kali peperiksaan anjakan gaji untuk melayakkan saya mendapat anjakan tangga gaji dari P1 ke P2 dan seterusnya ke P3 sewaktu di DG 41. Hal ini menunjukkan bahawa saya sangat menguasai bidang kepakaran saya iaitu bimbingan dan kaunseling dan menjadi rujukan guru–guru bahkan guru kaunseling dari sekolah yang lain untuk mengendalikan pelbagai kes pelajar. Harapan saya sebagai guru cemerlang, saya berupaya menguasai pendekatan kaunseling yang baru dan lebih kreatif melalui latihan dan kursus yang tidak bersifat konvensional agar sesuai dengan pendekatan generasi Y pada masa ini untuk membantu pelajar yang bermasalah berfungsi kembali sebagai pelajar yang berdaya saing di sekolah. Saya mempunyai wawasan yang tinggi untuk menghasilkan  inovasi  dengan pembinaan modul yang memberikan panduan tentang teknik tertentu yang lebih berkesan berdasarkan kes-kes pelajar mengikut kajian kes yang biasa saya kendalikan untuk dikongsikan dengan guru-guru kaunseling yang lain.
Mengikut dasar Kementerian Pendidikan Malaysia, kuota guru kaunseling mengikut nisbah pelajar iaitu 500 pelajar untuk seorang guru kaunseling. Oleh kerana itu, ada sekolah yang mempunyai seorang guru kaunseling sahaja dan ada yang mencecah lima orang guru kaunseling di sekolah menengah harian biasa. Guru kaunseling tidak mempunyai personalia yang tepat untuk dijadikan rujukan di sekolah kerana dikelilingi oleh guru mata pelajaran yang mempunyai skop tugas yang berbeza. Oleh itu, mereka perlu dibimbing oleh guru kaunseling juga dari sekolah yang lain. Saya mempunyai keinginan yang kuat untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuan saya yang luas. Hal ini kerana sebagai guru kaunseling yang telah berkhidmat di sekolah selama hampir 14 tahun, saya merupakan di antara tiga orang guru kaunseling yang paling berpengalaman di Zon Pudu ini.  Berada dalam Ahli Jawatankuasa Induk Guru Bimbingan Dan Kaunseling Zon Pudu selama tujuh tahun dan sekarang memegang jawatan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Guru Kaunseling Zon Pudu menjadikan saya sebagai guru rujukan kepada semua ahli guru kaunseling Zon Pudu.  Harapan saya jika saya dilantik sebagai guru cemerlang saya dapat menggunakan kepakaran saya untuk bergerak dari sekolah ke sekolah yang memerlukan kunjung bantu dengan merealisasikan wawasan saya dalam membentuk pasukan mentor mantee antara guru kaunseling baru yang berkhidmat di bawah lima tahun dan guru kaunseling berpengalaman yang berkhidmat lebih 10 tahun. Hal ini kerana hanya guru kaunseling sahaja memahami keperluan dan sokongan yang diperlukan oleh guru kaunseling yang lain dan memerlukan bimbingan dari rakan sekerja guru kaunseling dari sekolah lain yang lebih berpengalaman. Saya juga berharap dengan status guru cemerlang saya dapat mempengaruhi Pejabat Pelajaran Daerah Pudu untuk membantu wawasan saya dalam membentuk satu pasukan konsultan yang terdiri dari guru-guru kaunseling berpengalaman lebih 10 tahun di Zon Pudu untuk  menjalankan  program di sekolah –sekolah Zon Pudu khasnya yang memerlukan perkhidmatan ceramah motivasi dan pembentukan sahsiah secara percuma dengan konsep bantu- membantu sesama rakan sekerja agar kami tidak perlu lagi membayar perkhidmatan konsultan luar yang agak mahal.  Oleh kerana itu, jika ada jaringan rangkaian yang baik pasukan ini boleh bergilir-gilir membantu menjadi konsultan kepada sekolah lain.  
Akhir sekali sebagai seorang guru cemerlang saya ingin memastikan bahawa saya akan melaksanakan amanah yang diberi penuh dedikasi, bertunjangkan integriti dan berlandaskan etika perkhidmatan ke arah mewujudkan modal insan yang unggul.  Berdasarkan amalan dan penghayatan prinsip kerja X- Plus, saya berazam agar dapat mencapai sasaran untuk mencapai kecemerlangan yang melepasi standard yang pernah dicapai.

19 April 2014

How to publish your research

How to publish your research

Bonding time
My sister & I

Hari ni attend bengkel menulis jurnal di Wawasan Open University di PGRM.  Niat join bengkel ni satu je..nak meningkatkan ilmu dalam penulisan jurnal. Apabila boss telefon sewaktu berada di seminar pada 16 April lepas di Maktab Polis mengenai artikel yang saya tulis awal Februari lepas mengenai Melindungi Masa Instruksional oleh guru kaunseling sekolah dipilih oleh Sektor Akademik JPWP untuk diterbitkan ke dalam jurnal saya rasa sangat happy. One of my wishlist for this year come true. Cuma banyak nak kena diedit dan dirombak dari bentuk artikel ke bentuk jurnal. Dateline yg baru 30 April 2014.
Menarik tentang presentation hari ni mengenai e jurnal dan bagaimana cara nak publish research yang kita buat untuk rujukan orang lain.  Penceramah ni dari Emerald Group yg banyak pengalaman menguruskan jurnal dan syarikat ini sendiri antara yg popular pada student untuk download kajian.  Well tarik nafas panjang panjang memang banyak yang nak kena bahagi masa run sana sini untuk April yang busy. 

Lawatan Kolej Despark

Lawatan Kolej Despark

Hi bintang hi bulan
Subhanallah

Hari ni bawa student untuk lawatan kerjaya ke Kolej Despark sempena Minggu Kerjaya. Biasanya kalau bawa semua student lelaki ni memang Padali tukang bawa tapi sebab dia ada hal lain jadi cikgu Aiza la yang bawak 41 orang pelajar lelaki.
Kolej Despark merupakan sebuah kolej swasta terletak di Petaling Jaya. Menarik silibus kolej ni, highly rekemen untuk pelajar yang berminat untuk menyambung belajar automotif kerana ada training di tempat membaiki kereta yang berjenama. Dengan ini, student mendapat latihan praktikal dengan baik dan boleh diserap bekerja sebaik tamat jika berkemahiran dan berminat. Student boleh further hingga oversea. Ada PTPTN dan Tabung Kemahiran belajar disini dengan yuran berpatutan.  Belajar serendah kursus Sijil Kemahiran Malaysia dan ada yg Diploma dan Advance Diploma. Student nampak seronok dengan setiap penerangan dan pengalaman berada di bengkel. Bergambar bersama Ferrari adalah satu kemestian :)...mari berangan! 

 

Telegram Channel