Total Pageviews

TERIMA KASIH PEMBACA !

21 January 2015

Misi Bantuan Psikologi Ke SMK Berangan, Tumpat, Kelantan

Emosi Mempengaruhi Aliran Darah
Tangani Stres ..Pengekalan Berhikmah

Hari ni ke sekolah menengah pula iaitu SMK Berangan di Tumpat, Kelantan yg dilanda banjir hingga tingkat satu mengalami kerosakan yg teruk. Tiba di sekolah ini pada pukul 9.00 pagi, kami terus ke dewan yg mengalami kerosakan yg teruk pada lantai dewan. Disana hampir 200 pelajar yg terlibat dengan banjir sudah menunggu kami di sana. Ucapan aluan dari guru kaunseling dan pelawat dari Ketua Sektor Psikologi Kaunseling Johor sendiri yg turun melawat sekolah ini dan memerhatikan aktiviti kami di sini.

Aktiviti bermula dgn ice breaking oleh Chandra dan disokong oleh Azmi. Kemudian kami mengedarkan soal selidik DASS kepada semua peserta. Setelah disaring, hanya 68 pelajar yg mendapat skor 10 bagi mana mana item anziety, stres dan kemurungan. Seramai 68 pelajar ini yg menjalani intervensi seterusnya dengan kami.

Pelajar dibimbing menjalankan teknik relaksasi dan teknik urutan untuk melegakan stres. Kemudian aktiviti dalam kelompok dijalankan bersama fasilitator. Pukul 12.50 aktiviti dalam kelompok besar binding dari Cikgu Katinah. Setelah menikmati makan tengah hari, kami melawat ke bilik kaunseling sekolah ini dan melihat sendiri kerosakan di bilik kaunseling ini. 

Kemudian kami bergerak pulang ke tempat penginapan. 


Bilik kaunseling sekolah

No comments: