22 January 2015

Kertas Kerja Bengkel Pengurusan Kokurikulum

Tumpat-Rantau Panjang - KL - Kajang
Checkout 8.30 am Tumpat
Check in 11.55 pm Kajang
Long hours on the road...




Perjalanan yg agak lama. Bermain mesej dengan geng UBK mengenai pengurusan 4 projek UBK iaitu mentor mantee Guru Penyayang, LPPKN, bengkel pengurusan kokurikulum dan bengkel kepimpinan pengawas. Dah lama UBK tidak menguruskan bengkel kepimpinan kokurikulum. Seingat saya kali terakhir sewaktu PK Kokurikulum perempuan iaitu Pn Azizah Majid 2009. Tahun ni  PK Kokurikulum yg baru juga minta saya organise bengkel pengurusan kokurikulum, so share disini kertas kerja bagi projek tersebut.



KERTAS KERJA BENGKEL PENGURUSAN KOKURIKULUM

1.0     PENGENALAN

Bengkel Pengurusan Kokurikulum merupakan bengkel untuk meningkatkan kemahiran dan kepimpinan dalam kalangan AJK Tertinggi kelab dan persatuan,badan beruniform dan sukan serta permainan. Melalui pengurusan ini, diharapkan agar AJK Kokurikulum dapat meningkatkan daya kepimpinan mereka memimpin organisasi masing-masing bagi mencapai misi visi Unit Kokurikulum Sekolah Menengah Kebangsaan Cheras iaitu melestarikan aktiviti kokurikulum yang berkualiti untuk melahirkan individu yang berketrampilan dan berdaya saing bagi memenuhi aspirasi negara. Oleh itu satu bengkel dianjurkan untuk membantu ahli jawatankuasa memahami bidang tugas masing-masing dan menganjurkan pelbagai aktiviti untuk mengaktifkan organisasi mereka agar semua ahli dapat memanfaatkan pelbagai kegiatan yang menyeronokkan dan menarik perhatian semua ahli untuk sentiasa hadir setiap kali perjumpaan kokurikulum diadakan

2.0     OBJEKTIF
1)       Agar dapat membimbing AJK untuk memimpin organisasi masing- masing
2)       Agar dapat melatih AJK menyediakan kertas kerja program
3)       Agar dapat membimbing AJK menyediakan laporan kewangan dan laporan
          Aktiviti

3.0     TARIKH
          26 Januari 2015

4.0     MASA
          12.00 tengah hari hingga 3 petang

5.0     AHLI JAWATANKUASA
          Pengerusi               : Puan Kamariah Bt Abu
                                            (Pengetua SMK Cheras)
          Timbalan Pengerusi : Puan Maznah Musa
                                               (Penolong Kanan Kokurikulum)
          Setiausaha              : Encik Alias Mohamad
         
          Penyelaras program          : Puan Nurhaiza Bt Che Mat
          AJK Buku Program            : Encik Che Mohamad Padali Bin Che Mat
          AJK Persiapan Tempat     : Puan Rozinani Bt Awang
          AJK Pendaftaran              : Encik Alias Mohamad
          AJK Penilaian Program   : Puan Haslina Abd Rahim
          AJK Makanan                   : Puan Raudah Bt Abd Rahman
          AJK Buku Program          : Cik Hufaidah Zakaria
          AJK Dokumentasi            : Puan Nurhaiza Bt Che Mat
         


6.0     TENTATIF PROGRAM
11.50 pagi               :         Pendaftaran
12.20 tengah hari    :         Ucapan aluan PK Kokurikulum – Pn Maznah Musa
12.30 tengah hari      :       Slot Motivasi & Kepimpinan oleh Encik Che Mohamad
                                            Padali Bin Che Mat
1.10 tengah hari      :         Makan tengah hari dan solat Zohor
1.40 petang             :         Penyediaan Kertas Kerja oleh Puan Nurhaiza Bt Che Mat
2.00 petang            :         Bengkel Menulis Kertas Kerja Dan Pembentangan                                 
2.50 petang            :         Penilaian program
3.00 petang            :         Bersurai

7.0     ANGGARAN KEWANGAN
          Pendapatan
          Wang suwa             : 100 X RM5           =        RM 500
                      Perbelanjaan
          Makanan                : 100 x RM 5           =        RM 500


8.0     PENUTUP
          Diharapkan bengkel ini berjalan dengan lancar agar AJK dapat menjalankan
          tugas dengan baik dan berkesan. Melalui program ini diharapkan agar ahli
          jawatankuasa dapat berkhidmat dengan lebih baik mengikut bidang tugas
          masing-masing





          Disediakan oleh,                                                        Diluluskan oleh,

          (Nurhaiza Bt Che Mat)                                               (Kamariah Bt Abu)
          Guru Kaunseling                                                       Pengetua
 

Telegram Channel