Total Pageviews

TERIMA KASIH PEMBACA !

SEARCH

Loading...

30 September 2014

Persiapan Anugerah HEM

Bye
Hectic September

Sebagai naib setiausaha HEM saya cuba membantu apa sahaja persiapan AJK yang lain..hinggalah tetiba pada pukul 9.30 pagi PK HEM menelefon saya meminta saya untuk mengadakan anugerah HEM kepada guru guru pula. Huhuhu list hingga 53 cikgu untuk diberi anugerah HEM bermakna perlu menaip sijil dan menguruskan folder sijil, cenderamata, pengurusan dengan pengacara majlis dan AJK Cenderamata yang perlu dilakukan untuk program berjalan lancar esok. Apa lagi saya terus mengadap PK HEM dan menjalankan tugas apa yg patut dari pukul 10 pagi hingga 3 petang menjalankan urusan sijil secara bersendirian. Hinggalah jam dah pukul 2.45 petang urusan banyak lagi perlu dijalankan sedangkan folder belum diisi sijil yg telah siap di tandatangan oleh pengetua..kenalah pergi kantin cari student PRS yg belum balik untuk minta bantuan. 3.30 petang siap jugak! Huhu kerja yang sangat ad hoc untuk program penting.

29 September 2014

Majlis Penghargaan Pengawas Pusat Sumber dan AJK Koperasi

Guru bertugas minggu ini

Majlis perlantikan dan penghargaan pengawas pusat sumber dan AJK Koperasi. Saya tidak terlibat sebagai AJK Majlis tetapi sebagai guru bertugas minggu ini saya kenalah alert dengan persiapan mereka. Tahniah kepada semua ahli tingkatan 5 yg berjaya berkhidmat dengan baik untuk sekolah. Of course saya busy ambil gambar ahli PRS saya yang berkhidmat sebagai ahli pengawas pusat sumber dan AJK Koperasi. Jawatan tertinggi AJK Koperasi sesi 2014/ 2015 yang baru dipegang ahli PRS yang merupakan Pengerusi PROSTAR saya iaitu Faris. 

Walimatulurus

Tahniah Ziza
Semoga perkahwinan
Membawa kebahagiaan

Hari yang menggembirakan warga sekolah kerana salah seorang guru iaitu Zizawani berkahwin dan mengadakan majlis perkahwinan di dewan sekolah. Dari acara kompang menggunakan khidmat pelajar dan majoriti tetamu ialah guru guru sekolah sama ada yang telah berpindah atau masih berkhidmat di sini menyeronokkan kami untuk bertukar tukar cerita tentang perkembangan masing masing. Anak anak saya juga turut gembira kerana anak Ziza dari perkahwinan pertamanya iaitu Faiz memang berkawan dengan anak lelaki saya dari sejak bercuti bersama ke Pulau Perhentian dengan rombongan sekolah 2012. 

28 September 2014

Karnival PPDa peringkat negeri

Sentul
Nostalgia zaman kanak kanak

Karnival PPDa di SMK Sentul Utama dijalankan pada pukul 8 hingga 3.00 petang. Pada hari ini saya bertindak selaku AJK Majlis Penutup maka seawal pukul 7.30 kami dah tiba untuk menyediakan persiapan tempat dengan menyiapkan tagging, membawa alas meja dan bunga bungaan yg sesuai. Maklumlah pengarah JPWPKL sendiri yg akan turun bersama pengarah DBKL. Hari ni pihak sekolah membawa peserta untuk pertandingan dikir barat, pertandingan poster kerjaya dan eppda. Majlis penutup pada pukul 1.20 tengah hari dirasmikan oleh ketua pengarah DBKL iaitu Y.Bhg Datuk Hj Mhd. Amin Nordin Bin Abd Aziz merangkap Naib Pengerusi PEMADAM WPKL dengan kejayaan poster di tempat ketiga dan tempat keempat eppda manakala dikir barat tidak mendapat tempat. Tapi tahniah sebab dah lama sangat dikir barat SMK Cheras tidak ke peringkat negeri. Majlis dengan rasminya berakhir pada pukul 3 petang tapi sbg AJK Majlis Penutup kenalah mengemas dewan dan mengira peralatan yg dipinjam dari DBKL. 

27 September 2014

Majlis Perlantikan & Penghargaan Pengawas Sekolah

Salam Zulhijjah

Majlis penghargaan dan perlantikan pengawas dijalankan di tapak perhimpunan agar semua warga sekolah mengenali pengawas yang ada dan mengetahui AJK Tertinggi yg terpilih. Saya bertindak selaku AJK Cenderamata dan Dokumentasi untuk majlis ini. Ramai jugak ahli PRS yg dilantik sebagai pengawas terutama di sesi petang. Hampir 15 orang. Saya set up cenderamata dan sijil untuk majlis ini dan rushing ke SK Sentul Utama untuk mesyuarat penyelaras kerja Karnival PPDa Negeri mewakili PK HEM saya yang perlu berada di sekolah menguruskan majlis penghargaan pengawas hingga tamat. 

Tahniah diucapkan kepada AJK Tertinggi yang terpilih melalui temuduga dari guru guru terlibat.

26 September 2014

Program Pelajar Cemerlang anjuran Yayasan Pendidikan Cheras dan PPWBP

Stay up
3.00 am

Pada 24 dan 25 Sept program pelajar cemerlang ting 3 anjuran Yayasan Pendidikan Cheras dijalankan di Kolej YPC dengan kerjasama PPW Bangsar Pudu. Program yang disertai oleh pelajar dari sekolah angkat YPC perlu menghantar wakil seramai 10 orang dari setiap sekolah yang terpilih untuk ke Kolej YPC menghadiri seminar pelajar cemerlang anjuran YPC dan PPW Bangsar Pudu. As usual jadi driver hantar dan ambil pelajar ni. Program tahunan yg ditaja oleh YPC ini memang sangat menarik kerana berjaya mendapatkan khidmat penceramah yg menarik minat pelajar dan mendapat feedback yg bagus dari pelajar.

24 September 2014

Pentafsiran Inventori Minat Kerjaya PT3

Kesakitan sangat terasa
Alhamdulillah body language
Berjaya mengaburi mata


Pentadbiran IMK dijalankan kepada  semua pelajar Tingkatan  3. Bagi pentadbiran PT3 ini,   IMK telah diubahsuai kepada 180 item dengan menggunakan grafik dan penerangan untuk meningkatkan kefahaman murid terhadap maklumat yang hendak disampaikan. Komponen baharu yang ditambahkan ialah kecekapan pada bahagian C. IMK Tingkatan 3 mempunyai tiga bahagian iaitu 
Bahagian A : Kesukaan
Bahagian B : Pekerjaan
Bahagian C : Kecekapan

Instrumen ini mengandungi 6 konstruk iaitu Realistik, Investigatif, Artistik, Sosial, Enterprising dan Konvensional. Setiap konstruk mempunyai 30 item dan jumlah item ialah 180.         Masa yang disarankan 30 hingga 40 minit.  Skor tiga kod mata Holland ke dalam borang profil psikometrik untuk mengenal pasti kecenderungan kerjaya.

Pentaksiran Skor IMK
Realistik : Persekitaran pekerjaan yang memerlukan kemahiran praktikal dan mekanikal. Bekerja dengan objek, peralatan, mesin, haiwan dan tumbuhan. Mempunyai kemahiran yang baik apabila menggunakan peralatan, lukisan mekanikal, mesin atau haiwan. Menghargai objek praktik yang boleh dilihat dan disentuh. Lebih suka bekerja di luar bangunan.

Investigatif: Persekitaran pekerjaan yang memerlukan kemahiran menyelidik, saintifik, intelektual, analitikal dan mementingkan ketepatan. Suka membuat pemerhatian, mempelajari sesuatu, membuat penyelidikan, menganalisis, menilai dan menyelesaikan masalah. Menghargai sains dan matematik. Melihat diri sendiri sebagai tepat, saintifik dan intelektual serta meminati kerjaya saintifik dan beberapa kerjaya bercorak teknikal.

Artistik : Daya intuisi yang tinggi, ekspresif, original, bebas, kreatif, inovatif dan artistik. suka bekerja dalam situasi yang kurang berstruktur, tidak rutin dan tidak berulang. Mempunyai aspirasi yang tinggi dan menghargai seni kreatif 

Sosial : Persekitaran pekerjaan yang memerlukan interaksi, kerjasama, kolaborasi, saling membantu, melatih dan membuat kebajikan kepada orang lain. Mempunyai kemahiran berinteraksi dan berkomunikasi dengan orang lain. Suka kepada aktiviti membantu, memberi perkhidmatan dan menyelesaikan masalah sosial.

Enterprising : Persekitaran pekerjaan yang melibatkan pentadbiran dan pengurusan. perniagaan dan keusahawanan. Wujud suasana pengaruh, memimpin, mengarah dan mengurus individu lain serta menjual barangan atau idea. Matlamat akhir mereka adalah mencapai keuntungan organisasi dan keuntungan ekonomi.

Konvensional : Persekitaran pekerjaan berstruktur dan teratur yang melibatkan data, nombor dan kerja-kerja perkeranian. Melakukan kerja secara terperinci, mengikut peraturan dan arahan.       

23 September 2014

Pentadbiran Inventori Kecerdasan Pelbagai PT3 (IKP)

Bila kerahan tenaga
Tidak setanding kudrat yg ada
Kesakitan mula terasa...

Bermula penilaian pentaksiran inventori kecerdasan pelbagai untuk semua ting 3. Kami sendiri tidak pernah menerima naskah lengkap IKP ini. Dah lama tak berurusan dengan kertas peperiksaan. Kali terakhir ketika mengajar Sains tahun 2002 dulu saya menguruskan soalan dan pengedaran kertas peperiksaan. Oleh kerana guru pengawas peperiksaan sendiri tidak familiar dengan kertas psikometrik ini, maka kami guru kaunseling akan berada di antara blok tingkatan 3 untuk membantu guru yg bertanya.

IKP ini merupakan kertas tertutup untuk menguji kecerdasan pelajar dalam pelbagai bidang. Kertas terdiri dari kertas 1 dan kertas 2. Kertas 1 mengandungi A dan B. Kertas 1 disarankan selama 1 jam 50 minit merupakan soalan berformat objektif aneka jawapan. Bahagian A menguji verbal bahasa Melayu selama 30 minit dan verbal Bahasa Inggeris selama 30 minit. Manakala Bahagian B pula menguji Matematik selama 30 minit dan visual ruang selama 20 minit. Kertas 1 akan diserahkan kepada guru kaunseling mengikut penskoran berdasarkan kunci jawapan yang akan diberikan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia dan perlu dimuat turun mengikut tarikh yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan.

Kertas 2 merupakan penilaian persepsi selama 45 minit dan murid mengira skor masing- masing dengan bimbingan guru.  Soalan berformat dwipilihan respon iaitu Ya dan Tidak.

Jumlah jawapan yang dijawab betul dalam kertas 1 dan jumlah jawapan ya dalam kertas 2 ditukar ke bentuk peratus dan dipindahkan ke borang rumusan skor. Kecuali bagi konstruk kecerdasan ruang visual, skor kertas 1 dan kertas 2 perlu dijumlahkan dan ditukarkan ke dalam bentuk peratus.

Pelajar disarankan berehat antara bahagian A dan B selama 15 minit.

22 September 2014

Pendekatan Disiplin Menangani Isu Lewat Ke Sekolah

Isnin yang tidak bermaya
Penat lelah masih terasa

 Isu datang lewat merupakan isu yang serius di sekolah ini hingga pemantau  memberi teguran mengenai isu ini. Ini kerana di awal tahun guru kaunseling telah menjalankan kajian tindakan pelajar lewat dan menjalankan sesi kaunseling kelompok kpd pelajar dengan pelajar dikumpulkan di dewan. Pelajar yg kerap lewat pula akan mendapat surat amaran. 

Walau bagaimanapun pada bulan Mei kami menghentikan aktiviti untuk pelajar lewat ini. Walaupun ada penurunan dari aspek datang lewat, tetapi komitmen di dewan setiap hari dan aktiviti menulis karangan yg dibuat secara sambil lewa oleh pelajar memaksa kami memikirkan alternatif lain. Ini kerana pelajar lewat masih ramai dengan jumlah 20 - 30 orang sehari ..kalau Januari dan Februari cecah 50 lebih sehari. Pelajar tegar tidak melepak di Downtown sehingga loceng perhimpunan berbunyi kerana bimbang mendapat surat amaran. Tetapi lewat secara berkala. Namun apabila program speed up untuk kemenjadian pelajar perlu dibentangkan kami perlu memikirkan strategi yang lebih baik untuk menangani kes pelajar lewat hingga menjadi bawah 20 orang sahaja sehari bagi sesi pagi. Pemantau yg dtg ke sekolah juga tidak berpuas hati dengan data dan prosedur pelajar datang lewat ke sekolah. 

Oleh itu sejak bulan September kami mengambil alternatif baru dengan menguatkuasakan sistem datang lewat yang lebih berkesan. Dua orang guru disiplin di tempatkan di pagar sekolah. Pengawas akan duduk di kaunter pelajar lewat hadir untuk merekodkan nama. Sistem data seperti sistem buku register sekolah. Pelajar akan dicatatkan masa lewat pada tarikh tersebut. Sekiranya nama pelajar telah naik lewat sebanyak tiga kali maka surat amaran 1 akan dikeluarkan. Setakat ini 30 surat amaran 1 telah dikeluarkan dan 15 surat amaran kedua. Nampaknya penguatkuasaan undang undang yg konsisten lebih menggerunkan pelajar lewat dan pelajar lain. Begitu juga dengan kemunculan guru disiplin di pagar untuk pelajar lewat dengan rotan di tangan. Sekurang kurangnya purata yg lewat hadir ke sekolah bagi sesi pagi tidak melebihi 20 orang. Guru kaunseling juga akan berada di pintu pagar. Dari aspek kaunseling, kami membuat sesi kaunseling kelompok kepada pelajar lewat terutama yang telah mendapat surat amaran kedua

21 September 2014

Blackcoffeewithsugar:Freemarket PPR

Sorry sis

Projek bcws yang seterusnya ialah join freemarket di sini. Tak dapat join dia orang  cuma nak berkongsi gambar aktiviti mereka di blog ini. Kecanggihan telekomunikasi sekarang walau jauh beratus km tetapi dengan adanya viber dan whats app terasa saya juga sibuk  bersama - sama mereka huhu apa tak nya dari adik saya yang hendak bergerak dari Cheras dan kakak saya dari Klang untuk berjumpa di PPR ni dah cukup memeriahkan whats app group adik beradik kami seawal pagi ...how i wish i can join them. 

20 September 2014

Kertas Kerja Kolaborasi Permata SMKC Ke Sekolah Menengah Sains Alam Shah

Farhan as a candy boy
Farzana as a flower girl
Farietz hold 'bunga manggar'
Yeah..My kids enjoy the day :)

KERTAS KERJA
PROGRAM KOLABORASI PERMATA SMK CHERAS – SM SAINS ALAM SHAH

1.0           PENGENALAN

          Projek Kolaborasi Permata merupakan projek peningkatan akademik di antara SMK Cheras dengan SM Sains Alam Shah bagi melonjakkan kecemerlangan dalam SPM. Projek ini melibatkan 15 orang pelajar Tingkatan Lima SMK Cheras untuk mendapatkan pengalaman dan menjalinkan kerjasama akademik dengan pelajar SMK Cheras.  Diharapkan pelajar projek permata SMK Cheras iaitu projek pelajar cemerlang SPM sekolah akan mengambil inisiatif dari kerjasama yang terjalin dengan mempelajari pengajaran dari guru –guru SM Sains Alam Shah dan teknik yang digunakan oleh pelajar SM Sains Alam Shah yang terkenal dengan kecemerlangan akademik mereka.  Pentadbiran sekolah berharap agar pelajar dapat memanfaatkan kolaborasi ini melalui peningkatan gred akademik pelajar yang lebih cemerlang dan seterusnya dapat membantu meningkatkan gred kecemerlangan akademik sekolah. Melalui pengalaman pembelajaran yang diperolehi, pihak sekolah berharap para pelajar permata ini dapat memberikan input yang berguna kepada rakan sebaya mereka di SMK Cheras bagi dijadikan pedoman oleh rakan – rakan yang lain.

2.0     OBJEKTIF
1)    Agar pelajar dapat mengikuti mata pelajaran dengan baik melalui tunjuk ajar rakan sebaya
2)    Agar pelajar dapat bertukar –tukar ilmu pengetahuan mengenai teknik belajar yang sesuai
3)    Agar pelajar dapat bekerjasama berkongsi ilmu pengetahuan mengenai sesuatu mata pelajaran


3.0     TARIKH
         13 - 17 Oktober 2014

4.0     SASARAN
          10 orang pelajar SMK Cheras Tingkatan Lima

5.0     AHLI JAWATANKUASA
Pengerusi               : Pn Kamariah Bt Abu
Naib Pengerusi        : En Jamil Bin Abdul Samad
Penyelaras              : Puan Nurhaiza Bt Che Mat
AJK Perhubungan  : En Che Mohamad Padali B Che Mat
AJK Dokumentasi  : Pn Rozinani Awang
AJK Kebajikan         : Pn Raudah Bt Ab. Rahman
                               

6.0     AKTIVITI PROGRAM

Pelajar akan dibahagikan kepada kelas – kelas tertentu mengikut mata pelajaran elektif
mereka. Pelajar juga akan bergaul dengan pelajar di dalam kelas yang  ditempatkan
dan belajar bersama-sama pelajar di dalam kelas tersebut. Pelajar akan mengikuti
semua aktiviti yang dijalankan untuk pelajar di dalam kelas tersebut atau mata pelajaran
yang ditetapkan dari seawal waktu persekolahan pukul 7.30 pagi hingga 4.00 petang
setiap hari.




7.0     ANGGARAN KEWANGAN

Sumber Kewangan

PIBG            RM 10   x  10  orang x  5 hari                           RM 500

Perbelanjaan
Yuran makan = RM 10 x 10 orang x 5 hari                                       =RM 500




8.0     PENUTUP
          Diharapkan agar projek ini mencapai objektif yang diingini dan projek perintis ini diharapkan berjaya melonjakkan kecemerlangan akademik pelajar dan kerjasama kolaborasi ini boleh diteruskan ke tahun tahun seterusnya.

Disediakan oleh,                                                                  Diluluskan oleh,


( Nurhaiza Bt Che Mat)                                             

19 September 2014

Pemilihan Amalan Terbaik Guru Kaunseling Peringkat WPKL

Hari yang amat bahagia
Buat Hanis dan Sharina
Semoga kalian berbahagia
Melayari bahtera bersama
Agar jodoh kekal hendaknya
Doa kakak yang bermakna

Dengan rasminya amalan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yg saya hantar untuk dipertandingkan ke peringkat WPKL tidak berjaya dipilih untuk dibentangkan di peringkat WPKL. Whats app group MGK WPKL dengan jelas menunjukkan 4 nama sekolah menengah yang terpilih untuk pembentangan di peringkat WPKL. Secara jujurnya saya sendiri bersetuju dengan pemilihan projek dari sekolah lain seperti Projek Hot Plate dari SMK Seri Ampang dan SMK Seri Pantai iaitu projek menyediakan makanan tambahan seperti projek makanan tambahan di sekolah rendah dengan inisiatif pihak sekolah sendiri utk pelajar yg kurang berkemampuan dan seterusnya menarik pelajar untuk hadir ke sekolah dan meningkatkan kecemerlangan akademik pelajar terlibat. Projek ini mendapat anugerah kajian tindakan sekitar tahun 2012. Projek ini memang mendapat tempat untuk disebarluas kepada sekolah menengah yang lain. Draf kertas kerja yang dibuat oleh saya dan ketua unit HEM JPWPKL telah saya masukkan dalam entri sebelum ini untuk sekolah sekolah lain pula termasuk sekolah saya.




18 September 2014

SePKM : Sistem E -Profil Kerjaya Murid Tingkatan Satu

Istimewa kerja kawin di kpg
Rewang..rewang..rewang

Mendapat mesej untuk mengingatkan ahli guru kaunseling Zon Pudu mengenai key in psikometrik data pelajar menengah rendah. Buku ini merupakan sumber rujukan untuk perlaksanaan sistem eprofil kerjaya murid ( SePKM). Data di key in secara on line dan off line dengan dateline yang telah ditentukan. Ketua Unit HEM WPKL mengingatkan agar guru kaunseling bersedia dengan data apabila diminta untuk pemantauan. 

Menariknya apabila kita menjalankan Sepkm ini maka kita sudah mempunyai data yang rasmi mengenai personaliti dan minat kerjaya pelajar. 

  

17 September 2014

Integriti Pengawas Peperiksaan Awam

Travel to Kluang, Johor


Isu kertas soalan UPSR yg bocor memang heboh diperkatakan seluruh Malaysia. Sebagai ketua pengawas SPM sebanyak tiga kali dan pengawas SPM sebanyak sekali, saya percaya integriti memang merupakan satu perkara yg sangat memainkan peranan penting di sini kerana ia merupakan rahsia sulit dan setiap guru yg bertanggungjawab dalam peperiksaan SPM diwajibkan untuk menandatangani borang merah yang mematuhi arahan akta rahsia rasmi tersebut yg bukan sahaja sekadar ditandatangan tetapi perlu difahami dan di patuhi syarat sebagai pengendali kertas peperiksaan awam. Saya nak berkongsi pengalaman bagaimana mengendalikan kertas peperiksaan awam kerana hampir setiap hari saya perlu menjelaskan kepada ramai yg bertanya bagaimana agaknya soalan itu boleh terbocor.

Prosedur pengedaran kertas peperiksaan awam sangat ditekankan dan ketua pengawas perlu menduduki kursus pengendali peperiksaan awam agar mematuhi setiap prosedur yg ditetapkan. 

Penghantaran kertas peperiksaan ke pusat bermula dengan lori yg mengangkut kertas diiringi oleh polis ke bilik kebal.RO iaitu penyelia kawasan akan mengenalpasti kotak kotak dibawah pusat peperiksaannya cukup dan dalam keadaan baik. Setiap ketua pengawas pusat peperiksaan mempunyai jadual untuk membuka kotak tersebut. Ketua pengawas akan terlibat dengan OBK iaitu operasi buka kotak bagi setiap pusat peperiksaan masing masing bersama RO iaitu penyelia kawasan yg terlibat. Kotak kotak yg diserahkan juga berplastik dan cara membuka kotak kotak yg mengandungi kertas peperiksaan itu juga mempunyai cara yg tersendiri untuk mengesan tiada unsur kebocoran berlaku.  

Ketua pengawas akan memastikan bil naskah kertas peperiksaan cukup untuk pusat peperiksaan masing masing. Semua kertas peperiksaan itu juga terletak dalam plastik yg ber seal dan soalan tidak dapat dilihat langsung. Ketua pengawas hanya dapat mengira bil naskah melalui kod mata pelajaran di tulang kertas peperiksaan berdasarkan tingkap yg lutsinar di tulang kertas tersebut. 
Sewaktu OBK dijalankan, kecenderungan untuk kertas soalan bocor adalah sifar. Kerana melibatkan RO lain dan ketua pengawas pusat yg lain bersama sama di bilik kebal. Ketika ini juga jika plastik dan kotak yg diperiksa oleh ketua pengawas mempunyai kecacatan akan direkodkan. Biasanya sifar kebocoran juga kerana automatik kita boleh tau siapa yg merosakkan kotak itu iaitu RO yg menerima setiap bungkusan kotak terlebih dahulu jika kecacatan tidak direkodkan. Oleh itu RO sangat berhati hati dan cekap yg terdiri dari pengetua dan kini terdiri dari Penolong Kanan atau guru senior sekolah yg akan merekodkan kecacatan kotak pada ketika hari penerimaan kotak jika berlaku apa apa. Jika tiada, sepatutnya ketua pengawas menerima kotak yg tidak terbocor iaitu disalut kemas dengan plastik. Cara membuka kotak jika perlu cermat, jika ketua pengawas membuka kotak itu dan terpotong plastik kertas soalan juga perlu direkodkan tetapi itu pun tidak sampai nampak soalan peperiksaan kerana tidak membukanya dan disaksikan oleh RO. 

Seterusnya jadual peperiksaan berjalan, ketua pengawas akan ke bilik kebal setiap kali mengikut jadual peperiksaan untuk mengambil kertas peperiksaan. Kertas peperiksaan sesi petang  juga akan diambil sama ada untuk disimpan di bilik pengetua atau dijaga oleh ketua pengawas di almari berkunci di bilik ketua pengawas. Setiap bungkusan itu disimpan di dalam karung keselamatan.yg hanya boleh dibuka ketika peperiksaan hampir bermula. Bungkusan itu juga di seal dan 2 org saksi dari kalangan pelajar, dua org pengawas peperiksaan akan menandatangani di hadapan plastik bungkusan tersebut untuk mengesahkan bungkusan tidak dicerobohi dan barulah bungkusan naskah soalan akan dipotong dihadapan pelajar dan diedarkan oleh pengawas peperiksaan kepada semua pelajar. Oleh itu peluang untuk soalan itu bocor beberapa hari sebelum kertas peperiksaan itu diadakan adalah sukar kerana byk pihak yg terlibat bagi memastikan operasi kertas soalan diedarkan mengikut standard yg ditetapkan. 

Walaubagaimanapun apabila isu kertas soalan ini bocor bermula di sekolah pedalaman ia sesuatu yg mengejutkan kerana memang kertas soalan di pedalaman akan digerakkan ke sekolah sebelum hari peperiksaan memandangkan bilik kebal yg agak jauh. Potensi kebocoran berlaku juga sepatutnya sukar jika semua pihak menjaga integriti dari ketua bilik kebal yg mempunyai akses kepada bilik kebal dan guru guru yg bertanggungjawab terhadap pengawasan peperiksaan. Bagaimanapun saya berharap agar pihak berkuasa membuat siasatan yg telus dan sebagai seorang guru, isu kritikan terhadap guru memang membuatkan kami para guru terasa hati. Ibarat seorang yg buat semua guru dipersalahkan. Walhal siasatan masih dijalankan. Andaikata benar salah dari seorang guru, biarlah pihak berkuasa menghukumnya kerana kesalahannya yang kita sendiri tidak pasti atas dasar apa kertas soalan itu dibocorkan. Namun apabila whatsapp demi whatsapp disebarkan mengenai soalan UPSR yg bocor sehari sebelum peperiksaan mmg mudah untuk pihak yg bertanggungjawab mengesan dari mana bermulanya kebocoran berlaku dan kuasa media sosial whatsapp mmg sgt berkuasa sekali tekan shj dlm group 50 org boleh dishare ke seluruh negara. Harus diingatkan taklimat yg sy hadir mengenai forensik cyber dimana mereka dapat mengesan org yg pertama sekali menghantar mesej walau telah di delete sekali pun. 




Projek Cakna Blackcoffeewithsugar : Agihan Makanan Asnaf


Selamat Hari Malaysia

Balik sahaja dari Morib, saya prepare barang untuk projek cakna bcws. Dah berjanji dengan adik beradik yg saya akan join mereka malam ni ....satu projek menyediakan makan malam kepada golongan asnaf dan giliran kami pada hari isnin malam. Ye saya selalu mendengar tentang projek pemberian makanan untuk gelandangan seperti yg menjadi kontroversi baru baru ini apabila larangan kepada sukarelawan yg menyediakan makanan kepada geladangan di Kuala Lumpur tetapi saya tidak berpeluang untuk ikut serta kerana sering terikat dengan komitmen lain pada hari minggu.
Ini adalah pengalaman pertama saya dengan projek seumpama ini. Kakak saya mempunyai komitmen dengan group ini dan meminta klik bcws join untuk hari isnin. Saya menyediakan bekalan roti, adik saya air dan kakak saya menyediakan nasi goreng telur dadar. Seawal pukul 7 keluar dari Kajang bergerak ke Cheras untuk transit di rumah adik dan seterusnya ke Klang untuk mengambil Kak Ema. Dari Klang kami bertolak pukul 9. 40 mlm menuju ke bandar Klang. Stesen pertama kami di kawasan yg begitu asing bagi saya maklumlah saya mmg tidak biasa dgn kawasan Klang.  Di situ kami berjumpa dengan pengasas sukarelawan ini. Menurut kakak saya, orang ni yg menjalankan kerja sukarelawan ini secara bersendirian sebelum mendapat tajaan dari mana mana pihak. Saya serba sedikit mempunyai pengetahuan bagaimana proses pengagihan makanan ini dijalankan. Ini kerana sewaktu kami bergerak ke stesen kedua di perhentian bas Kelang, saya lihat ramai yang saya anggap geladangan tetapi mereka tidak beratur untuk mendapatkan makanan. Saya cuba mendekati mereka dan bertanya kenapa tidak ikut beratur sekali untuk mendapatkan makanan rupanya kumpulan sukarelawan yg kami join ini mempunyai sistem yang tersendiri. 
Ini kerana pengasas kumpulan ini pernah bertugas sebagai ketua kampung. Pembabitannya dlm projek sukarela ini dari beliau menjadi ketua kampung hingga pencen pun masih aktif. Oleh itu beliau memperkenalkan sistem pengenalan diri dan yang beratur untuk mengambil makanan ialah orang yang dikenalpasti sebagai asnaf dan mendaftarkan diri untuk projek ini. Salah satu syarat yg menarik juga ialah orang yg hadir mesti agak terjaga penampilannya dan bukannya tidak terurus langsung!  Well ia sangat kontras dengan pengalaman adik saya yg pernah aktif dengan SALAM untuk program pemberian makanan kpd geladangan.  Di stesen ketiga agak menginsafkan saya melihat makcik tua  yg beratur bersalaman dgn saya dan mengucapkan terima kasih dan majoriti yang mengambil makanan akan terus makan di situ dan menarik minat anak saya untuk bertanya soalan bertalu talu kepada saya mengenai pengalaman barunya. Projek berakhir hampir pukul 12 tgh malam dan transit di Klang dan Cheras sahaja jam dah menujukkan pukul 1.30 pagi. Well the best option tidur jela di rumah adik coz saya benar benar dah tak stabil untuk drive ke Kajang dgn 6 hari berderet travel sana sini...tidur sana sini...
                                      

16 September 2014

Projek Cuti Sekolah Dengan Giat MARA

Travel Morib - KL
Konvoi kereta dgn bff
Berakhir projek percutian kami
Khas ibu ibu dan anak anak :)

Projek cuti sekolah bermula. Kursus pendek bersama Giat Mara yg menawarkan 20 tempat untuk kursus komputer dan 20 tempat untuk kursus jahitan bagi pelajar semuda ting 3 hingga ting 5 di Giat Mara Flat Sri Sabah. Pihak Giat Mara approach saya untuk membantu mencari peserta yg berminat dari sekolah memandangkan pelajar kami ramai tinggal di kawasan latihan kursus diadakan. Kursus yg disediakan percuma dan diberi makanan dan tshirt percuma juga. Kursus diadakan selama seminggu dari pagi hingga petang. Program menarik untuk pelajar mengisi cuti sekolah mereka. Feedback yg saya dapat dari ahli PRS saya yg pernah join kursus ini sebelum ini, memang bagus. Mendapat sijil di akhir kursus seminggu itu memang berbaloi untuk pelajar mengisi cuti sekolah dengan guru yg berpengalaman.

14 September 2014

Isu Guru Kaunseling Dihentam

Family day bff
Drive from PD - Morib
Gold Coast Resort Morib

                                             


Hari bercuti yang panas hati huhuhu inilah tajuk yg paling menyentap guru guru kauseling Malaysia. Meriah group whatsapp dari group geng degree kaunseling, group gbk zon, group apa je yg related dgn ubk.
Secara ikhlasnya...memang terkilan dengan ayat tu. Ayat penyejuk hati bagi saya untuk cool ialah cikgu tu mempunyai masalah dgn guru kaunseling di sekolahnya dan kesian kat cikgu ni tak dapat berbincang dan melepaskan kepada org berkenaan dan melepaskannya di fb hingga melibatkan guru guru kaunseling satu Malaysia yg mengena tempias kemarahannya.. Memang berjaya menjadi viral dalam kalangan guru kaunseling berbincang mengenai topik ini hari ini.  Ini kerana jika dia hanya bercakap guru kaunseling di sekolahnya yang tak buat kerja ke, yang makan gaji buta ke terpulanglah tapi bila dibilas pukul rata standard guru kaunseling sekolahnya adalah seperti guru kaunseling satu Malaysia ia satu perkara yg salah.

Lagipun dari isu yang dibaca boleh mengelirukan. Contohnya masa guru kaunseling bertugas telah berubah. Memang dari saya posting tahun 2000 masa bekerja ialah 7.30 pagi hingga 3.30 petang atau 11 pagi hingga 6.45 petang bagi sekolah menengah harian biasa iaitu masa wajib bagi guru kaunseling sepenuh masa. Tetapi sejak tahun 2005 atau 2006 rasanya masa bekerja yg rasmi mengikut guru akademik biasa di sekolah tersebut. Maka tidak timbul soal balik cepat dari guru akademik lain kecuali arahan yg dikeluarkan oleh pentadbir sek men harian biasa berbeza dengan KPM. Jika guru kaunseling itu balik lewat sekalipun dari guru lain di sekolahnya, itu adalah kerana keperluannya sendiri bukan arahan. Saya sendiri punch out kebiasaanya pukul 4.30 hingga 5 petang walaupun saya guru sesi pagi. Tetapi apabila rakan sekerja saya masuk dan balik kerja seperti guru akademik biasa, ia bukan menjadi satu masalah disiplin bagi guru berkenaan kerana balik awal. 

Masalah disiplin memang core business untuk menangani permasalahan disiplin pelajar sebagai guru disiplin. Tetapi perkhidmatan UBK menggunakan pendekatan psikologi dan kaunseling untuk 7 bidang utama iaitu membantu menangani masalah disiplin pelajar, sosial, emosi dan mental pelajar, pembangunan diri pelajar, psikososial, perkembangan kerjaya dan perkembangan akademik. Program pemantapan sahsiah dan disiplin juga dijalankan di sekolah dengan KERJASAMA dengan guru disiplin tetapi kebiasaannya guru kaunseling merupakan penyelaras program PPSDM dibantu oleh guru disiplin. Jadi apabila melontarkan pendapat 95% masalah disiplin di atasi oleh guru disiplin yang saya rasa hanya satu perempat dari jumlah pelajar, mengapa tidak terfikir mungkin juga 80 peratus dari jumlah pelajar yang tidak terlibat dengan masalah disiplin kerana melalui program pencegahan, pendidikan dan pemantapan sahsiah melalui perkhidmatan UBK? 95 peratus masalah disiplin diatasi oleh guru disiplin. Apakah petunjuk prestasi yang digunakan bahawa ia adalah sumbangan guru disiplin semata mata. Adakah semata mata kerana kadar ponteng kelas yg semakin berkurangan kerana guru disiplin meronda dan mengenakan hukuman? Bagaimana pelajar yg telah menjalani sesi kaunseling, intervensi dan pemantauan selepas dijatuhkan hukuman? Adakah kes merokok di sekolah berkurangan krn diatasi oleh guru disiplin yg menjalankan spot check. Bagaimana dengan sumbangan guru kaunseling mengadakan program pencegahan, pendidikan pemulihan masalah merokok hingga kes disiplin merokok tidak meningkat atau pelajar yg bermasalah merokok di sekolah dapat ditangani agar mengawal dari menjadi perokok tegar. Bukankah itu juga membantu mengatasi masalah disiplin pelajar?

Satu lagi idea darinya mengatakan guru kaunseling patut diberi jadual waktu seperti guru akademik biasa, baru adil... yang ni saya rasa memang orang luar tidak faham tugas kami. Saya sendiri pernah mengalaminya.. mengajar Sains 25 masa, diberi rumah sukan, dan persatuan serta tugas khas sebagai guru kaunseling, guru kelas lagi. Jadi di sini saya ialah guru akademik sepenuh masa bukan lagi guru kaunseling sepenuh masa. Jika persatuan perjumpaan dijalankan dua minggu sekali. Bolehkah saya beranggapan begitu juga menjalankan sesi kaunseling dua minggu sekali kerana dianggap UBK umpama persatuan? Tentulah tidak bukan.. 

Sebagai guru tugas khas kaunseling bolehkah saya bertugas seperti guru khas koperasi atau pusat sumber kerana portfolio sama guru akademik sepenuh masa dan memegang satu tugas khas. Mereka bertugas mengikut masa kelapangan jika tiada pdp dan boleh dibuat jadual tetap. Saya masih ingat saya mengajar di makmal, student cari sambil menangis nangis, guru disiplin bagi list nama untuk rujukan begitu juga guru kelas lain, parent nak datang jumpa adhoc huhu macam tugas guru kelas kan tetapi bezanya klien saya adalah satu sekolah bukan pelajar kelas saya sahaja. Mungkin ada yg mengatakan pulak macam guru disiplinlah waktu bukan pdp settlekan kes. Ia tidak semudah itu bagi guru kaunseling, kerana guru disiplin ramai lebih 10 org AJK dalam satu sekolah. Jadi bab ini pun saya hairan bagaimana pemilik fb ini boleh mengatakan masalah disiplin diatasi oleh guru disiplin dari kaunselor yang ramai tu. Kuota sekolah 500 pelajar untuk seorang guru kaunseling sahaja padahal AJK Disiplin lebih dari itu. Saya percaya dalam 6 hingga 10 orang. 

Pengalaman saya selaku guru akademik sepenuh masa dan tugas khas selaku menjadi guru kaunseling, tamat je pdp Sains saya akan ke bilik kaunseling. 25 masa mengajar ibarat 5 masa seminggu berbaki 3 masa je lagi untuk  tidak masuk kelas dalam sehari untuk aktiviti menyediakan aktiviti pdp seterusnya, menanda buku dan pengurusan lain dan juga makan. Saya tidak dapat fokus menyediakan pdp atau menanda buku pelajar dalam waktu sekolah kerana bilik kaunseling saya sentiasa ada je pelajar mencari atau saya sendiri mempunyai senarai rujukan kes segera yang patut dicari. Dengan kekuatan 2 org guru kaunseling dengan sentiasa membuka pintu ubk untuk 1600 pelajar ketika itu, memang tak menang tangan. Banyak juga kes yg tak sempat berjumpa hingga berminggu minggu bertangguh. Ini kerana waktu sekolah kami mengejar kes segera dan memudaratkan. Kerana selepas tamat sekolah, pelajar bermasalah disiplin tidak memberi kerjasama untuk stayback. Jadi apabila mengajar, saya terpaksa menyusun jadual saya yg tiada kelas Sains untuk mengejar klien berisiko tinggi yg kadangkala datang atau tidak. Begitu juga kes pelajar dirujuk. Jadi apabila adanya jadual mengajar penuh, sehari saya hanya mampu membuat satu sesi kaunseling dlm waktu formal sekolah yg memakan masa satu hingga satu setengah masa pdp. Ini kerana satu hari formal di sekolah ialah 8 masa. 5 masa mengajar dan satu setengah sesi kaunseling memang tidak byk sesi kaunseling boleh dijalankan apatah lagi menjalankan program. Ekspektasi yg tinggi dari orang sekeliling, tapi kudrat yg terhad dan masa yg terhad. 

 Bunyi loceng waktu balik, mungkin guru biasa boleh menanda buku atau ada masa nak buat tugas lain, tetapi saya masih lagi terikat menjalankan sesi kaunseling atau bimbingan kerana klien kami adalah pelajar sesi pagi dan petang atau menyediakan laporan dan persediaan program ubk. At the end buku buku yang perlu ditanda dimasukkan ke dalam bonet kereta kerana jika saya masih menunggu di bilik kaunseling, saya tidak boleh mengatakan tidak kepada pelajar yg mengalami krisis untuk berjumpa atau guru yg datang membawa pelajar untuk rujukan. Selalu juga saya menjalankan sesi dan tersasar masuk kelas lewat, dan untuk kes kritikal saya letak di bilik kaunseling dan bersambung selepas dua masa pdp maklumlah kelas Sains mmg banyak waktu berkembar esp waktu masuk lab. 

Oh ye satu lagi pentadbir sentiasa mempunyai satu stigma bahawa kaunselor mengendalikan program program di sekolah berbentuk motivasi dan apa sahaja yg berkaitan dengan 7 bidang tugas kami walaupun kami bukan guru kaunseling sepenuh masa! Kami adalah guru akademik sepenuh masa ! Cuma memegang tugas khas sampingan guru kaunseling seperti mana guru akademik yang memegang tugas khas guru disiplin. Semua kertas kerja dan pengurusan program kebiasaannya saya terpaksa menyediakan di rumah. Cuma beza yg sangat ketara kami tiada pengagihan tugas memang guru kaunseling perlu bertugas di bilik kaunseling seperti saya berdua dengan partner saya sahaja menjalankan sesi dan program dalam 7 bidang utama. Semua guru khas lain seperti guru disiplin, guru pusat sumber ada pengagihan tugas lagi untuk semua AJK. Guru disiplin dan bertugas di bilik disiplin pun ada giliran bertugas seperti guru disiplin di sekolah saya. Tetapi alhamdulillah hubungan saya dengan guru disiplin dari awal posting tidak pernah bermasalah. Walaupun ketua disiplin dan AJK Disiplin sentiasa bertukar ganti. 

Saya percaya KPM telah membuat kajian yang rapi sebelum melantik guru kaunseling sepenuh masa diwujudkan. Pentadbir sekolah.saya sendiri apabila melihat beban tugas saya sebagai guru akademik sepenuh masa dan memegang tugas sampingan guru kaunseling menyedari bebanan ini umpama satu jasad tapi kerja umpama dari dua guru yg berbeza. Lalu selepas setahun setengah, mereka memberikan masa 15 masa mengajar saja untuk mengurangkan beban saya..yang saya tidak minta dikurangkan pun. Menjalankan satu sesi kaunseling atau bimbingan umpama satu masa mengajar. Jadi memang mustahil saya dapat menjalankan program UBK lebih dari asas yg wajib sahaja atau mengadakan kelas tambahan Sains untuk pelajar saya kerana jawatan hakiki adalah guru akademik tetapi SKT tugas khas guru kaunseling juga mempunyai list yg panjang melebihi tugas hakiki mengajar. Maklumlah ketika itu jika ada apa urusan melibatkan guru kaunseling di luar, saya terlibat dan urusan membawa pelajar ke hulu hilir di bawah kaunseling juga adalah saya, maka tak masuk kelas selalu juga adalah saya sbb biasanya guru akademik sukar menggantikan tempat guru kaunseling yg kena bawa pelajar keluar, yg kena bermalam di hutan di sungai. Belum lagi kena jadi guru pengiring keluar daerah dan sering bertugas hari Sabtu kerana mengadakan program.

 Sehinggalah jawatan guru kaunseling sepenuh masa diwujudkan ...terima kasih KPM. Sejak itu UBK saya agak dikenali dengan perkhidmatan dan program UBK yang aktif kerana apabila kita dapat mengoptimumkan bidang tugas kita yang memang kita dilatih dan bonus pula apabila kita suka dengan kerja kita, segala perkara dapat dipermudahkan dengan lancar dan kreatif.

Saya berharap orang di luar sana serba sedikit memahami tugas guru kaunseling sebelum melabel kami...barulah adil namanya.


Walimatulurus Rina

Travel to Port Dickson
Drive Kajang - Ancasa Residence
Happy school holidays

Sempat lagi bersiap dan menjenguk ex student PRS saya yg berkahwin hari ni iaitu Arina. Student projek karnival EAK yg memang sangat rapat dengan saya satu ketika dulu. Menghadiri majlis perkahwinan student merapatkan hubungan silaturahim kami dan peluang untuk bertanya khabar dengan mereka mengenai perkembangan terkini masing masing. Of course saya bertemu kembali dengan 4 org student projek karnival saya masa batch Rina yg masih berkawan baik hingga kini. Cuma terkilan sedikit sebab saya rushing ke Port Dickson maka tak sempat jumpa pengantin. Yg penting cikgu cuba penuhi jemputan jika memang tidak ada aral melintang.

12 September 2014

Kem Jati Diri 3

Travel by car
Kuala Kubu Bharu - Kajang

Hari terakhir slot refleksi pengalaman dan penilaian. Majlis penutup dan akhir sekali diadakan sesi bergambar. Sebagai fasilitator tentunya refleksi positif iaitu kata kata peransang yang diberikan oleh kawan kawan sangat mencuit perasaan iaitu sisi positif yang tidak dapat dihayati sendiri oleh pelajar sebagai aura positif kekuatan diri. Semoga pelajar mempelajari sesuatu yg baik untuk diambil teladan sepanjang kem ini dan meninggalkan perkara yang buruk demi masa hadapan mereka.