Total Pageviews

TERIMA KASIH PEMBACA !

SEARCH

Loading...

21 March 2015

Konvensyen Amalan Terbaik Perkhidmatan Kaunseling Kebangsaan 2014


   

Tahun ini KPM akan mengadakan Simposium Amalan Terbaik Pengurusan Kaunseling Dan Disiplin Murid untuk kali kedua. Pada bulan Julai pertandingan peringkat Daerah. pada bulan Ogos peringkat Negeri dan 8 - 10 September saringan dijalankan peringkat kebangsaan untuk wakil Kuala Lumpur dan 20 - 22 Oktober peringkat akhir kebangsaan di Shah Alam. Bagi yang berminat bulan April dah kena ada bahan dan data untuk dijadikan bahan amalan terbaik perkhidmatan kaunseling. Di sini saya upload power point pembentangan guru kaunseling bagi program kaunseling yang berjaya mewakili Kuala Lumpur hingga peringkat akhir kebangsaan untuk panduan bagi yang berminat untuk memasuki pertandingan ini dan gambar sekitar konvensyen ini pada tahun lepas.

                                   Program Cakna Kasih : SK Setiawangsa, KL


Oleh kerana pertandingan ini baru diperkenalkan pada tahun lepas, maka format dan cara pembentangan masih asing dalam kalangan guru kaunseling. Program kaunseling dari negeri - negeri lain dari johan hingga sagu hati peringkat kebangsaan akan saya upload satu demi satu setelah cukup power point pembentangan saya kumpulkan untuk panduan. Di peringkat JPN sendiri, pembentangan akan dijalankan bagi memilih projek kaunseling antara Pejabat Pendidikan Wilayah yang mewakili Kuala Lumpur untuk saringan ke peringkat kebangsaan.

Euphoria Alam Dan Manusia
Simpang Lima, Alor Pongsu :)


                           



No comments: