Total Pageviews

TERIMA KASIH PEMBACA !

30 January 2015

Terapi ziarah

Airmata..
Tak mampu disekat
Tak mampu dihalang
Mengalir laju

Seawal pagi saya meminta agar majlis bacaan Yaasin di dewan sekolah pagi ini untuk anak Rozi yang doktor sahkan sebagai penyakit tibi tulang. Hati sebak mengenangkan Rozi ..maklumlah kami rapat dan saya agak terasa sejak anak dia sakit. Saya tidak dapat membaca Yaasin dengan lancar kerana air mata begitu deras membasahi pipi dan jatuh membasahi tudung. Kebetulan ketika bacaan Yaasin di dewan..seorang lagi rakan kamcing saya di sekolah, sedang menunggu di klinik untuk pengesahan tibi. Januari yg agak mendukakan..dan mengundang air mata.

Pukul 9.00 pagi Ketua Sektor Psikologi Kaunseling JPWPKL menghubungi saya untuk menziarahi excoursemate saya sewaktu di UPMT dahulu yg kami panggil Bob yg posting sbg guru kaunseling di sekolah menengah di Zon Keramat. Unit Psikologi Kaunseling akan menjalankan terapi ziarah pegawai yg sakit kritikal di hospital. Saya yg meminta izin semalam kpd Ketua Sektor Psikologi untuk mengikutinya ke Hospital Selayang. Pukul 11.30 kami bertolak ke Hospital Selayang menaiki kereta JPWP. 
Alhamdulillah hari ini kesihatan Bob bertambah baik, boleh duduk dan bercakap. Dimasukkan ke ICU pada hari Rabu lepas..hari yg saya tidak dapat fokus untuk bekerja dan punch out lebih awal dari sekolah.

Ini kerana pagi Rabu lepas, Rozi mendapat panggilan telefon mengenai status kesihatan anaknya dan dengan sebak dia berkata, saya sudah dapat membaca hatinya...dan kami berpelukan menangis. Saya tidak dapat menghadap mukanya lebih lama dan meminta dia pergi ke hospital manakala saya terus melarikan diri ke bilik guru menenangkan diri. Mujur Afiqah ada, di situ air mata saya memang laju mengalir. Setelah dapat menenangkan diri, saya menelefon seorang guru kaunseling di Zon Pudu untuk memberikan kata semangat kepada Rozi kerana saya tidak kuat untuk bercakap apa apa dengan Rozi hari ini. Dalam kaunseling ada menyebut, kita tidak boleh menjalankan sesi kaunseling kepada orang yg begitu signifikan kepada kita. Bukan sahaja ahli keluarga malah yg begitu rapat dengan kita.

Setelah Rozi balik, whatsapp group excoursemate dipenuhi dengan cerita Bob yg dimasukkan ke ICU Hospital Selayang . Oleh kerana kami posting di Kuala Lumpur, saya dapat melihat perubahan fizikal yg begitu ketara iaitu dari berbadan gempal kepada individu yg cengkung dalam program melibatkan guru kaunseling WPKL. Sakit kritikal dari kencing manis, kegagalan kedua dua buah pinggang, sakit hati, masalah jantung..menyebabkan dia keluar masuk hospital dan pernah mengambil cuti tanpa gaji. Dua berita yg saya terima pada hari Rabu lepas, benar benar meruntun perasaan dan mengganggu emosi saya. Apatah lagi bahu yg memikulnya...

No comments: