Total Pageviews

TERIMA KASIH PEMBACA !

SEARCH

Loading...

20 February 2015

Ke mana membawa diri?

As a host
For family gathering


Hari ini whats app group yang berkaitan dengan sekolah, jadi viral kehilangan bekas pelajar saya tahun lepas dari rumahnya. Memandangkan saya tidak aktif facebook maka lambat sedikit apa sahaja isu yang dah viral kat fb yang saya baru tahu bila di post ke whats app. Tumpuan cikgu kepada saya kerana selaku guru kaunseling saya tahu masalahnya sejak di sekolah. Pelajar ini memang rapat dengan UBK. Jika terlalu sangat tertekan, bilik kaunseling dan riba saya menjadi tempat tumpah air matanya. Seorang yang dahagakan kasih sayang keluarga. Berdikari dan hidup bersama ayah kandung dan mak tirinya...tetapi kurang pasti dimanakah ibu kandungnya sendiri kerana tidak pernah bertemu lagi sejak kecil. Banyak komitmen dan tanggungjawab yang digalas di usia muda menyebabkan dia selalu menahan rasa.

Saya sendiri menghadapi dilemma apabila guru mata pelajaran kerap menekan nekan saya untuk menceritakan masalah pelajar ini sedangkan saya tidak dapat menceritakan masalahnya yang terlalu peribadi untuk dikongsikan dengan sesiapa pun. Etika guru kaunseling perlu dipegang. Saya pula yang terpaksa menahan telinga apabila guru mata pelajaran mengatakan saya terlalu memanjakan pelajar tersebut hingga tidak masuk ke kelas dan escape kelas tertentu. Saya perlu memohon toleransi guru -guru mata pelajaran agar yakin bahawa pelajar ini bermasalah. Ini kerana jika pada waktu pagi, saya melihat pelajar ini tidak bermaya saya sendiri akan mendekatinya dan jika tetiba air matanya keluar saya tau pelajar ini perlu berada dengan saya. Personaliti pelajar ini sukar ditelah, seorang yang baik dan suka ketawa dan susah untuk melihat dia serius. Oleh sebab itu ada guru mata pelajaran merasakan pelajar ini macam malas kerana suka tidur dalam kelas atau selalu tidak menyiapkan kerja sekolah .Tidak salah guru kerana tabiat pelajar ini memang ada pada pelajar lain. Tetapi apabila saya telah dapat berkongsi rasa dengannya, barulah mudah saya mengecam adakah dia ok atau tidak seawal pagi hari persekolahan.

Kes pelajar ini umpama menarik rambut dalam tepung...berhati hati mengatur strategi agar tidak menghuru harakan keadaan sudahlah pelajar ini tidak mempunyai waris yang terdekat untuk saya rujuk selain dari keluarga yang tinggal bersama. Akhirnya kesnya satu satu berjaya mencari jalan keluar dengan bantuan pelbagai pihak. Saya sendiri pernah bertentang mata dengan bapanya dan bapanya sendiri meluahkan perasaan mengenai masalah keluarga. Pada pertengahan tahun lepas, pelajar ini memberikan senyuman manis kepada saya sambil menarik saya ke tepi padang dan berbisik...'cikgu, kes dah selesai. Saya gembira'. Kegembiraan itu memang dipamerkan sepanjang hari persekolahan selepas itu hinggalah selepas SPM saya sendiri tidak pernah bersua dengannya. Jauh di sudut hati, saya rasa  dia sedang mencari ketenangan dan berhadapan dengan konflik yang tidak sudah-sudah untuk dia mengatur langkah membawa diri. Semoga dia selamat walau di mana sahaja dia berada dan dalam lindungan Allah SWT. 






No comments: