Shopping with emak
Just two of us
Just two of us
Kertas kerja ini disediakan bagi menjayakan program sambutan Tahun Baru Cina peringkat sekolah dengan tema Ke Arah Memupuk Integrasi Kaum Untuk Perpaduan . Ini kerana ratio pelajar sekolah ini 48% pelajar Melayu dan hampir 48% juga pelajar Cina. Oleh itu dalam projek guru penyayang, sambutan perayaan dapat mengeratkan hubungan antara guru dan pelajar kerana saling menghormati budaya dan agama yang diamalkan oleh pelajar dan guru yang pelbagai kaum. Oleh kerana saya selaku setiausaha program guru penyayang, saya sentiasa kena memikirkan aktiviti yang menarik agar ia bukan sekadar makan-makan sahaja tanpa meninggalkan nilai murni untuk dihayati oleh warga sekolah. Oleh kerana saya juga merupakan AJK RIMUP sekolah iaitu Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan, maka program ini umpama pakej dua dalam satu. Selepas berjumpa dengan boss dan berbincang mengenai penambahbaikan program..inilah hasilnya selepas kertas kerja diedit.
1.0 PENGENALAN
Program Guru Penyayang merupakan program
yang dijalankan agar amalan guru penyayang membudayakan sikap kasih sayang di
sekolah.Guru penyayang ialah guru yang memiliki sifat kepedulian terhadap
muridnya dengan cara mengamalkan nilai kasih sayang, bersikap mesra, mengambil
berat, berbudi bahasa dan saling menghormati, sentiasa ceria, prihatin dan
sabar. Amalan guru penyayang hendaklah dilaksanakan secara berterusan agar
menjadi budaya guru di sekolah. Antara aktiviti yang dilaksanakan ialah program
mentor mantee seperti sesi ramah mesra, sesi makan bersama, meraikan hari
lahir, bimbingan hala tuju hidup, lawatan/ziarah keluarga, sesi perkongsian
masalah dan lain-lain. Jawatankuasa Guru Penyayang menganjurkan jamuan mentor
mantee sempena sambutan Tahun Baru Cina pada tahun ini agar dapat memupuk
semangat integrasi untuk perpaduan memandangkan para pelajar sekolah ini
terdiri dari berbilang kaum. Oleh itu semangat hidup bersama –sama dalam sebuah
masyarakat majmuk di samping hormat menghormati perlu dipupuk walau di bangku
sekolah lagi agar para pelajar dapat menghormati kaum lain dalam hidup
bermasyarakat.
2.0 Objektif
1) Mewujudkan
semangat kekeluargaan yang kukuh dan saling hormat-
menghormati antara mentor
dan mantee
2) Mengamalkan budaya penyayang
dan saling menghargai antara satu sama
lain walaupun berlainan
agama dan bangsa.
3) Menerapkan integarasi
kaum dalam hidup bermasyarakat
3.0 TARIKH : 25 Februari 2015
4.0 TEMPAT : Kantin sekolah
5.0 AHLI JAWATANKUASA
Pengerusi
: Puan Kamariah Bt Abu
Timbalan
Pengerusi : Puan Sapura Bt Amat
Naib
Pengerusi : Encik Mohamed Jamil Bin Abdul Samad
Puan Maznah Bt Musa
Encik Raheman Ahmad
Setiausaha : Puan
Nurhaiza Bt Che Mat
AJK Makanan sesi pagi :
Puan
Tengku Laila Sari Bt Tengku Jusoh
Puan
Karamjit Kaur a/p Surinder Singh
Puan
Salina Bt Mohd Isa
Puan
Roszita Md Toff
AJK Makanan Sesi Petang:
Puan
Rozinani Awang
Puan Haslina Hashim
Puan
Kanagambigai
Encik Chen
For Loi
AJK
Persembahan : Cik
Wong Mun Yee/ Puan Tan Nyok Moi/ Pn Lee Soo Heong
Cik Tuong
Loy Mui/ Pn Lee Wan Yee/ Pn Ang Choon Ai
AJK
Banner : Encik Che Mohamad Padali Bin Che Mat
AJK
Dokumentasi :
Puan Nurhaiza Che Mat
AJK
Penilaian : Puan Raudzah Bt A. Rahman
6.0 TENTATIF PROGRAM
Sesi pagi :
1.10 – 1.50 tengah hari : Para pelajar mengambil tempat
mengikut kelas masing-
masing
1.50 – 2.30 petang : Persembahan di dewan
2.30 petang : Bersurai
Sesi petang:
10.15 – 10.30 pagi : Para pelajar mengambil tempat
masing-masing
10.30 – 11.00 pagi : Persembahan di dewan
11.00 pagi : Bersurai
Jamuan makan program Guru Penyayang bersama mentor dan
mantee kelas
-Sambutan Tahun Baru Cina
-Sambutan hari jadi Januari dan Februari
7.0 ANGGARAN PERBELANJAAN
Kos makanan : RM
3 x
1356 = RM 4,068
Banner = RM
100
Hadiah = RM
100
RM
4,268
8.0 PENUTUP
Diharapkan agar aktiviti yang dijalankan dapat mencapai
objektif program yang diharapkan dan
seterusnya menggalakkan amalan budaya penyayang
dalam kalangan pelajar.
Disediakan oleh, Disahkan
oleh,
(Nurhaiza Bt Che Mat) (Kamariah
Bt Abu)