Total Pageviews

TERIMA KASIH PEMBACA !

27 January 2015

Mesyuarat JK Zon Pudu 1/15: Kolej Edufly

Sate Wiley
New branch at Prima Saujana

Hari ini mesyuarat di Kolej Edufly

Nampak dari luar macam kecil tapi di dalam siap simulasi macam seat flight dan student serve makanan kpd kami macam dalam flight juga. Kursus yg diadakan di sini ialah untuk persediaan menjadi crew flight atau cruise. Mempunyai jaringan dengan company yg ingin mengambil pekerja dalam.bidang penerbangan atau pelayaran. Yang menariknya kalau dahulu pelatih yg berminat menjadi pramugari tidak dibenarkan memakai tudung tetapi kini pramugari yg memakai tudung juga mempunyai pasaran kerja. Pihak kolej meminta kami mempromosikan biasiswa untuk pelajar perempuan lepasan SPM untuk kursus part time selama 6 bulan tetapi perlu membayar RM 300 untuk pendaftaran untuk kursus cabin crew. 


Bagi pelatih untuk kursus pengurusan di cruise, perlu berumur 18 tahun. Jaringan dengan syarikat Azamara Club Cruises, Regent Seven Seas Cruises, Disney Cruise Line, Royal Carribbean International.  Pekerja di cruise perlu berumur 21 tahun. Tidak mempunyai tatoo yg jelas atau parut dan menghabiskan pengajian sekolah menengah dan boleh berkomunikasi Bahasa Inggeris dengan baik dan kesihatan yg baik. 
Hari ini antara agenda mesyuarat ialah mengenai cara penulisan buku rekod kaunseling, instrumen penilaian bersepadu guru kaunseling, SOAP Note, kajian tindakan, pembentangan kertas kerja program profesionalisme ke bandung dan penanda aras di Selangor. Pembentangan kertas kerja karnival kaunseling di SAB dan program PPSDM di Orkid Desa. Kemudian kami masuk ke sub zon group masing masing untuk berbincang program yg akan dijalankan. 

No comments: