Total Pageviews

Subscribe Here

TERIMA KASIH PEMBACA

24 March 2015

Permata Ke SM Agama WPKL

Dari semalam hingga Jumaat anak anak permata berkampung di SMAWP sebuah sekolah berasrama penuh yg cemerlang akademik dan sahsiah dalam kalangan warga sekolah di PPW Pudu ini. Saya mengambil 15 pelajar Islam Ting 3 untuk menyertai projek ini. Seawal 8.30 pagi, saya menghantar pelajar ini ke SMAWP dan pelajar begitu bersemangat dan bergembira dgn kehidupan yang bakal mereka lalui seminggu ini. 
Taklimat ringkas diadakan oleh PK HEM yg bersemangat menitipkan nasihat dan kata kata motivasi untuk pelajar Cheras. Kemudian taklimat oleh guru disiplin. Tertarik dgn ayatnya disiplin ialah pelajar  berada pada tempat dan masa yang sepatutnya. Kemudian saya memberikan kata kata aluan tanda terima kasih diatas kehadiran yg sgt dialu-alukan oleh warga SMAWP. Sesi spotcheck dijalankan oleh guru disiplin dan warden perempuan. Etika pakaian dan peraturan diterangkan dengan jelas sama ada di sekolah atau di asrama. 
Selesai taklimat pelajar dibawa ke bilik kaunseling untuk taklimat bersama penyelaras program di sini. Kemudian pelajar dibawa ke kelas kelas yg telah ditetapkan. Menariknya disini bagi menengah rendah, kelas berbeza mengikut jantina. Laluan antara pelajar lelaki dan perempuan juga berbeza. Satu budaya baru bagi pelajar Cherasian. Saya berharap pelajar Permata dapat menjaga diri mereka di sini dan mengambil pengajaran dari pengajaran guru guru di sini dan teknik belajar yg berkesan untuk dipraktikkan dan membawa perkara perkara yg baik untuk diamalkan di sekolah.


# If you do not step forward, you will always in the same place.

No comments: