Total Pageviews

Subscribe Here

TERIMA KASIH PEMBACA

19 March 2015

2015:STANDARD OPERASI MINDA SIHAT DI SEKOLAH

PROSEDUR STANDARD OPERASI MINDA SIHAT

Hari ini membelek modul Minda Sihat dan analisa data Minda Sihat sekolah memandangkan pada minggu hadapan intervensi bersama Klinik Kesihatan Cheras akan dijalankan. Seramai 50 orang pelajar SMKCheras telah dikenalpasti mempunyai saringan DASS teruk dan sangat teruk yang sudah mula menjalani proses kaunseling individu sejak dikenalpasti hingga sekarang. Hasil mesyuarat dengan staf Klinik Kesihatan Cheras, berikut merupakan intervensi yang akan dijalankan dengan kerjasama Klinik Kesihatan Cheras.

25 Mac 2015 : Bengkel Minda Sihat
8 April 2015  : Terapi Aquarobik

Bagi yang baru dilatik menjadi guru kaunseling, sila ikuti prosedur standard operasi ini. Bagi ibu bapa yang mempunyai anak di Tingkatan 4 boleh mengetahui skor DASS anak melalui guru kaunseling di sekolah anak.

PERANAN Guru Bimbingan Kaunseling Sekolah Menengah (GBKSM)

1. Mentadbir Saringan DASS dan Ujian Gaya Daya Tindak kepada semua pelajar Tingkatan 4
Sila ambil dari format ini
UJIAN DASS
UJIAN GAYA DAYA TINDAK


2. Menganalisis Saringan DASS dan Ujian Gaya Daya Tindak. dan lengkapkan format yang boleh di download seperti di bawah
FORMAT LAPORAN ANALISA MINDA SIHAT

3. Murid-murid yang telah disaring dan diuji untuk kali pertama diintervensi secara khusus oleh
GBKSM sekiranya dapatan analisis sederhana, teruk dan sangat teruk. Membuat Intervensi Umum Dan Khusus menggunakan modul minda sihat. Panduan modul boleh di download dari bawah dan power point ceramah bagi bengkel Minda Sihat boleh di download dari Powerpoint Ceramah.
MODUL MINDA SIHAT 2015

4. Murid-murid yang telah disaring dan diuji untuk kali kedua dirujuk ke Klinik Kesihatan sekiranya dapatan
    analisis masih sederhana, teruk dan sangat teruk.

5. Melaporkan kepada Pengetua senarai nama Murid Rujukan.

6. Menghantar laporan ke PPD mengikut format yang boleh di download dibawah
    LAPORAN DATA MINDA SIHAT KE PPD

7. Laporan dapatan analisis dihantar oleh PPD ke Jabatan Pendidikan Negeri (JPN)

8. Laporan dapatan analisis dihantar oleh pegawai JPN ke Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) dan
    Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)


PERANAN PENGETUA

1. Memastikan GBKSM mentadbir SD dan UGDT mengikut jadual.

2. Membantu GBKSM melaksanakan aktiviti Intervensi Umum Dan Khusus.

3. Merujuk Murid Rujukan kepada ibu bapa.


PERANAN IBU BAPA

1. Memberi sokongan kepada Murid Rujukan.

2. Membawa Murid Rujukan kepada Klinik Kesihatan (KK).


PERANAN KLINIK KESIHATAN

1. Menerima Murid Rujukan.

2. Memberi khidmat bantuan kepada Murid Rujukan dan ibu bapa.

3. Menghantar maklum balas kepada sekolah tentang Murid Rujukan.


Kokokan ayam nyaring kedengaran
Udara pagi yang sungguh nyaman
Sawah terbentang, ceriakan pandangan
Celah kelapa sawit, jom senaman
Suasana hijau kampung halaman
Yang sentiasa memberi kedamaian.

No comments: