Total Pageviews

TERIMA KASIH PEMBACA !

SEARCH

Loading...

31 July 2014

Sesi Kaunseling Kes Sumbang Mahram

If it is not important to you
You will find an excuse
If it is important to you
You will find a way


Satu kepuasan! Apabila masalah klien dapat ditangani dengan penyelesaian yang adil. 

Saya pernah masukkan dalam entri blog sebelum ini mengenai peranan kaunselor dengan kes polis. Cabaran menguruskan kes pelajar . Pelajar yang sangat ceria dan suka ketawa dan tersengih dan tiada sesiapa pun dapat meneka derita hidupnya. Guru mata pelajaran hairan kerana pelajar ini menjalankan sesi kaunseling dengan kerap dan berada lama di bilik kaunseling. Oleh kerana etika kaunseling, kes adalah sulit maka dengan sendirinya mengundang persoalan guru guru kerana pelajar ini tidak mempunyai masalah disiplin dan mempunyai sahsiah yang baik. Tidak kelihatan seperti orang yang menanggung derita kerana perwatakannya yang ceria. Saya cuma menyakinkan guru mata pelajaran bahawa pelajar memang mempunyai masalah dan bukannya mengambil peluang duduk di bilik kaunseling kerana tidak mahu masuk ke kelas kerana tidak siap kerja sekolah.

Selepas sesi kaunseling saya akan membiarkan dia rehat dan tertidur dalam bilik kaunseling selepas dia meluahkan cerita sambil menangis dan kelihatan lesu dan depress sekali. Kes sumbang mahram bukanlah sesuatu yang mudah untuk diambil tindakan serta merta. Berlatarbelakangkan keluarga yang berpecah belah, maka pelajar tersepit untuk bercerita dengan keluarga sendiri kerana tidak mempunyai saksi apatah lagi di rumah, dia sendiri tidak tahu kepada siapakah yang layak untuk dia mengadu. Derita ditanggung agak lama sewaktu di sekolah rendah, sehinggalah puncaknya apabila kakaknya sendiri dirogol maka ketika itulah pelajar tidak mampu menyimpan rasa. 

Tidak mudah untuk saya menyusun strategi. Ini kerana pengalaman pertama saya mengendalikan kes sumbang mahram sebelum ini, hingga akhirnya mangsa dimasukkan ke Rumah Kanak - Kanak Tengku Budriah. Tetapi sebulan dua sahaja, pelajar tersebut telah keluar semula dan tinggal bersama keluarga. Ini kerana pelajar menukar statement kerana tidak sanggup apabila ahli keluarga dipenjarakan apatah lagi jika si ibu juga tidak memberikan kerjasama yang baik. Ditambah dengan tiada saksi, maka sukar untuk di dakwa. Sejak itu, apabila mengendalikan kes sumbang mahram sahaja...saya tidak mahu kes yang sama berulang lagi. 

Saya terpaksa menyakinkan pelajar ini bahawa jika dia tidak mahu bekerjasama dengan saya, saya tidak dapat membantunya malah kakaknya pula menjadi mangsa. Sesi kaunseling kali kedua dengannya, memberinya keyakinan untuk memujuk kakaknya mendakwa pakcik mereka. Memandangkan kakaknya sudah berumur lebih 18 tahun, maka sukar untuk mendakwa pakcik mereka kerana tiada saksi walaupun kakaknya telah membuat laporan polis. Lagipun kakaknya telah diperdayakan dengan pil khayal oleh pakciknya sendiri dan tidak dapat mengingati langsung kronologi cerita yang berlaku sebelum dirogol. Kakaknya juga tidak dapat mengesahkan kepada pihak polis yang memang dia dirogol oleh pakciknya kerana apa yang dia sedar dia hanya keluar makan bersama pakciknya dan tiba tiba apabila dia terjaga dia sudah dirogol di tempat lain. Jadi saya terpaksa berbincang dengan kakaknya yang mana saya rasa kes mereka berdua ini akan lebih kuat untuk mendakwa pakciknya jika pakej kes adiknya juga dilaporkan. Maka saya fokus kepada pelajar saya, untuk bercerita dengan pihak polis juga tentang kes lama yang berlaku dan percubaan dicabul dalam tahun tahun selepas itu. Lebih lebih lagi pelajar saya yang masih di bawah umur, dan di bawah akta hak kanak kanak maka penyiasatan dan pendakwaan akan lebih berat dan memudahkan. Walaubagaimanapun, dengan syarat pelajar ini perlu konsisten dan tidak menukar pengakuan. Disinilah cabaran hebat kerana pelajar perlu dibimbing mengingati memori lama yang memberikan krisis emosi yang hebat kepada mereka. Terutama sekali untuk mengingati susunan kronologi peristiwa yang berlaku umpama peristiwa itu tengah berlaku! Tidak mudah bukan...empaty apabila air mata lebih banyak bercerita sebelum dapat meneruskan ayat demi ayat. Selepas membantu pelajar mengingati kronologi cerita beserta tarikh, tempat dan masa yang betul yang memakan masa sehari juga, saya akan mendrafkannya di atas kertas dan meminta pelajar mengingati kronologi itu agar tidak gugup di hadapan pegawai polis atau tiba tiba menukar pernyataan apabila berhadapan dengan kaum keluarga. Setelah memastikan lapran sesi kaunseling saya juga lengkap, statement dari kakak dan pelajar tersebut juga tiada alasan yang meragukan maka mereka telah membuat laporan polis. 


Saya juga bekerjasama dengan tunang kakaknya untuk melindungi keselamatan mereka sepanjang tempoh penyiasatan dijalankan. Kedua adik beradik ini tidak mahu bekerjasama dengan bapa mereka sendiri yang dianggap mengabaikan hidup mereka sejak berkahwin cerai....kahwin cerai. Memandangkan kakaknya bukan lagi taraf kanak-kanak, maka kakaknya boleh membuat aduan polis secara rasmi tanpa perlu ditemani oleh ahli keluarga malah boleh menemani adiknya untuk membantu siasatan. Saya juga dipanggil ke balai polis untuk memberi kenyataan dan kini pengadilan di pihak mereka!

Akhirnya dengan kerjasama dan plan yang dirancang, pakciknya telah ditahan ke lokap dan saya dimaklumkan bahawa pakciknya telah mengaku bersalah dan akan dipenjarakan. Peristiwa yang benar-benar mengejutkan bapa dan ibu tirinya. Bapa datang ke bilik kaunseling menzahirkan perasaan sayang pada anak -anaknya dan tidak menyangka anak-anaknya melalui pengalaman yang sukar. Ini kerana bapa jenis sibuk bekerja dan sering outstation dan meminta bantuan saudara sendiri untuk tinggal bersama. Ia membuka peluang kepada perbuatan yang tidak disangka - sangka. Satu tragedi yang membuatkan hubungan anak dan bapa lebih baik dari sebelum ini....inilah harapan saya terhadap anak - anak ini.

30 July 2014

Kursus PRS ke Pulau Perhentian 2012

Bagan Serai - Kajang
Another 7 hours on the road :(


Sesuatu yang membosankan bila duduk diam diam redah jem. So apalagi saya mula draf isi tajuk pelancongan untuk pertandingan menulis surat 1Malaysia mengenai pengalaman dan keistimewaan melancong di Malaysia. Saya bercadang untuk menulis mengenai pulau pulau di Malaysia yang pernah saya pergi dengan fokus utama pengalaman membawa student ke Pulau Sibu 2011, Pulau Perhentian 2012, Pulau Redang 2013 dan pengalaman sendiri ke Pulau Tioman 2001, Pulau Redang 2002,  Pulau Perhentian 2002, Pulau Kapas tahun 1998 dan 2013. Pulau Pangkor tahun 1994/95 rasanya dan 2007 serta Pulau Langkawi tahun 2012. Bila bercakap pasal pulau ni mulalah track semula gambar gambar pelancongan lepas untuk mengingati semula pengalaman lalu.

Pulau Perhentian adalah destinasi pelancongan PRS pada tahun 2012. Kami memohon jasa baik unit kokurikulum wpkl untuk urusan sebagai jurulatih dan meminjam peralatan skuba dan snorkeling. Selain dari ahli PRS yang sememangnya aktif dalam kokurikulum, kami juga membawa pelajar lain yang aktif dalam kokurikulum. Oleh kerana program ini memerlukan bajet yang besar, UBK selaku penganjur dan Cikgu Padali selaku penyelaras membuatkan program ini pakej dua dalam satu. Selain dari aktiviti kami yang selalu membawa PRS keluar ke tempat -tempat menarik, kami menjadikan kem ini sebagai kem kejurulatihan asas selam skuba dan aktiviti air di bawah aktiviti kokurikulum.

Tempat penginapan http://www.watercoloursworld.com highly rekemen kerana kemudahan yang disediakan untuk aktiviti pantai jika kami tidak ke laut. Selain dari itu, makanan yang disediakan sentiasa mempunyai stok yang cukup dan makanan yang memenuhi tekak masing-masing dari atas kapal lagi setiap kali selepas snorkelling. 















29 July 2014

Idola Alumni PRS

Bagan Serai - Sungai Petani - Parit Buntar - Bagan Serai.

"Selamat hari raya cikgu. Maaf zahir dan batin". Mesej ringkas dari Perancis oleh Zahidah Sharif. Bekas pelajarku dari tingkatan 2 Cempaka tahun 2001. Seorang pelajar yg sangat berdedikasi dan bersemangat. Merupakan AJK PRS pada tahun 2001 dan 2002 sebelum melanjutkan pelajaran ke MRSM sewaktu di Ting 4. Sebagai AJK PRS, hubungan kami memang sangat rapat kerana Zahidah kerap ke UBK. Malah ibunya sendiri akan ke UBK jika ingin menjemputnya pulang ke rumah sekiranya dia tidak berada di tempat yang biasa diambil ibunya. Keakraban kami tidak berakhir di situ kerana walaupun bertukar sekolah semasa ting 4, dia kerap menghubungi saya dan melawat saya di UBK bila bila masa yg dia terluang. 

Seorang yang sangat ringan tulang membantu dan mengambil tahu apa sahaja projek UBK dari menjadi AJK, penceramah, fasilitator atau pengarah projek walaupun sudah bertukar sekolah dan melanjutkan pelajaran ke universiti. Itulah yang menyebabkan kami sangat akrab hingga sekarang. Bersemangat waja, sangat fokus dalam mengejar impian dan yakin berjaya dalam apa yang diinginkannya. Saya memang selalu memuji dan menggunakan Zahidah sebagai idola untuk PRS lain sebagai sumber inspirasi pelajar lain. Sangat cemerlang dalam akademik dan memperolehi anugerah dekan hampir setiap semester dari peringkat diploma hinggalah ke ijazah pertama.  Sekarang melanjutkan pelajaran ke peringkat Master di Perancis. Seorang yang sentiasa mencari peluang untuk memajukan diri sendiri. Membina modul kecemerlangan pelajar, mencipta menu masakan untuk dijual di talian internet, menjual makanan dan kadangkala berkhidmat dengan rangkaian konsultan untuk aktiviti ceramah atau perlaksanaan modul kecemerlangan dan kepimpinan. Sebagai guru juga, saya sangat kagum dengan hasil usahanya sendiri dan sangat berdikari. Walaupun jauh beribu batu, dia masih lagi menghubungi saya dan menelefon saya menggunakan viber atau line telefon. Sebagai guru, saya tidak membezakan antara bekas pelajar yang cemerlang atau tidak ...tetapi ingatan berterusan dan sikap ingin membantu Zahidah terhadap saya dan UBK membuatkan hubungan kami bertambah erat. Sama ada waktu formal atau di masa santai, kami spent masa bersama pergi shopping, makan makan atau bertandang ke rumah. Semoga Zahidah selamat di perantauan.

28 July 2014

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2014

Taqabballahu minna waminkum
Selamat hari raya
Maaf zahir Batin

Syawal bermula. Tahun ni menerima kad raya maya melalui whats app dan viber. Kalau dulu kad raya pos then email then facebook. Sejak tak aktif facebook tahun ni, kenalan kirim ucapan melalui whatsapp dan viber. Di whats app aje, ada lapan group berkaitan dengan kerja. Group formal  smk cheras, group tidak formal guru pagi smk cheras, group prs ting 4, group prs ting 5, group guru kaunseling zon pudu, group ketua ketua guru kaunseling pudu, group AJK guru kaunseling wpkl, group smart support team wpkl. Plus group sosial lain group university, group sekolah menengah, group bff so kad raya maya mmg sangat mudah dengan copy paste kawan kawan punya dan hanya satu klik sahaja dan share.huhu dengan 8 group berkaitan kerja dan 5 group sosial lain ni is the most reason i always off whats app selepas 9 malam..



Selamat Hari Raya dari UBK

Istimewanya malam ini
Hari lahir abah untuk dirai
Bersama sama takbir Aidilfitri
Ketibaan Syawal yang berganti
Hati sayu Ramadhan pergi.

Esok hari raya dan hari ni masing masing sibuk mengepos kata kata selamat hari raya kepada keluarga, saudara dan sahabat handai. Tahun ni baru perasan tak sempat buat sesi fotografi gambar kami kaunselor untuk kad raya maya. So kena guna juga gambar tahun lepas. Ini kerana Rozi cuti bersalin dua bulan dan kami terus tak mengambil sebarang sesi fotografi hinggala tetiba ala...esok dah raya! 

26 July 2014

Token Of Appreciation

Pulang ke kampung halaman
Aidilfitri dan kesesakan  jalan
Sinonim yg tak dapat dipisahkan
Redha jela sepanjang jalan

Teringat pada entri blog menjejak pelajar hilang. Semalam iaitu hari terakhir sblm cuti Raya, terkejut mendapat fruitbasket dari keluarga pelajar tersebut. As a counselor you never expect reward for anything sincere that you done because this is my job :) Tidak lama kemudian bila ibu pelajar menghubungi untuk mengucapkan terima kasih berkali kali dan pemberian cenderamata sebagai tanda penghargaan...hanya terima kasih yg dapat saya ucapkan. Terima kasih kerana mempercayai saya untuk mengendalikan kes anak anda dan mempercayai saya untuk kes follow up yg seterusnya. 

25 July 2014

Majlis Penutup Ihya Ramadhan 2014

Dugaan akhir Ramadhan :(
Yg pahit ditelan buat tauladan.

Tahun ni majlis penutup Ihya Ramadhan dijalankan dengan begitu meriah sekali di bawah pentadbiran boss baru Puan Hajah Kamariah. Semua warga Islam berada di dewan untuk aturcara yang diatur khas dan disertai oleh semua guru Islam dan pelajar Islam sesi pagi dan petang. Biasanya kami mengadakan majlis penutup dengan aturcara yang sangat ringkas dan hanya disertai oleh pelajar pelajar Islam terpilih sahaja dan begitu juga dengan guru-guru yang berkesempatan sahaja ke dewan 

Pada tahun ini aturcara yang tersusun dengan pelbagai aktiviti iaitu :

Majlis Khatam Quran
Tazkirah
Sumbangan duit raya kepada anak yatim dan kurang berkemampuan
Sumbangan duit raya kepada semua yang hadir...pertama kali dilaksanakan
Salam memohon kemaafan

Bengkel Minda Sihat Sesi Petang

Cuti sekolah bermula!
Salam bermaafan
Sesama guru
Sesama pelajar
Selamat Hari Raya

Hari ni kami adakan bengkel minda sihat untuk semua sesi petang yang hadir. Ini kerana hari ini diadakan persekolahan di sesi pagi sahaja memandangkan cuti raya bermula dan ada majlis penutup Ihya Ramadhan di sesi pagi. Maka selepas penutup Ihya Ramadhan kami mengadakan slot bengkel minda sihat selepas rehat: Antara aktiviti yang dijalankan ialah

Ice breaking
Ceramah Mengendalikan Stress
Urutan Mengurangkan Stress
Ujian DASS

24 July 2014

Motivasi tajaan MARA

27 Ramadhan
Malam Jumaat yg berkat
Pengharapan..

Hari ini diadakan program motivasi tajaan MARA WPKL untuk semua pelajar Islam Ting 5 yang akan menduduki SPM dan PRS Ting 4. Slot ceramah dan bengkel yg dijalankan memang menarik dan memberi tips yg berguna kepada pelajar. Kerjasama kali kedua dgn Pn Rohani penceramah dari Excel Q Mind & Consultancy yang membantu kami untuk dua tahun berturut. Konsultan dan penceramah dibiayai sepenuhnya oleh MARA. 

23 July 2014

Dekorasi pentas Aidilfitri

Iftar with best friend forever
Wati - Liza - Ida

Petang tadi meeting PRS Ting 4 di UBK lepas habis sekolah. Mengenai persiapan program Jumaat ni untuk sesi petang dan projek Hari Keluarga Ting 5. Then Sambung deco pentas untuk sambutan raya peringkat sekolah. Siap jugak akhirnya!

22 July 2014

Projek Kolaborasi Permata SMKC & ASIS

Well done Farhan!
First trial: full day fasting.

Tengah hari tadi ke SM Sains Alam Shah untuk meninjau program kolaborasi bagi student projek Permata sekolah. Ini kerana saya sendiri tidak pasti macam mana nak start sebab tak familiar dengan program yg dicetuskan oleh pengetua bagi projek Guru Muda untuk kumpulan permata ni. Hasil perbincangan dengan guru ASIS bagi mata pelajaran Sejarah, kami sepakat membuat 4 perjumpaan iaitu dua kali di ASIS dan dua kali di SMKC pada hari Ahad. Tutur tutee one by one menggunakan modul kalaborasi. Perjumpaan dengan guru fizik pula dalam kumpulan. Tutur tutee mereka melibatkan dua tutur dan beberapa tutee dalam satu kumpulan. Tetapi kelas tutur tutee Fizik pada hari Selasa malam. Manakala Biologi juga diadakan in group hari di sebelah ptg hari persekolahan. Wow memang padat jadual mereka. Belum tanya subjek Kimia dan Add Math lagi. Saya lebih tertarik idea menempatkan pelajar Permata sekolah saya untuk belajar di situ selama seminggu agar mereka dapat meninjau gaya pembelajaran dan cara berinteraksi sebagai Guru Muda. Hasil perbincangan selama dua jam dan saya dah nampak tindakan yang patut saya lakukan, balik sekolah sahaja saya bentangkan kepada boss tindakan susulan seterusnya.. dan rancang pelan strategik untuk Guru Muda

21 July 2014

Projek Menghias Pentas: Aidilfitri

Exchange shift for this week
12.00 pm - 5.00 pm
Thank you Rozi!

Hari ni buat hiasan pentas sempena Sambutan Aidilfitri yang akan datang. Sampai 3 buah kedai bawa PRS memborong barang barang hiasan pentas. Cuaca panas terik hari ni memang menguji tekak yang kering dan kepala yg berdenyut. Kami menghias pentas ala kadar dulu sebelum bersambung projek ni esok. Kain rentang pula berkenaan dengan Minggu Akademik yg dilancarkan pagi tadi..whatever..janji part kami hiasan Hari Raya dijalankan juga. 

20 July 2014

Pertandingan Menulis Surat 1Malaysia 2014

Bendera dikibar separuh tiang
#prayforMH17

Hari ni sambil bersantai santai saya google pertandingan ini. Hari Khamis lepas, di tapak perhimpunan guru panitia Bahasa Melayu mewar warkan mengenai pertandingan ini kepada semua warga sekolah dan wow ia menarik minat saya untuk mencuba....sebab tajuk yang diberi memang menarik minat untuk ditulis. PELANCONGAN!  Tapi bila scroll kena tulis surat bertulis tangan ahaks terdiam jap. Memang dah lama tak menulis surat dan mengepos menggunakan perkhidmatan pos ini. Entah bila last tulis surat, bertulis tangan pulak tu saya betul betul tak ingat. Rasa cam tahun 2000 kot. Well itulah cabaran utama coz bila menaip bila bila nak edit mudah sikit. Bila nak tulis tangan ni, memang kena draf dan bila nak menulis tu dah kena bagi komitmen takkan asyik nak pakai liquid paper bila menulis. Well idea dah datang mari mencabar diri sendiri untuk menghantar penyertaan sebelum tarikh tutup


19 July 2014

Freemarket Kota Damansara

10 terakhir Ramadhan
Gandakan penghayatan
Semoga amalan berterusan
Semoga beroleh keberkatan
Hidup dalam keredhaan

Hari ni seawal 8.15 pagi dah ready untuk bertolak ke PPR Kota Damansara. Projek amal adik beradik bawah label blackcoffeewithsugar inspired by my sister Kak Ema. Sejam juga untuk tiba di sana, dan sampai je kami terus set tapak kami bagi memperagakan pakaian untuk disumbangkan. Ketika masih berulang alik dari kereta ke tapak, ramai menghurung dan membelek pakaian untuk diambil. Pengalaman pertama saya di freemarket. Biasa dengar tapi tak pernah jejak. Memang menarik konsep freemarket yg digunakan. Pelbagai tapak yg wujud seawal pagi tadi dan kelihatan baju baju yang masih elok, yang masih boleh digunakan dan dipakai, menarik orang ramai which is majority penghuni PPR tersebut untuk diambil.  Sambil berurusan dengan pengunjung tapak, kami sempat bertanya khabar dan menyelami perasaan masing masing berlatarbelakang keluarga yang kurang berkemampuan. Dari ibu tunggal, warga emas, individu yg kurang mampu samaada ketua keluarga atau surirumahtangga. Tidak sampai sejam di situ pakaian yang dibawa telah habis diambil. Satu pengalaman bermakna di bulan Ramadhan.

18 July 2014

Majlis Berbuka Puasa, Solat Hajat, Solat Terawih

Yaasin...
#prayforMH17
#prayforGaza
#prayforvolunteerinGaza

Dah lama tak diadakan majlis berbuka puasa di sekolah. Seingat saya ketika zaman pengetua Pn Sity Rohane Dewa sekitar 2010. Bagi majlis ini, saya dilantik selaku AJK Jemputan untuk menjemput ibu bapa dan pelajar Islam Ting 3 dan 5 sahaja untuk solat hajat PT3 dan SPM sekaligus. Tidak ramai ibu bapa yg hadir sekitar 25 orang sahaja. Manakala 150 pelajar yg menyertainya. Kutipan sumbangan agak memberansangkan dengan mencecah RM 1400 untuk membiayai jamuan makan.  Kebetulan hampir semua PRS Ting 5 saya diberikan tanggungjawab untuk menjadi AJK Majlis Berbuka Puasa, Solat Hajat, Solat Terawikh ni.   Majlis berjalan lancar dengan bacaan Yaasin dan solat Maghrib. Majlis berbuka puasa dan solat isyak, solat hajat, terawih, tazkirah oleh Ustat Khairuddin selaku bapa student untuk dijadikan projek KIBS..kerjasama ibu bapa swasta.