29 January 2015

Pelan Aktiviti Minda Sihat 2015 bersama Klinik Kesihatan Cheras

Emosi yang
Letih...lesu


Mesyuarat Program Minda Sihat kali 1/2015. Diadakan di Klinik Kesihatan Cheras dengan muka baru. Hanya Dr Nazeerah sahaja yang saya kenali. 

Tahun ini pendekatan program Minda Sihat dengan obesiti akan dijalankan serentak. Pada mulanya semua pelajar Ting 4 akan menjalani saringan Minda Sihat iaitu saringan DASS dan Ujian Gaya Daya Tindak. Sebelum mereka menjawab soalan, ukuran tinggi dan berat akan diambil bagi mengenal pasti  obesiti. 

Setelah itu, pelajar yang mempunyai teruk dan sangat teruk result bagi Minda Sihat akan menjalani intervensi Minda Sihat selama tiga bulan. Antara aktiviti yang dirancang ialah bengkel minda sihat, aquarobik, treasure hunt dan sesi kaunseling. Kemudian saringan kedua akan dijalankan dalam bulan Mei dan bersambung dengan intervensi ke FRIM dan di Taman Tasik serta susulan sesi kaunseling atau rujukan ke Klinik Kesihatan Cheras. Kemudian pelajar yang masih lagi berdepan dengan stress yang sangat teruk atau teruk akan menjalani intervensi lagi untuk aktiviti luar mempelajari ice skating.....menarik kan. 

Manakala pelajar yang obesiti dari kalangan pelajar yang mengalami teruk dan sangat teruk untuk program Minda Sihat akan menjalani program khas iaitu 3 kali seminggu sepanjang 6 bulan iaitu pada hari Isnin diambil masa perhimpunan , hari Rabu sewaktu aktiviti kokurikulum, dan hari Jumaat sewaktu sekolah mengadakan aktiviti sahsiah dan nilai murni. 




Antara AJK Program Minda Sihat dari Klinik Kesihatan Cheras

 

Telegram Channel