30 March 2015

Majlis Persaraan Guru Kaunseling PPW Pudu

Hari ini merupakan hari lahir Pn Helena yg ke 60 tahun dan majlis persaraan diadakan di SMK Taman Connought. Sejak saya menjadi guru kaunseling di PPW Pudu sejak tahun 2000, Pn Helena antara guru kaunseling senior yg masih bertahan di Zon Pudu dan hubungan yg terjalin selama 15 tahun merapatkan kami. Saya menghadiri majlis persaraannya di SMK Taman Connought pada pukul 12.30 tengah hari dan disambut baik oleh barisan pentadbir. Pn Hasiah Azis Penolong Kanan Tadbir dan Kurikulum sekolah ini, memang guru kaunseling juga sebelum dinaikkan pangkat dan pertemuan semula dengan senior senior guru kaunseling memang menggamit memori lama. Selaku pengerusi guru kaunseling Zon Pudu saya bertuah mendapat Naib Pengerusi iaitu Pn Kang yg mudah untuk berurusan ke sana ke mari bersama saya. Majlis berjalan lancar dan saya pula yg sayu melihat seorang demi seorang guru kaunseling senior meninggalkan Zon Pudu. Kini hanya tinggal 2 orang sahaja guru kaunseling senior di PPW Pudu yg masih bersama saya dari tahun 2000. Semoga Pn Helena sentiasa ceria dan menyumbang bakti walaupun telah bersara. Terima kasih kerana membimbing dan memberi tunjuk ajar kepada kami ahli guru kaunseling Zon Pudu.


Good bye tension
Welcome pension 
 -Quote from Pn Helena Tong -


  

  



 

Telegram Channel