16 March 2015

Sekolah Rintis Kelas Abad Ke 21: Langkah 1-Perubahan Bilik Darjah



Apabila sekolah terpilih sebagai sekolah rintis di JPWPKL sebagai sekolah rintis untuk pengajaran kelas abad ke 21, semua warga sekolah tak pasti apa yang perlu kami buat. Membaca artikel dari google tak semudah perlaksanaan yang akan dijalankan di sekolah menengah harian biasa. Taklimat dijalankan oleh pengetua menggunakan power point dari KPM yang telah saya download di sini.


Bila tengok power point tu memang sangat teoritikal, pengetua berjaya menerangkan satu persatu apa yang warga guru perlu mulakan dahulu untuk perlaksanaan program ini. Ini kerana apabila satu sekolah terpilih ia bermakna semua kelas dari kelas pandai hinggalah ke kelas yang lemah pencapaian akademik perlu merealisasikan projek ini dengan pemula dari pihak guru sendiri. Bila sekaligus diterangkan. macam macam perkara yang nak dibuat. Walaubagaimanapun sekolah memilih kelas -kelas tertentu sebagai kelas model untuk panduan kelas- kelas lain seperti kelas 4S1, 5S1, 

Orait langkah pertama mengubah semua bilik darjah dari aspek susunatur meja dan kedudukan dalam kelas. Ini kerana sekolah perlu mewujudkan bilik darjah yang menggalakkan komunikasi dan kolaborasi antara murid yang akan menggalakkan pembentukan pemikiran kritis dan kreatif dalam kalangan murid. Sebelum bercakap mengenai susunatur meja kerusi, setiap kelas mengambil inisiatif antara mentor dan mantee memastikan perubahan persekitaran dalam bilik darjah sendiri yang perlu bertukar rupa agar lebih ceria, bermaklumat dan kondusif kerana bilik darjah merupakan bilik sumber untuk pelajar menerima pengajaran dan pembelajaran. 

Gambar -gambar dibawah adalah projek bulan Januari dan ada kelas yang menjalankan pada bulan Februari untuk langkah 1 mengubah rupa bilik darjah. pelbagai idea dari murid dan guru kelas iaitu dari aspek pemilihan cat untuk kelas hinggalah dari hiasan kelas. Yang paling penting bagaimana untuk memilih susunatur meja murid bagi memenuhi aspirasi kelas abad ke 21.

Sila klik link di sebelah untuk Langkah 2: Susunatur Meja Kelas

Congrats Nadia
Akak menyusul..









 

Telegram Channel