Total Pageviews

Subscribe Here

TERIMA KASIH PEMBACA

26 January 2015

Bengkel Kepimpinan AJK Kokurikulum

Laju kaki melangkah,
Terasa tak jejak tanah,
Makan tak rasa kunyah,
Nafas termengah mengah

Banyak benda nak settle hari ini. Seawal 5.55 pagi on the road keluar rumah. Sampai sekolah pukul 6.30 pagi terus menuju ke koridor bilik kaunseling dan make up koridor jadi taman kaunseling. Kemudian ke tapak perhimpunan untuk mengedarkan modul mentor mantee Guru Penyayang. Memandangkan hari ini merupakan pelancaran 5S dan 3K, aktiviti mentor mantee dijalankan pada masa ke 8 di kelas masing- masing bersama mantor mantee masing-masing. 

Sebagai penyelaras program bengkel kepimpinan kokurikulum, saya mengadakan persiapan untuk menjalankan bengkel kepimpinan di dewan bagi pengerusi kokurikulum yang terlibat. Seramai 85 pengerusi yang terlibat dengan aktiviti ini di dewan. Sesi dimulakan dengan kata-kata ucapan dari PK Kokurikulum, sesi pengenalan kokurikulum oleh Cikgu Padali. Bengkel berhenti rehat agar peserta menikmati makan tengah hari sebelum kami bersambung untuk slot menulis kertas kerja. Kumpulan dibahagikan kepada 10 kumpulan dan diberikan tajuk untuk menjalankan aktiviti bagi kegiatan kokurikulum masing-masing seperti lawatan sambil belajar, perkhemahan, aktiviti jualan, karnival sukan dan permainan, perlawananan persahabatan. 

Satu kumpulan diminta membentangkan kertas kerja mereka agar dapat memberikan gambaran dan contoh kepada kumpulan yang lain


No comments: