Total Pageviews

Subscribe Here

TERIMA KASIH PEMBACA

31 May 2014

Fail SPSK Profil Diri Pelajar

I wonder
Who enter my office
Mystery...


Projek menguruskan fail fail lama untuk disusun mengikut format spsk. Mula dengan fail profil pelajar terlebih dahulu. Mengumpul semua borang profil pelajar dari peralihan hingga ke tingkatan lima untuk dimuatkan ke dalam tiga fail. Profil pelajar telah dilengkapkan sewaktu mereka mengikuti program mentor mantee kali pertama.

30 May 2014

Cinta di Bangku Sekolah

Escape to Agrotech Resort
Win win situation
My kids & I
Menariknya ada group whatsapp ni bila kita boleh buat sesi perbincangan mengenai cinta remaja. Segalanya bermula bila petang petang yang sepi ni seorang post mesej tentang gambar seorang lelaki yang menangis kerana kehilangan. Dari saya start mengusik student lelaki tu terus jadi isu topik yang menarik pelajar PRS untuk berbincang mengenai secret admire la, crush la, boyfriend dan girlfriend. Usik mengusik menjadi topik yang serius untuk saya selitkan mengenai percintaan di bangku sekolah dengan berkongsi pengalaman di zaman bangku sekolah saya :)

Saya percaya pelajar tidak tahu membezakan antara suka dan cinta. Antara rindukan seseorang kerana kehadirannya yang sentiasa ada sahaja di pandangan mata kita atau rindukan seseorang kerana memang dia berada di hati kita walau sentiasa jauh di pandangan mata. Menarik bila pelajar berbincang apakah tanda tanda mencintai seseorang. Pelbagai tanda yang dibincangkan sehingga saya yakin mereka tidak tahu erti berkawan rapat kerana sahabat atau berkawan berkasih kerana kerap berjumpa. Cinta satu proses yang mana kamu tidak boleh semudahnya mengatakan saya bercinta dengan dia, cikgu!

Satu lagi isu yang menarik bila pelajar perempuan mengatakan kenapa lelaki cepat move on dan boleh melupakan.. senang cari pengganti. Kenapa perempuan yang lebih setia?
Bila bercakap soal ini saya percaya ia bergantung kepada personaliti anda bukan jantina anda. Lelaki telah diasuh untuk tidak mudah menunjukkan emosi apabila terluka berbeza dengan perempuan segalanya beremosi sama ada gembira apatah lagi kecewa. Lelaki tidak mudah meluahkan emosi kecewa dengan kata kata tapi dia pandai bermain kata. Perempuan lebih mudah meluahkan emosi bila kecewa dan bila personaliti ini bertembung nampaklah satu pihak sahaja yang beriya terluka. Saya lebih percaya kepada personaliti seseorang yang membantu untuk dia move on atau meratap sepanjang hayat. Perempuan juga ada yang pandai menyembunyikan emosi dan mencemaskan pasangannya untuk beremosi pula.

Disinilah bahayanya bila bercinta di bangku sekolah kerana tumpuan anda akan terganggu. Anda tidak dapat fokus dengan baik kerana ada hati yang perlu dijaga. Di zaman sekarang dengan kuasa media sosial yang sangat hebat, anda boleh mengetahui pergerakan seseorang yang anda minat sekali pun dan emosi terganggu dengan salah faham sahaja melalui status atau komen di laman sosial anda. Saya kerap menjalankan sesi kaunseling dengan kemurungan pelajar yang tempiasnya peratus percintaan antara penyumbang kepada stres pelajar. Lelaki atau perempuan? Ye betul...perempuan lebih cepat melatah dan lebih stres. Anda boleh menghalang perasaan untuk bercouple di zaman sekolah dengan menolak ajakan untuk menjadi pasangan dengan baik. Bagi alasan anda tidak bersedia untuk menjalinkan hubungan yang lebih dari seorang kawan. Anda mempunyai perasaan dan anda sebenarnya boleh mempunyai gerak hati jika anda merasakan seseorang meminati anda dan ingin menjadikan anda teman istimewa. Sebelum perasaan lebih banyak terlibat, maka anda boleh mengatakan bahawa anda sangat selesa dengan perhubungan kawan dengan kawan sama ada digelar kawan baik. Jika menjadi teman istimewa. atau sebut je ingin menjadikan anda teman istimewa akan menyebabkan hubungan yang terjalin sekarang ni terputus kerana anda sudah tidak selesa. Cuba buat macam itu..teknik yang saya amalkan di bangku sekolah. Jadi saya memang mempunyai kawan lelaki yang ramai tetapi tidak mempunyai boyfriend sehingga tamat SPM... huhu kecualilah memang anda memang rasa anda bercinta dah dengan seseorang itu dan tidak mahu melepaskannya..then itu satu beban yang anda patut tanggung. Risiko terbesar yang akan anda hadapi. Bersedialah dari aspek fizikal..asyik nak berhias diri je. Bersedia dari aspek mental sebab otak ligat berangan. Bersedia dari segi emosi kejap gembira kejap sedih yang paling teruk tiba -tiba je meroyan kemurungan merajuk. Anda bersediakah? Hati kata iya tetapi sebenarnya anda tidak mampu kerana sebagai pelajar, bercouple merupakan satu bebanan tambahan kepada anda pula yang sangat bergantung sumber kewangan dan kasih sayang dari ibu bapa, keluarga dan kawan-kawan. 

Anda boleh bercinta tapi tangguhkan niat untuk bercouple. Bercinta diam diam ada kemanisannya biarpun hanya anda dan si dia yang tau. Anak mata membesar bila berjumpa dengan orang yang kita minat, perasaan huru hara di hati dan entah kenapa kata-kata pun jadi tak selancar bila berhadapan dengan orang itu...atau dalam kes lain tak terkata.  Bercakap pasal body language ni memang sesi perbincangan makin hangat. Like flying without wing. Tu ayat yang tepat yang difahami oleh orang orang yang bercinta....huhuhu tak faham juga maknanya anda belum bercinta. Bersyukurlah nikmat tidak bercouple di bangku sekolah. Banyak kelebihannya! Anda mempunyai banyak masa dengan keluarga dan kawan-kawan baik anda. Anda tidak perlu fikir mengenai hati dan perasaan pasangan anda, anda tidak membuang banyak masa dan tenaga untuk mengurus emosi merajuk dan ingin dipujuk. Dengan 9 mata pelajaran yang perlu diuruskan dan aktiviti kokurikulum yang padat anda boleh menilai sendiri setakat mana beban yang masih boleh kamu tanggung. Saya percaya jika kamu mempunyai brainwave yang sama setelah tamat sahaja SPM kamu boleh berbincang mengenai isi hati kamu :)

Perjalanan hidup masih jauh . Melanjutkan pelajaran , bertemu orang baru, penyesuaian tempat baru satu proses untuk kita mengenali dunia baru di samping  si dia jika masih sentiasa berada dalam hati anda maka bersedialah untuk berbincang mengenai hala tuju hubungan anda atau anda akan kehilangannya walaupun sebagai kawan lama.

# Mohonlah agar Allah menjaga dan memegang hati anda jika anda sendiri tidak kuat untuk menangung kekecewaan.

28 May 2014

Lawatan Ke Rumah Haikal Jefri


Sebagai guru sebagai ibu
Hatiku tersentuh pilu

Saya cuba mencari masa untuk lari ke rumah Haikal sempena cuti sekolah ini. Saya ajak beberapa geng PRS yang rapat dengannya untuk ke rumah Haikal. Kami bawa kad ucapan semangat yang ditulis oleh senior PRS   Ting 5 dan PRS Ting 4. Sempat membelikan Al Quran sebagai cenderamata perpisahan kerana dia telah memaklumkan kepada saya untuk bertukar sekolah. Seawal 11.30 pagi tiba di rumah mmg ramai orang di dalam rumah tersebut dan saya mengalah duduk di luar. Pelbagai agensi silih berganti datang. Saya meminta student menunggu di luar dan saya menyelit ke dalam. Memang mudah bila kita seorang sahaja yg hadir. Mendengar luahan rasa pakcik dan makcik yg agak stress dengan publisiti yg diberikan dan pelbagai isu akaun palsu. Memang murah rezeki mereka dengan pelbagai bantuan datang. 

Berdasarkan pakciknya saya difahamkan yang  ada akaun atas nama makciknya, atas nama bikers, atas nama fatin adik haikal yg diwujudkan oleh smk alam damai. Pihak sekolah smk cheras dengan pibg smk cheras dan akaun di sekolah rendah juga ada. Pakciknya bercadang mewujudkan tabung amanah untuk 15 tahun kerana hingga adiknya yg masih kecil mencecah 18 tahun. Esok satu majlis tahlil perdana akan diadakan di masjid dan segala sumbangan boleh disalurkan ketika itu. Dan isu mengenai pelbagai akaun yg diwujudkan oleh orang luar dan akaun palsu akan dinyatakan. Pihak keluarga akan menyatakan nombor akaun yg boleh digunakan oleh orang awam. Makcik Haikal kelihatan letih kerana kurang rehat. Sambil menunggu Haikal saya mendukung adik bongsunya yg mula meragam dan mendodoikannya hingga terlena di pangkuan saya. Tersentuh hati apabila makciknya memaklumkan yang adik itu mudah terlena jika didodoi di riba kerana arwah sering menidurkan anak dgn cara begitu....

Hampir 2 jam menungu Haikal saya bertolak ke sekolah menguruskan surat dan dokumen perpindahan Haikal kerana Haikal meminta saya menunggunya di rumah tapi terlalu byk urusannya di luar. Ye..saya faham keadaannya. Sudah alang alang dia kesana kemari mengurus dokumen kami pun berjanji untuk berjumpa di sekolah sahaja kerana saya tidak mahu dia rushing ke sana sini lagi. Saya cuba mengurus dokumen yg diperlukan. Saya juga busy menjawab mengenai status akaun di mesej pelbagai group dan pihak sekolah pun dah seharian berdering dering panggilan yang masuk. Saya berharap Haikal dan keluarganya mendapat semula ketenangan selepas cuti sekolah ini kerana tentu sahaja cabaran dan penyesuaian di alam persekolahan tanpa ibu bapa adalah sesuatu yang tidak boleh dipandang ringan.



Adik bongsu Haikal
Anak ketiga, keempat dan kelima keluarga Haikal
Kenangan bersama Haikal dan adiknya bersama ahli PRS Tingkatan 4
Ahli PRS Ting 4 dan 5 membuat kad ucapan perpisahan untuk Haikal

Hari Guru Cherasian 2014

Terima kasih padamu cikgu
Jasamu akan ku kenang selalu
Tak pernah lelah tunjuk ajarku
Terima kasihku kepadamu
Cikgu!!


Sambutan Hari Guru peringkat sekolah di bawah kelolaan AJK Kelab Guru yang baru. Tema warna blok. So ikut lah nak pakai warna apa pun. Aturcara permainan di tengah Dataran Perhimpunan. Kemudian jamuan mentor mantee dan kemudian upacara rasmi sambutan Hari Guru dengan perutusan dan persembahan dari pelajar. Dan akhir sekali jamuan guru di Dewan...kambing golek bakar my fav menu..barulah nikmat Hari Guru hari ni..huhuhu.


 

Jamuan hari guru mentor mantee

I don't care how much i eat
Enjoy meal morning till noon

Hari ini merupakan hari jamuan antara mentor mantee sempena sambutan Hari Guru. Nampak macam sambutan hari guru yang biasa diadakan di sekolah lain tapi tidak bagi kami. Dah hampir tiga tahun sambutan hari guru dibuat secara berasingan iaitu sesi pagi bagi sesi pagi manakala sesi petang untuk sesi petang.  Jamuan guru bersama pelajar juga dah lama tidak diadakan sehingga saya sendiri tak ingat bila kali terakhir kami mengadakan jamuan Hari Guru bersama pelajar. Oleh itu saya sangat berharap agar pada tahun ini impian ini menjadi kenyataan di bawah projek mentor mantee Guru Penyayang. Saya cuba mengadakan projek ini pada Hari Guru 16 Mei yang lepas tetapi saya frust...memang frust bila ada suara suara yang tidak bersetuju kerana pelbagai kekangan . Akhirnya saya serahkan agenda seterusnya kepada pengerusi Kelab Guru untuk berbincang sendiri dengan pengetua dan diuruskan sendiri oleh AJK Kelab Guru. Tup..tup..tup sehari sebelum sambutan Hari Guru,  rupa-rupanya projek ini di bawah saya semula dan saya perlu mengatur pergerakan guru dan pelajar yang berkongsi kelas bagi semua sesi pagi dan petang. Orait tolak tepi rasa bengang dan atur sahajalah kelas kelas yang ada...kerja last minit yang saya tak gemar tapi saya buat dengan keadaan seronok kerana idea saya akhirnya diterima. Bagi melicinkan pergerakan pelajar dan guru, maka blok C dikhaskan untuk pelajar sesi petang manakala blok A dan D untuk sesi pagi sahaja. Saya sangat berpuas hati kerana hasrat untuk menjadikan jamuan guru bersama pelajar menjadi kenyataan!




26 May 2014

Haikal Jefri : Sumbangan

Emosi yg mendung
Hati yg sarat resah
Berita tak henti mengunjung
Yg sedih sedih sahajakah?

Tragedi berlaku di pagi Jumaat lepas sekelip mata student saya Haikal menjadi yatim piatu. Ketika itu saya berada di Melaka..mesej demi mesej diterima. Gambar yang mengerikan mengenai kemalangan ibu bapanya yang meninggal dunia akibat digilis oleh lori. Sekolah tengah rancak membuat persiapan Majlis Makan Malam Jubli Emas dan tragedi yang berlaku memang mengejutkan kerana peristiwa ini mendapat perhatian meluas dan bantuan demi bantuan ingin disalurkan datang mencurah-curah. Saya terkedu mendengar berita kemalangan ini. Jawatankuasa Kebajikan di bawah projek Guru Penyayang aktif mengumpul sumbangan untuk diserahkan oleh pihak sekolah kepada waris mangsa



Haikal merupakan ahli PRS. Tetapi di tingkatan 4 ni, Haikal tidak begitu aktif kerana sukar untuk stayback kerana jarak rumahnya yang jauh dari sekolah. Saya sendiri yang menguruskan pertukaran pelajar ini pada bulan Mac tetapi apabila pakej mata pelajaran Perdagangan dan Seni tiada di sana tetapi ditawarkan Perdagangan dengan Ekonomi Asas atau Seni dengan Tasawwur Islam pelajar membatalkan niat untuk bertukar. Pelajar kerap datang lewat jadi sebagai guru yang bertugas untuk pelajar yang datang lewat kami memang kerap berjumpa. Haikal kaya dengan senyuman. Saya tidak dapat membayangkan kesedihannya sewaktu berita diterima. The reason hari Jumaat saya asyik bermesej dan tak lekang di tangan walau tgh bermesyuarat, berseminar atau berjalan di bandar Melaka. Isu kemalangan dan mengurus Majlis Makan Malam Jubli Emas. Tidur malam di Melaka terganggu memikirkan pelbagai isu di sekolah. 

Hari ini baru saya berkesempatan untuk update cerita Haikal. Murah rezeki adik beradik yatim piatu ni. Sewaktu Majlis Makan Malam Jubli Emas, sekolah melancarkan tabung sumbangan untuk mereka dan membuka akaun khas atas nama PIBG SMK Cheras untuk mereka. Perasmi majlis ketika itu Datuk Syed Ali berjanji menyumbangkan 10k dan Menteri WPKL juga berjanji menyumbangkan 10k. Kutipan tunai sahaja sehingga entri ini dipos ialah 20k. Saya cuba menghubunginya dan terdengar suaranya membuatkan hati saya pula yang sebak. Nada suara yang ok dia memaklumkan akan ke KL malam ni dan jika berkesempatan barulah ke sekolah esok dan akan mohon bertukar ke SMK Alam Damai bagi memudahkan urusan pergi balik. Ya Allah permudahkanlah urusan adik beradik ini dan semoga mereka kuat dan tabah mengharungi hidup baru.

 
Gambar yang dipos ke laman sosial pada pagi kematian ibu bapa mereka
Penyampaian sumbangan guru, pelajar dan orang ramai dari AJK Kebajikan kepada PK HEM

25 May 2014

Majlis Makan Malam Jubli Emas SMKC

Wake up with eyebeg
Like panda eyes..ahaks!!

Berakhirla minggu yg memenatkan, kurang tidur dan kurang rehat. So masa nak update kisah malam tadi. Seawal pukul 5.30 petang dah sampai sekolah. Masuk je dewan alahai plan yang dirancang begitu baik dah jadi lain. Apabila persiapan tempat diubah saat saat akhir maka AJK Usher, AJK Tagging Tempat, AJK Doorgift dan AJK Makanan akan terlibat sama. Perghhhh...

Pukul 6.30 petang barula dapat menyelit keluar dewan untuk bersama Alumni 1993 batch sekolah. Apalagi kami berposing keliling sekolah nostalgia geng momentum hahaha branding klik kami. Tempat wajib di kolam sebelah surau. Kolam tu dibina oleh kami ahli persatuan sains dan matematik 1993. Tapak kolam yang asal yang menjadi kebanggaan kami. Pukul 7.30 malam apalagi saya pun terus ke dewan semula dan bermulalah perangai saya yang ke hulu hilir pastikan berjalan lancar. Sebagai AJK Jualan Tiket sahaja secara teknikal saya dah boleh duduk diam dan menikmati makanan sahaja. Tetapi sebagai AJK Jualan Tiket, tetamu yang membeli tiket dari saya lebih senang untuk berurusan dahulu dengan saya dan saya perlu memastikan tempat duduk mereka adalah betul oleh AJK Usher. Yang paling pening kepala dan otak perlu berputar ligat apabila terdapat salah faham. Satu syarikat membeli satu meja emas dan membuat sumbangan tunai. Tetapi kakitangan yang hadir dari syarikat tersebut hampir 14 orang yang mana tidak cukup la 8 tempat duduk meja emas tu. Huhu.. sempat lagi kena marah senyum jela maklumlah tetamu sedangkan saya sendiri tak pasti dengan siapa syarikat ini berurusan. Meja emas ialah meja dengan harga yang paling tinggi untuk majlis makan malam ini. Buat muka tebal tanya pada pembeli meja emas yang lain sama ada seat mereka kosong atau masih menunggu orang lain datang. Alhamdulillah dipermudahkan memang cukup cukup je bilangan tetamu yang tak hadir di meja emas pembeli lain dengan bilangan yang tidak cukup seat syarikat tadi. Tu belum lagi yang ada dua tiket seat tapi bawa anak - anak untuk meja gangsa. Of course makan tempat duduk orang lain. Perkara yang menarik untuk dibincangkan ketika post mortem nanti.

Sebagai AJK merangkap ahli Alumni keseronokan Majlis Makan Malam ini sebagai sesuatu yang sukar diungkap. Bersama -sama bekas rakan sekelas mengimbas memori lama dan bersama dengan guru -guru yang pernah mengajar kami memang menyeronokkan. Tamat je majlis pukul 10.30 malam saya masih lagi menghabiskan masa berbual-bual di luar dewan sehingga 11.30 malam. Yeah..penat memang penat bila drive semula ke Kajang dan tersedar minggu ni tak cukup tidur dan rehat. Penat yang berbaloi apabila AJK berjaya saling membantu untuk membantu kelancaran majlis.




Di hadapan makmal Sains 


Klik momentum batch 1993
Sempat pakai lencana Cap Kunci ni dulu
Pengasas pembinaan kolam ikan 1993


Day 3: Monitoku Sayang

Last day
Lack sleep
Lack rest

Hari ini merupakan hari terakhir kursus. Pada hari pertama kami berkursus, setiap kami diberi nama peserta lain sebagai secret admire. Kami perlu memberikan kata kata positif kepada monito itu dan dimasukkan ke dalam bakul surat. Pada hari terakhir barulah kita mengetahui monito kita masing masing dan menyerahkan cenderamata kepada mereka. Cara ini mengeratkan silaturahim dan..permainan ini saya main bersama PRS dan memang seronok. Apabila ketua unit Cik Rosnah berkongsi pengalaman mengenai permainan ini yang dia tau apabila menjalani praktikal di SMK Cheras antara guru guru ..wow wow wow apa kata saya start semula permainan ini antara guru guru SMK Cheras.

24 May 2014

Gathering Alumni PRS 2005

Hectic day!
More than words
To show my feel

Dari Melaka sampai Kuala Lumpur sahaja dah pukul 3 petang apalagi saya rushing ke kenduri kahwin exPRS batch 2005. Sampai sana jer tak sangka berjumpa lagi dengan hampir 10 orang lagi ex PRS yg mana mereka memang AJK pada ketika itu dan kami sangat rapat kerana mereka terlibat dengan projek karnival buku skrap kerjaya, eksplorasi alam kerjaya, media maklumat kerjaya. Apalagi ...umpama perjumpaan alumni PRS. Walau sekejap berjumpa tapi bermakna!!  Then rushing ke sekolah untuk persediaan majlis makan malam amal Jubli Emas.

23 May 2014

Day 2: Kursus Pemantapan Profesionalisme MGK WPKL

Happy birthday Rozi
Just nice after Nana
Make it compulsary!
To remember

Pagi ni mesyuarat terlebih dulu. Kami lebih berbincang mengenai fail SPSK yang khusus untuk Wilayah Pudu dan Bangsar. Selain itu mengenai isu psikometrik untuk PT3. Inventori Personaliti akan dibuat kepada pelajar tetapi keputusan tidak dimasukkan di dalam PT3 dan ibu bapa boleh mendapatkan maklumat dari guru kaunseling. Bagi Inventori Minat Kerjaya pula keputusan akan dipaparkan ke dalam slip PT3 dan keputusan IMK kesahannya untuk PT3 sahaja. Ini kerana minat kerjaya akan berubah bergantung kepada perubahan persekitaran dan faktor lain apabila usia semakin meningkat.

Kes histeria yang semakin menjadi di Kuala Lumpur merupakan satu isu yang dipandang berat oleh pihak KPM. Maka satu skuad perlu ditubuhkan untuk menangani histeria. Jawatankuasa guru kaunseling mempunyai skuad SST yang perlu digerakkan untuk menangani kes histeria juga. Pihak JPWP akan mengeluarkan surat lantikan untuk memudahkan AJK terlibat keluar bila - bila masa apabila dipanggil. Sebagai ketua SST Zon Pudu saya kena peka setiap masa untuk menghubungi anak buah bila bila yang diperlukan.

Pada sebelah petang seminar literasi undang undang yang disampaikan oleh wakil guru disiplin. Yang menariknya mengenai literasi ini ialah guru memang perlu berhati-hati menjalankan tugas dan keputusan buang sekolah atas arahan pengetua sahaja dan guru tidak boleh bertindak sewenang-wenangnya untuk menjatuhkan hukuman buang sekolah. Isu menarik juga apabila pelajar yang berpakaian atau mempunyai rambut yang melanggar peraturan sekolah tidak boleh dihalau balik begitu sahaja kerana jika sesuatu yang berlaku sewaktu mereka dalam perjalanan pulang boleh memudaratkan mereka. Jika berlaku sesuatu yang tidak diingini maka pihak sekolah boleh dipersalahkan. 

Then akhir sekali slot belajar urutan untuk mengurangkan stres. Huhuhuhu memang best!!

Petang acara jalan -jalan je apalagi peluang yang diberikan berjalan ke bandar Melaka untuk window shopping dapatla rembat baju tema hitam putih untuk Majlis Makan Malam Jubli Emas. Rasanya kalau masih di KL. tiada masa nak pergi tengok baju tema dah. 



22 May 2014

Kursus Pemantapan Profesionalisme MGK JPWPKL

Happy birthday
My dear princess
Nurfarzana

Hari ni bertolak ke Hotel Avillion, Melaka untuk mengikuti kursus pemantapan yang disertai oleh AJK Tertinggi Jawatankuasa Zon iaitu pengerusi, setiausaha dan bendahari setiap zon. Majlis perasmian malam berjalan baik dengan kata -kata ucapan dari boss yang meransang dan memotivasikan kami. Malam tu kami ada sesi ice breaking. Bukan sesuatu yang mudah apabila bahang Majlis Makan Malam Jubli Emas makin hampir dan perlu mengikuti kursus di luar KL. Akibatnya jasad di Melaka tapi fikiran di sana. Discuss dengan telefon dan mesej hampir setiap masa. Sesi rantai nama berjaya mengurangkan stress asyik ketawa dan ketawa wow bukan mudah nak buat rantai nama 60 orang . Its okey untuk guru kaunseling kerana kami selalu berjumpa tapi nak ingat nama geng guru disiplin memang berbelit otak dan lidah. Program tamat hampir 11.30 malam dan of course dah melepasi masa tidurku memang jawabnya susah nak tidurla.


21 May 2014

Sesi fotografi majalah sekolah

Big project
Think the best strategy.

Hari ni sesi fotografi majalah sekolah dan tahun ni sempena sambutan Jubli Emas bagi gambar tidak formal kami perlu membawa prop sendiri dan posing free style adalah posing yang ditunggu tunggu. 

20 May 2014

Tagging Meja Majlis Makan Malam Jubli Emas

My stressor
Obviously....

Bahang Dinner Jubli Emas semakin terasa. Dapat surat kena berkursus di luar dari lusa hingga Sabtu..so meeting kecemasan hari ni dengan ketua ketua AJK Pengurus Acara, Ketua AJK Tagging dan Pendaftaran, Ketua AJK Usherette, Bendahari, Setiausaha dan Ketua Peralatan. Sebab utama nak buat pelan susunan dlm dewan dan tagging tempat duduk. Wah...pengalaman baru sebagai AJK Jualan Kupon yg tetiba kena draf pelan tempat duduk untuk memudahkan semua ketua AJK terlibat mengetahui apa yg berlaku. Dah susun susun huhuhu exceed 100 orang dari bajet asal so kena contact untuk pertambahan makanan, buku aturcara, meja dan doorgift. Masa ni apa saje perubahan mmg menaikkan level of stres. Dahla nak pergi berkursus. Bawah ni nak share susunatur untuk AJK akan datang refer.

Pemeriksaan Bangunan Oleh Bomba

Let the rain wash away
All the pains of yesterday

Pemeriksaan bangunan sekolah oleh Ketua Bomba, Balai Bomba Bandar Tun Razak diadakan pada pukul 10.30 pagi hingga 12.30 tengah hari. Selaku setiausaha keselamatan sekolah saya mengikut mereka meronda kawasan blok A, B, C dan D. Dapat ilmu baru mengenai keselamatan bangunan. Di blok baru ada panel yg mengawal loceng penggera kebakaran. Manakala blok lain takda maklumla blok lama dan bergantung kpd loceng sekolah. Masuk ke dalam rumah pam yang terdapat pam automatik dan pam manual dan melihat bagaimana sistem berfungsi. Blok B bergantung kpd pemadam api manakala blok C pula ada hose pemadam api. Bangunan tiga tingkat wajib ada hose pemadam api. Rupanya pemeriksaan bangunan ini dibuat berjadual tapi rasanya macam tak pernah pun bomba datang buat pemeriksaan mcm ni. Mereka dtg bantu latihan kecemasan sahaja. Mungkin di bawah pentadbiran ketua balai bomba yang baru maka pemeriksaan bangunan oleh bomba merupakan satu perkara baru pula bagi saya dan PK HEM. Satu perkara yg agak mengejutkan bila tengok banyak kepala hose yang hilang ..hmmm bak kata ketua bomba kepala hose tu mudah je dibuka dan dijual di kedai recycle. 

19 May 2014

Hari Guru With PRS

Suprise  cake
To Make your day

Hari ni checklist work to be done berderet. Lari sana sini mmg pemandangan biasa agaknya student tengok saya. Tak sempat duduk pun kat UBK uruskan projek Jubli Emas SMKC dan Hari Keluarga PRS tambahla minggu ni bila bila pemantau skpm dan pemantau PPDa nak datang. Pukul 2 petang masih tak naik UBK kejar AJK Jubli Emas SMKC..sampaila student PRS cari nak buat meeting. Ingatkan meeting PRS rupanya nak bagi suprise. Thank you!!
Melengkapkan mood ceria walau penat ialah exstudent batch 2005 datang dan bagi kad hari guru dan borak borak...thank you!