Total Pageviews

Subscribe Here

TERIMA KASIH PEMBACA

26 March 2015

Melawat Permata di SMAWP

Setelah selesai mengemas bilik jamuan mesyuarat jawatankuasa pameran Hari Guru peringkat JPWPKL, saya ke SMAWPKL untuk menjenguk anak anak permata SMK Cheras di sana. Bergerak dari kelas ke kelas yg mereka masuk untuk menghantar surat jemputan ke Majlis Anugerah Cemerlang pada hari Sabtu ini supaya mereka dapat menghubungi ibu bapa untuk mengesahkan kehadiran. Saya juga menyerahkan duit tambahan sebagai wang saku. Ini kerana pelajar tidak dibenarkan membawa melebihi RM 20 ke sekolah dan pada hari pertama saya menyimpan duit mereka. Nampak pelajar pelajar ini kelihatan letih maklumlah jadual yg pack disini dengan aktiviti kerohanian, akademik, kokurikulum dan sahsiah. Sempat ke perpustakaan di sini yg cantik dan budaya pelajar disini sentiasa menutup majlis atau tamat kelas dengan surah al Asr. Dan bersalaman dengan guru yg mengajar. Tak lupa juga saya menjenguk ke bilik kaunseling sekolah ini untuk berjumpa guru kaunseling Nadiatul Farhana yg akan bertukar ke Sekolah Jalinan Kasih. Bergambar sakan di bilik kaunselingnya sebagai kenang - kenangan. Maklumlah kami.agak rapat kerana hubungan guru kaunseling pelatih di sekolah saya pada tahun 2012. Tamat praktikal di posting ke SMAWP dalam zon Pudu yg sama seolah olah menyambung praktikal kerana dia masih mencari saya sebagai sumber rujukan maklumlah ditempatkan di sekolah SMAWP yg tidak pernah mempunyai guru kaunseling sepenuh masa untuk menjadi sumber rujukan. 

Selamat tinggal Nadia!
Semoga gembira di sana

No comments: