2 March 2015

Menangani Masalah Ketidakhadiran Pelajar Bagi Feb

Stay Positive
Stay Ambitious
Stay Focused
Stay Strong
Stay ..Mentality Is Everything

Hari ini pengetua meminta guru kelas mengenalpasti pelajar yg tidak hadir ke sekolah sepanjang Februari. Rekod kehadiran pelajar bagi Februari mula jatuh merosot memandangkan kebanyakan pelajar Cina mengambil cuti direct seminggu selepas cuti Tahun Baru Cina yg bercuti seminggu lepas. Ini bermakna mereka bercuti sendiri menyambung cuti seminggu lagi. Ada juga yang menyambung cuti minggu lepas dan tidak hadir selama 2-3 hari. Tahun ini rekod kehadiran memang all out digembleng untuk memastikan rekod kehadiran yang lebih baik terutama pelajar tingkatan 5 yang akan menduduki SPM. Minggu ini merupakan minggu ujian dan pihak sekolah berharap kehadiran adalah 95% dan mencapai KPI Kementerian Pendidikan Malaysia. 

PK HEM mengarahkan pelajar tersebut yg telah dikenalpasti berada di kawasan tapak perhimpunan untuk memberikan taklimat prosedur kehadiran pelajar . Pelajar yg ponteng akan diambil tindakan disiplin yg lebih tegas terutamanya selepas kes amaran 1.

Guru -guru yang baru memegang kelas sebagai guru kelas mula merujuk seorang demi seorang kepada saya mengenai masalah pelajar yang hendak dikeluarkan surat amaran atau menghubungi keluarga. Analisa kehadiran setiap kelas boleh dipamerkan akhir minggu ini untuk bulan Februari bagi mengenal pasti kelas yang mendapat ganjaran dan kelas yang tidak mempunyai kehadiran pelajar yang memuaskan pula akan di zoom pelajar untuk mengenal pasti pelajar yang bermasalah untuk hadir ke sekolah.

 

Telegram Channel