Total Pageviews

TERIMA KASIH PEMBACA !

10 January 2015

Misi Menghantar Bantuan Makanan: Bye Gua Musang

Gua Musang - KL
Terima kasih atas pengalaman
Kenangan dijadikan pengajaran
Semoga menjadi satu pedoman
Yang bermakna utk masa depan

Misi berakhir hari ini. Kami memasak makanan dengan banyaknya untuk diagihkan kepada mereka yang memerlukan terutama di khemah penempatan sementara yang dibina kerana rumah penduduk yang rosak teruk. Taklimat akhir dijalankan oleh Encik Rashid dan post mortem sebelum kembali ke KL. 

Kami membungkus makanan nasi goreng, nasi lemak dan meehon goreng untuk diagihkan kepada orang yang memerlukan. Botol air mineral, makanan dalam tin, beras dan ubat ubatan juga diedarkan kepada yang memerlukan. Kami bertolak dari asrama SMK Seri Wangi ini pada pukul 10.00 pagi dan sepanjang jalan kami melalui jalan Raub yang banjir semalam. Alhamdulillah hari ini cauaca agak panas dan air surut sedikit. Pukul 3.30 petang kami tiba di JPWPKL dan menyimpan barang barang yang dipinjam. Alhamdulillah selamat pergi dan balik

Tips dari saya bagi mana - mana sukarelawan yang membuat kerja pembersihan sewaktu banjir:
1) sarung tangan yang jenis getah lagi baik kerana ia tahan lasak dan senang dicuci
2) dettol jenis pencuci cecair untuk mandi selepas aktiviti pembersihan
3) pencuci tangan sanitizer dalam keadaan tempat yang tiada sumber air bersih untuk mencuci tangan 
4) wet tissue sangat membantu untuk aktiviti tandas kerana tiada sumber air
5) setokin dan baju tangan panjang untuk meminimumkan angggota badan digigit nyamuk
6) boot kerana selut sangat licin apabila kita berjalan di atasnya. Saya terpaksa meminimumkan langkah kerana selut yang tebal dan licin.
7) makanan berkhasiat untuk diri sendiri kerana apabila di dalam group, masa makan telah ditetapkan maka alas perut dengan bekalan sendiri dulu terutama bagi yang ada gastrik tu dan cepat badan masuk angin.
8) Bawa satu set baju bersih sewaktu bergerak ke tempat pembersihan. Andaikata baju yang digunakan terlalu kotor, maka mudah untuk menyalin dari meminta ihsan dari orang lain pulak..ahaks. 
9) penutup muka dari jenis anda selesa cara diikat kerana memudahkan pergerakan dan kelancaran jika kita selesa memakainya. Membantu menapis kekotoran dari secara langsung masuk ke dalam anggota badan melalui pernafasan. 



Projek memasak pagi hari 

Mari rewang masak masak
Pengagihan makanan
Pengagihan makanan
Team perempuan
Selamat tiba di KL
Complete set team perempuan:
Kak Anisah (SMK Seri Pantai), Husna (SK Salak South),  Dewi (SK Sg Penchala),
Kak Ita (SMK Seri Pantai), Kak Zana (MBS), Farah (TTDI), Fatin.  

No comments: