Total Pageviews

TERIMA KASIH PEMBACA !

SEARCH

Loading...

13 January 2015

Format Penulisan Buku Rekod Kaunseling 2015

Rezeki.. :)
Bantuan persekolahan 
RM 100 seorang  

Membelek buku rekod kaunseling dengan format yang baru. Apa yang tak kena ye? Dan apa penambahbaikan dari buku rekod lama.

1) Muka surat bagi setiap minggu setakat 5 muka surat sahaja yang bermakna aktiviti dari hari Isnin hingga Jumaat sahaja yang perlu ditulis. Sedangkan hari Sabtu kami kerap bekerja sekurang - kurangnya 2 kali Sabtu setiap bulan. Buku rekod yang lama memang ada 6 muka surat setiap minggu. Sedangkan data analisa mingguan termasuk hari Sabtu dan Ahad tetapi rekod penulisan laporan aktiviti tiada diperuntukkan ruang untuk program Sabtu dan Ahad. Hmmmm.. nampaknya penyelesaian mudah ialah saya kena potostat muka surat yang kosong dan menampal pada setiap muka surat terakhir minggu yang mempunyai program pada hari Sabtu atau Ahad. 

2) Bahagian ulasan mingguan hanya ada ulasan untuk pengetua atau penilai sahaja. Catatan dan ulasan mingguan dari guru kaunseling tidak diletakkan. Maka tidak perlu guru mengisi catatan tetapi dipenuhi dengan angka -angka sahaja. 

3) Bagaimana mahu mengisi analisa data mingguan yang banyak ini. Huhu kena study dulu jadual ini sebab tiada taklimat atau panduan khusus untuk mengisi jadual ini. Sangat spesifik dari jenis pengurusan dan pentadbiran yang dijalankan, perkhidmatan bimbingan dan kaunseling, lain-lain sumbangan di sekolah, perkhidmatan luar sekolah dan lain-lain ke aktiviti yang dijalankan. Bagi saya ia rumusan yang baik, bila sekali pandang, pentadbir akan dapat mentafsir terus aktiviti sepanjang minggu yang dijalankan. Rasional terbaik ruang catatan untuk guru kaunseling tidak lagi diperuntukkan. Bila dah puas belek, saya rasa cara terbaik ialah habis sahaja aktiviti sehari selain dari muka surat pada hari tersebut yang perlu dilaporkan dan mengisi data sesi, analisis mingguan bagi hari -hari tersebut juga terus dimasukkan.

4) Ada ruang baru yang ditambah iaitu ruang untuk kaunseling berfokus juga diperuntukkan di bahagian belakang buku rekod. Nama klien perlu ditulis terus ke dalam buku rekod ini. Kaunseling berfokus pelajar cemerlang, galus, ponteng dan masalah disiplin. 

5) Menariknya buku rekod kali ini ialah 4 fokus utama berbanding 8 fokus utama sebelum ini. Memudahkan untuk key in data dan lebih berfokus. 4 fokus utama ialah pembangunan dan perkembangan sahsiah diri murid PPS, PD peningkatan disiplin diri murid, PK pengurusan kerjaya murid, PKM psikososial dan kesejahteraan mental murid.  Berbanding 8 fokus sebelum ini iaitu akademik, kerjaya, psikososial, keluarga, peribadi, kes disiplin, dadah dan HIV.

6) Ruang penulisan juga ditambah dan dibesarkan column dan row. Orait tulisan tangan saya memang comel..muat je haha tapi bagi yang tulisan tangan sederhana tu dah ada masalah.

7) Yang paling terbaik ialah pergerakan guru kaunseling keluar sekolah, buku rekod lama hanya mempunyai 1 muka surat sahaja dan biasanya tak sampai setengah tahun dah habis ruang tu dan ada yang saya tak isi pun. Tapi format baru ini ada 6 muka surat dengan ruang penulisan yang lebih besar maklumlah nama kursus semuanya jenis panjang memang tak muat pun nak tulis kat satu ruang pada format buku lama.

Orait tu je..bila dah start menulis hingga akhir minggu ni kita tengok, apa masalah yang wujud.

No comments: