Total Pageviews

Subscribe Here

TERIMA KASIH PEMBACA

21 February 2015

Pemantauan Hari Sabtu

Family gathering
Tahniah Farah


Hari ini giliran saya menjalankan rondaan dan pemantauan hari Sabtu. Kena waktu cuti sekolah panjang sempena Tahun Baru Cina, memang senyap sunyilah sekolah ini. Yang meriah bunyi pekerja pembersihan dan pekerja kontrak depan sekolah yang mengerjakan bangunan kondo betul - betul depan pintu pagar sekolah. Takdalah panjang laporan yang disediakan memandangkan rondaan sahaja. 

Macam buat sesi kaunseling pula dengan pekerja pekerja pembersihan ini. Berbual dengan ketua pekerja pembersihan mengenai isu pembayaran gaji mereka yang selalu lewat diberikan dan pembelian peralatan pembersihan yang tidak disediakan. Motivasi kerja mereka antara ada atau tidak sahaja. Maklumlah pada hari bekerja, saya hanya hi! hi! sahaja tak pernah duduk dan berbual mengenai masalah mereka. Sekurang-kurangnya saya boleh ketengahkan kepada pihak pengurusan mengenai syarikat pembersihan mereka. 

Memantau pengawal keselamatan lain pula ceritanya, masalah sesama pekerja pengawal keselamatan pula yang diadukan kepada saya. Orait memandangkan ianya adalah isu keselamatan saya menghantar mesej kepada pengetua memaklumkan segera mengenai laporan keselamatan. Pengetua datang sejam kemudian tetapi cukup memberikan gambaran kepada pengawal keselamatan dan pekerja pembersihan bahawa pemantauan hari Sabtu sama penting dengan hari bekerja pada jadual harian biasa. 


No comments: