Total Pageviews

TERIMA KASIH PEMBACA !

30 November 2014

Permohonan Ke UPU Sesi 2015

Many people never get what they deserve
Because they are too busy holding things
They are supposed to let go
Thank you November 
For this lesson
Permohonan ke UPU dari tahun ke tahun semakin lewat. Jika dahulu permohonan seawal Ogos then Oktober kemudian November dan kini Januari terus. Hebahan rasmi dr fb tapi saya perolehi dr whatsapp yg diprintscreen. Ada pro and con. Yang bagusnya jika permohonan awal seperti permohonan matrikulasi, guru akan mengingatkan mereka selalu untuk membeli no pin UPU atau guru kaunseling sendiri menguruskan pembelian no pin UPU secara pukal yang bermakna guru kaunseling sendiri yang mengutip duit dari pelajar ting 5, mengutip salinan kad pengenalan pelajar, beratur di BSN dan setelah mendapatkan nombor pin tersebut, guru kaunseling akan mengedarkannya kepada pelajar ting 5 sebelum cuti sekolah. Pelajar juga berpeluang key in terlebih dahulu dan bertanya di bilik kaunseling mengenai cara key in permohonan online jika mereka bermasalah untuk melayari website.Guru kaunseling juga boleh memantau pembelian nombor pin ini dan berjumpa dengan pelajar yang layak tetapi tidak membeli nombor pin untuk mengenal pasti alasan. dan yang paling penting, pelajar selalu menghilangkan nombor pin UPU dan menjadi satu perkara biasa bagi guru kaunseling trace semula nombor pin UPU pelajar kerana sebaik sahaja nombor pin pelajar diperolehi, guru kaunseling akan menyimpan satu salinan. 

Oleh kerana tahun ini pembelian nombor pin UPU boleh dibeli pada bulan Januari 2015, saya dapat membayangkan bulan Januari nanti saya akan sibuk melayan panggilan telefon dan mesej dari pelajar ting 5 2014. Terima kasih kepada whatsapp yang akan memudahkan perbincangan. Walau bagaimanapun saya tidak dapat memantau pelajar yang membeli atau tidak nombor pin UPU ini apatah lagi mempunyai salinan nombor pin mereka.Komitmen kerja saya menguruskan UPU ini semakin berkurangan dan arahan baru UPU ini meletakkan tanggungjawab dan komitmen sepenuhnya di pihak pelajar sendiri. Saya rasa tiada masalah pelajar keciciran maklumat memandangkan kini trend media sosial yang selalu dilayari oleh pelajar dan mereka mendapatkan maklumat di hujung jari dan tutor yang mudah bagi permohonan online. Jika mereka benar benar buntu dan keliru barulah mereka akan mencari guru kaunseling untuk mendapatkan nasihat.

Seminar Kesihatan, Senam Robik

Tekanan darah ok
kandungan gula ok
kecergasan ok
ok...mood travel diaktifkan :)

Seminar ini diadakan dalam cuti sekolah kerana saya difahamkan pihak klinik mendapat peruntukan saat akhir. Oleh itu untuk mendapatkan peserta time cuti sekolah memang di luar kawalan kerana walaupun 35 pelajar telah memberi nama untuk ikut serta tapi yang hadir hanya 18 orang sahaja.

Saya mempunyai hubungan yg baik dgn Dr Nazeerah penyelaras Minda Sihat dan team Minda Sihat Klinik Kesihatan Cheras iaitu Staf Nurse Najmi. Oleh kerana doktor bercuti bersalin dan menyambung cuti menjaga anak manakala Najmi pula bercuti menyambung pelajaran menyebabkan tahun ini kurang program bersama klinik. Sewaktu mendapat arahan membawa pelajar ke klinik oleh PK HEM saya, saya membayangkan seminar ini akan disertai oleh peserta dari sekolah lain juga. Tapi apabila melangkah je kawasan dalam klinik terkejut juga apabila mendaat tau peserta semata mata dari sekolah saya! Walaupun yg hadir 18 orang sahaja tapi tetapkan diteruskan. 

Mungkin pengurusan baru klinik cara baru. Ini kerana sepanjang saya berurusan dengan pihak klinik sebelum ini, jika program melibatkan sekolah saya semata mata kami akan mengadakan mesyuarat sekurang kurangnya sekali di klinik dan selebihnya berurusan secara terus dengan saya.Tetapi apabila pihak klinik tidak pernah menghubungi saya dan surat jemputan hanya meminta pelajar hadir sebagai peserta maka saya beranggapan program ini melibatkan sekolah lain juga.

Seminar ini agak menarik kerana mendedahkan pelajar kepada gaya hidup sihat. Senamrobik dimulakan pagi ini dan kemudian pelajar perlu mengisi sejarah kesihatan dan saringan DASS. Kemudian pemeriksaan kesihatan seperti mengambil tekanan darah, memeriksa kandungan gula, memeriksa BMI dan menilai kecergasan melalui senaman mudah. Saya rasa saya macam peserta sekolah juga, apa sahaja yg dilakukan oleh peserta pelajar akan turut saya lakukan. Alhamdulillah kesihatan tahap baik dan BMI je terlebih 0.2 huhuhuhuhuhuhu penutup 2014 saya kena make sure BM1 normal dgn mengurangkan berat lagi 2 hingga 3kg. 

Seminar hari ini melibatkan ceramah HIV dan AIDS, Bahaya Merokok, Minda Sihat dan Amalan Pemakanan Sihat. Aktiviti pembentangan dan lakonan dijalankan agar peserta tidak boring mendengar ceramah sahaja. Input baru bagi saya ialah senamat relaksasi oleh jurupulih cara kerja yg berbeza sedikit dengan.pendekatan senaman dan urutan program Minda Sihat. So bolehla minta sedut power point penceramah untuk guide saya membimbing pelajar.







28 November 2014

LCCI Talk : A Platform Of Employment In Malaysia di Institut Profesional Baitulmal

If it makes you happy, do it!
If it doesn't, then don't !
SIMPLE

Program cuti sekolah dan guru kaunseling dikehendaki menghadiri taklimat ini di Institut Profesional Baitulmal. Surat yang diterima dari IPB dan satu lagi sebelum cuti, jemputan dari Yayasan Pendidikan Cheras sendiri untuk menjemput guru kaunseling dari sekolah sekolah angkat YPC untuk menghadiri taklimat ini. Sepanjang menjadi guru kaunseling inilah kali pertama saya menjejakkan kaki ke Institut Profesional Baitulmal walau saban tahun pelajar saya ramai juga terpilih ke institusi ini untuk menyambung pelajaran.

Taklimat disampaikan sendiri oleh wakil dari Pearson yang bersoal jawab dengan peserta taklimat ini mengenai pasaran kerja, silibus kursus, buku buku rujukan, soalan -soalan past year yang boleh dirujuk.

Taklimat kali ini saya tertarik dengan penawaran kursus London Chamber Of Commerce & Industry International Qualifications  (LCCIQ) dan Certified Accounting Technician (CAT) yang hanya mengambil masa satu tahun setengah sahaja dan syarat kelayakan yang minimum ialah lulus SPM dan lulus Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik dan memperolehi sekurang-kurangnya dua kepujian dalam SPM. manakala CAT hanya lulus SPM sekurang-kurangnya 5 kepujian termasuk Matematik dan Bahasa Inggeris tetapi lulus Bahasa Melayu dengan kemudahan pembiayaan biasiswa Baitulmal/ MAIWP/ Dermasiswa Baitulmal Negeri. IPB ini juga menawarkan tempat untuk pelajar yang bukan bumiputera tetapi dengan pembiayaan sendiri. Menarik kan untuk student saya kerana kelulusan lebih rendah dari kemasukan diploma universiti awam dan difahamkan walaupun hanya setahun setengah tetapi kelulusan ini lebih diiktiraf dipasaran kerja dan gaji yang diperolehi juga lebih tinggi sedikit berbanding graduan diploma perakaunan. Ini kerana kemasukan ke diploma yang dianjurkan oleh universiti di Malaysia perlu mempunyai syarat kelayakan minimum 5 kredit dalam SPM dan mata pelajaran Bahasa Melayu wajib memperolehi kredit.




27 November 2014

Isu Guru Kaunseling - NUTP

KUMON

Baca buletin Oktober NUTP hari ini mengenai isu guru kaunseling di Malaysia. Sebagai ahli NUTP, saya menerima jemputan untuk berbincang tentang isu guru kaunseling di sekolah cuma tarikhnya bertindan dengan hal keluarga yg tidak boleh dielakkan menyebabkan saya tidak turut serta dalam perbincangan itu. Dari isu yg diterbitkan di buletin ini, memang antara perkara yg biasa dihadapi oleh guru kaunseling di sekolah dan di dalam zon saya sendiri pun. Walaubagaimanapun hubungan kami di sekolah dengan pentadbir memang baik dan terdapat persefahaman. 

Permohonan ke SBP, MRSM dan Kolej Vokasional Ting 4 2015

Congrats Suhail
5A UPSR

Mulai tahun ini ibu bapa perlu membiasakan diri dengan PAJSK, SEGAK dan psikometrik kerana pemilihan ke sekolah berasrama penuh dan Kolej Vokasional sendiri akan memberikan syarat kemasukan untuk melengkapkan result item item tersebut. Begitu juga dgn MRSM dan SM Teknik. Jika dulu ibu bapa dan pelajar hanya tau bahawa keputusan PMR yg diperlukan tetapi dengan format PT3 yg baru pelajar mempunyai 4 perkara yg perlu diambil berat iaitu pentaksiran sekolah dan SEGAK dari guru mata pelajaran, PAJSK dari guru kokurikulum dan penilaian psikometrik dari guru kaunseling. 

Oleh kerana itulah keputusan untuk item ini perlu diketahui terlebih dahulu dan diedarkan kepada pelajar sementara menantikan keputusan PT3 yg akan diumumkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia sekitar 22 Dis 2014 nanti. Format permohonan online untuk PT3 ini ke sekolah sekolah tersebut juga guru kaunseling perlu membiasakan diri kerana item yg perlu di key in berbeza dari tahun lepas. 

25 November 2014

Penawaran mata pelajaran elektif Ting 4

Kem Tahfiz for a week
Take care kids

Pagi tadi ada appointment dengan penyelaras ting 4 cikgu Roszita Md Toff untuk penawaran mata pelajaran elektif. Tetapi tahun ni dengan adanya pentaksiran psikometrik saya terlibat secara langsung dengan pengagihan pelajar untuk mata pelajaran elektif. Jika pencapaian akademik sesuai dan kelas yg dipilih juga bersesuaian dengan pentaksiran psikometrik maka pelajar akan mendapat kelas tersebut sebagai pilihan pertama. Jika pencapaian akademik tidak layak untuk masuk ke aliran yang diminati maka pentaksiran psikometrik akan digunakan untuk melihat aliran yg lebih sesuai dengan minat kerjaya dan kecenderungan pelajar. Seorang demi seorang pelajar di saring hampir 2 jam jugak kami berjaya membuat saringan.
Pada tahun hadapan kelas rekacipta akan dijadikan kelas aliran sains dan berkongsi dengan kelas lukisan kejuruteraan. Satu perkara yg menarik kerana rekacipta memerlukan inovasi dan kreativiti.
Dua kelas akaun sahaja akan dibuka iaitu kelas akaun dengan matematik tambahan dan kelas akaun tanpa matematik tambahan. Ini memudahkan pelajar yg berminat mengambil akaun tetapi lemah matematik untuk memasuki aliran perakaunan.
Kelas perdagangan wajib untuk 4k3 4k4 dan 4k5. Tahun lepas 4k5 hanya mengambil aliran teras sahaja dan kebanyakan pelajar dari sek lain yg bertukar sama ada mempunyai masalah disiplin akan dimasukkan di kelas tersebut. Maka tahun ini strategi meletakkan kelas 4k5 juga setanding dengan kelas 4k3 dan 4k4 dengan pengagihan pencapaian akademik yg seimbang agar kelas 4K5 tidak dilabel sebagai kelas terakhir atau kelas bermasalah.
Selain itu pada tahun ini juga kami cuba menyaring nama pelajar kes rayuan semula dan kes pelajar ponteng surat amaran kedua dan ketiga agar tidak diletakkan di kelas MPV. Ini kerana kelas MPV berprojek dan ketidakhadiran pelajar akan menggangu kelancaran perlaksanaan projek dan pencapaian akademik mata pelajaran teras. Walhal kelas MPV terhad kepada 20 pelajar sahaja bagi Rekaan Jahitan Pakaian dan Seni Reka Tanda. Manakala Katering boleh hingga 25 pelajar. Oleh itu pelajar yg tidak mempunyai masalah ponteng sekolah dan pentaksiran psikometrik juga menunjukkan minat pelajar boleh dialirkan ke kursus MPV maka pelajar tersebut akan dipilih. Dengan strategi ini diharapkan pelajar dari kelas ini mempunyai rekod kehadiran pelajar yg lebih baik dari awal Januari lagi hingga akhir tahun.
Well kita tengok keberkesanan strategi ini pada tahun hadapan.

Farewell party PRS Form 5 2014

The best way to cheer you up
Is to try to cheer somebody else up

Hari ni majoriti PRS last paper SPM dan saya ambil peluang ini untuk mengadakan jamuan makan kepada student PRS tingkatan 5. Paper habis pukul 3.30 petang dan UBK meriah dengan kehadiran mereka. Jamuan makan set nasi minyak, pizza dan KFC yg memang budak sekolah suka. Pukul 4.30 petang kami ambil kesempatan bergambar bersama di padang sekolah. Batch ini sangat akrab dgn sy kerana majoriti mereka adalah PRS dari tingkatan 1 lagi. Jadi 5 thn bersama memang hubungan kami rapat dahla kebanyakan mereka adalah projek karnival kaunseling yg selalu stayback di UBK. Bersalaman dengan mereka benar benar mengoyahkan hati dan merasa sedih untuk berpisah..satu perasaan jujur yg sukar disorok.
Sebelum majlis perpisahan dgn PRS diadakan, pada waktu tengah hari UBK meraikan staf pejabat iaitu ketua kerani En Hazairin yg bersara dan kami menjemput semua staf pejabat ke bilik UBK. Sejak 15 tahun disini saya banyak berurusan dgn ketua kerani ini dan walaupun staf pejabat bertukar ganti tetapi ketua kerani ini masih di sini dr sy posting hingga kini.

24 November 2014

Sarana Ibu Bapa

Dari posting takda masalah
Bila Cikgu Aiza ke sekolah
Pada bulan Nov cuti sekolah
Alah bisa tegal biasa dah :)
Selamat bercuti pelajar sekolah!!



Pernah dengar tak tentang Sarana Ibu Bapa? Sesiapa yang mempunyai anak yang bersekolah di sekolah kerajaan tentu pernah mengisi borang soal selidik sarana ibu bapa ini. Saya sendiri perlu mengisi borang ini untuk dua orang anak saya di sekolah rendah. Tetapi di sekolah sendiri saya yang membuat analisa soal selidik sarana ibu bapa ini. Jika pada tahun lepas analisa dibuat secara manual tetapi pada tahun ini secara online dari muka surat 1 sarana tu hingga muka surat terakhir. Ingatkan sampai situ je tugas saya rupanya tahun ni kena key in pula secara online dan dateline adalah 30 November 2014 ini. Orait marilah kita buat perlahan lahan hari demi hari hingga habis di key in. Kunjungilah portal sarana untuk mula key in ..lalalalalalala.

Sarana ialah sesuatu yang dapat digunakan sebagai alat dan sebagainya untuk mencapai atau melaksanakan sesuatu. Kajian peringkat antarabangsa PISA 2009 yang dijalankan oleh  OECD menunjukkan ibu bapa menggunakan masa bersama-sama dengan anak di rumah mempengaruhi kejayaannya. Oleh itu, amalan penting ibu bapa menilai penglibatan mereka bersama-sama dengan anak dan mengambil tindakan yang sewajarnya bagi membantu anak meraih kejayaan pada masa hadapan.  Ada 4 bidang dalam soal selidik ini iaitu menyediakan suasana pembelajaran di rumah, interaksi sosial, komunikasi dengan anak dan sokongan akademik. Melalui soal selidik ini, ibu bapa dapat menganalisis sendiri penglibatan dalam pembelajaran anak - anak dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap keperluan yang timbul atau merancang program peningkatan kendiri. Sekiranya ibu bapa mahu, sertailah kumpulan sokongan ibu bapa PIBG sekolah anak anda untuk perkongsian dan jika ingin membantu pihak sekolah kembalikan borang B.

Walaubagaimanapun saya percaya keberkesanan kumpulan sokongan ibu bapa ini perlu digerakkan oleh AJK yang dibentuk oleh AJK PIBG sendiri untuk menghubungi dan menggerakkan kumpulan sokongan ibu bapa ini. 





23 November 2014

UBK: SKOR Berita Harian 2011

Aktiviti 5S di rumah

Hari ini aktiviti mengemas semua almari buku untuk dibuang mana tak perlu dan untuk ruang buku buku baru 2015. Selongkar punya selongkar terjumpa keratan akhbar tahun 2011 sisipan SKOR 12 hingga 18 Januari 2011 untuk akhbar Berita Harian. Teringat masa tu tetiba wartawan datang untuk menemubual guru kaunseling mengenai perkhidmatan UBK pada masa itu. Kebetulan ketika itu PRS ting 4 saya terdiri dari pelajar pelajar cemerlang sekolah dalam PMR 2010 yg baru sahaja diumumkan pada Disember 2010 dan pertanyaan demi pertanyaan wartawan dapat dijawab dengan baik dan lancar kepada wartawan.
Bab berlakon buat sesi kaunseling bersama Azfar pengerusi PRS masa tu mmg memori manis yg terpahat diingatan. Mujurla agak bersedia dari segi penampilan sama ada fizikal gurunya, pelajarnya dan ruang fizikal bilik untuk diambil gambar. Memandangkan surat khabar ni pun dah nak kuning lebih baik diabadikan dalam blog dan instagram. Facebook ? Oh tak! dah nak dekat setahun tak aktif fb rasanya kalau nak update status pun rasa macam janggal sangat.




Kajian Program Remaja Wawasan: NBOS-ATM-KPM

First time naik monorel
Shopping di Sg Wang
Selepas 10 thn..ke lebih?!

Hari ni baru berpeluang untuk membuka bungkusan pos laju yang diterima semalam dari UPSI. Meminta sampel pelajar yang terlibat dengan program remaja berwawasan untuk diberi respon dalam borang soal selidik untuk guru dan ibu bapa pelajar. Sekolah saya terlibat dengan projek ini dan ada saya nyatakan dalam entri sebelum ini di bawah label PPSDM. Seramai 15 orang pelajar yang terlibat untuk diberi respon dan seramai 2 orang ibu bapa sahaja yang perlu ditemubual. Memandangkan hari Isnin juga dateline yang perlu diisi maka marilah membelek soal selidik yang diberikan dan mengisi data yang mampu untuk 15 orang pelajar dan soal selidik terhadap persepsi Program Remaja Berwawasan. Hari Isnin sahajalah baru boleh menemubual ibu bapa yang terlibat memandangkan saya tidak mempunyai nombor telefon ibu bapa mereka untuk dibuat sekarang. Wow ada sagu hati disediakan sebanyak RM70 satu jumlah yang sangat besar iaitu RM 50 untuk duit sebagai sagu hati pembantu penyelidik dan RM 20 untuk bayaran  pos laju saya rasa. 


22 November 2014

Pengedaran Result Psikometrik Ting 3

The only way to be truly satisfied 
Is to do what you believe is great work
And the only way to do  great work
Is to love what you do
If you haven't found it yet, keep looking.
Don't settle
As with all  matters of the heart,
You'll know when you find it
 - Steve Jobs-


Apabila  Lembaga Peperiksaan mengarahkan agar keputusan psikometrik diserahkan pada 17 November hingga 21 November, kami perlu menghantar laporan setiap hari kepada JPWP untuk mengenalpasti bilangan pelajar yang telah mengambil keputusan psikometrik tersebut. Sehingga hari ini hanya 126 pelajar sahaja yang telah mengambil keputusan psikometrik memandangkan kehadiran pelajar ke sekolah tidak menggalakkan. Keputusan psikometrik diambil bersama keputusan PAJSK dan SEGAK dan Pentaksiran Sekolah. Keputusan ini penting untuk pelajar mengisi borang online ke Kolej Vokasional, SM Teknik atau permohan melanjutkan pelajaran ke tempat lain yang memerlukan keputusan tersebut. Oleh kerana semua borang ini diserahkan kepada guru kelas untuk menguruskan pengedarannya maka kami hanya update dari list jumlah pelajar yang telah mengambil keputusan psikometrik dari guru kelas. 

Kami perlu lakukan sesuatu pada tahun hadapan memandangkan pengedaran keputusan psikometrik dibuat pada hari terakhir sekolah memang sangat lewat. Walaupun surat edaran kepada ibu bapa memaklumkan bahawa keputusan itu boleh diambil pada hari terakhir persekolahan, tetapi tiada jaminan setakat mana surat makluman itu sampai ke tangan ibu bapa. Yang penting ialah pelajar yang berminat untuk melanjutkan pelajaran ke sekolah lain memerlukan keputusan tersebut untuk di keyin di borang permohonan. Oleh itu pelajar yang berminat boleh mendapatkan keputusan dari guru guru tertentu jika masih lagi pengedaran markah ingin dibuat pada hari terakhir persekolahan. Bagi pelajar yang tidak bertukar ke mana-mana, tidak menjadi masalah kerana keputusan akan diambil bersama dengan slip peperiksaan PT3. 

Di pihak sekolah sendiri, kami memerlukan markah psikometrik ini untuk pengaliran pelajar ke ting 4. Bersama -sama dengan pencapaian akademik, markah psikometrik dipertimbangkan untuk membolehkan pelajar yang seiring dengan pencapaian akademik, minat dan nilai untuk mengikuti kursus kursus elektif di tingkatan 4.