23 January 2015

Psikometrik Ting 1


Belajar dari pengalaman diri sendiri
Belajar dari pengalaman orang lain
Teruslah lakukan minat impian sendiri
Kepuasan,keredhaan! bukan sebab lain


Pengurusan pentadbiran psikometrik tingkatan 1 dijalankan di sekolah minggu ini. Bermula pada hari Rabu iaitu penilaian psikometrik dijalankan untuk kelas 1A, 1B dan 1D. manakala hari Khamis untuk kelas 1E, 1G, 1J dan hari Jumaat 1L, 1M ,1S. Manakala bagi kelas 1C yang berada di sesi pagi akan dijalankan pada sebelah pagi oleh Cikgu Padali.

Apakah penilaian psikometrik?
Penilaian psikometrik ialah penilaian mengenai inventori personaliti dan minat kerjaya pelajar. Oleh kerana psikometrik ini dalam bahasa Melayu, bimbingan perlu diberikan kepada pelajar Cina untuk memahaminya dengan betul. Kami mendapatkan bantuan fasilitator pelajar yang boleh berbahasa Cina untuk membimbing pelajar Cina yang tidak memahami Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Bagi pelajar yang boleh berbahasa Inggeris dengan baik berbanding Bahasa Melayu, guru akan mengambil alih kumpulan itu dengan membuat alih bahasa.
 

Telegram Channel